Friday, January 29, 2016

Aku adalah aku!

Sabtu lalu aku ke perpustakaan, aku ternampak poskad ni tersusun di ruang ligar depan pintu besar perpustakaan tu. Sebelum keluar aku ambil satu... Tetiba kenangan silam menjelma kembali.

Kisah usang yang tersimpan dalam memori aku ni... yang sukar dikikis dari ingatan...

Bila cohort aku tamat kursus BI advance di VUW, tak sangka pula pihak Universiti mengadakan majlis penyampaian sijil mengikut adat budaya orang Maori. Majlis bermula dengan kata alu-aluan dalam Bahasa Maori, ala-ala majlis bacaan doa selamat gitu... Aku relax je.. sebab aku bukan faham pun diorang cakap apa...

Kemudian sorang...sorang kekawan aku naik pentas. Aku berdebar-debar tunggu giliran aku... mak ooii.. kena 'hongi' pulaaa? Korang tau hongi tu apa? Hongi adalah cara 'greeting' orang Maori NZ ni, dengan melagakan hidung. Hadoooi... tension aku...

Aku memang nak kan sijil BI advance aku tu, sebagai salah satu dokument sokongan untuk daftar masuk belajar di VUW bagi ijazah pertama aku. Macamana ni... aku berkeluh kesah... tutor aku pula lelaki muda berbangsa Maori bernama En Nuku. Aku sibuk berfikir mencari idea dan alasan... macamana nak mengelak dari ber hongi nanti. Malu ehhhh.. laga-laga hidung niii.. 

Kalau tutor aku tu pompuan tak kisah la...ini lelaki. Diulangi lagi, dia lelaki. Bersalaman pun aku kekok, ini kan pula ber hongi. Aduhaiii... panas berbahang dah muka aku ni... merah macam kena 'gonyeh' dengan cili.

Bila kedengaran nama aku di corong pembesar suara. Aku naik ke pentas untuk mengambil sijil aku tu. Laju je aku berjalan... Tutor aku, En Nuku hulur sijil dan aku sambut, dia dah sedia nak berhongi... aku berlalu pergi, turun pentas.

Selepas majlis tu En Nuku datang cari aku. Dia kata aku memalukan dia di khalayak ramai (sebab aku mengelak hongi tu). "Opps sorry!".. aku cakap dengan buat muka selamba, tapi dia tak puas hati masih mahu aku jelas kan "Y?". Aku cerita la... aku Muslim, hongi tu 'tabu' bagi aku sebab ugama aku tak benarkan bersentuhan lelaki dan perempuan bukan muhrim ... Ehh... dia faham ke bila aku sebut pasal muhrim ni? Ahh.. dia tak tanya... kira dia faham je la. Payah juga nak cerita fasal hukum-hakam dalam Islam bila BI aku pun masih berterabur... 

Dah aku terang panjang lebar alasan aku tu... masih pada dia, aku tidak menghormati budaya dia. Bila dia sindir aku... pedas terasa.. Aku cakap la... "Do I care about your culture if you are ignored mine?" Opps... 'laju' sangat ke kata-kata aku tu? Hehee. Terpinga-pinga dia... tapi puas juga aku nak menerangkan budaya Melayu yang berteraskan Islam ni.

Aku tak boleh la nak ikut pepatah Melayu yang kata... 'masuk kandang kambing, mengembek... masuk kandang harimau mengaum' tu... haha...aku adalah aku! Aku ada pendirian sendiri!

Yang bagusnya.... lepas tu... 'greeting' style Maori.... Pompuan hongi pompuan.... Lelaki dengan lelaki. 


Ok bye!

No comments:

Post a Comment