Thursday, December 31, 2020

Your life

 And in the end it’s not the years in your life that count. It ‘s the life in your years.

~Abraham Lincoln

Monday, December 7, 2020

Beautiful things

The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart.


Sunday, December 6, 2020

kesilapan

 

Anda tidak mungkin membuat kesilapan yang sama dua kali berturut-turut. 

Kesilapan kali kedua yang anda lakukan, ia bukan kesilapan,tetapi itu satu pilihan.

Saturday, December 5, 2020

Catatan kehidupan

Bagaimana aku mulai menulis journal?…

 

Menulislah… kerana ia syarat kekalnya ilmu.  

...dan kenapa aku harus memulainya?…

Menulislah… kerana di akhirat kelak ia adalah saham untuk kamu. Menulislah… kerana di penjuru-penjuru sana masih terlalu ramai yang perlu. Semuga bisikan semangat itu tidak pernah mati, ia meniup kekuatan saban waktu. Biarpun ada ketikanya warna cerah bertukar pudar… jari-jemari yang cergas berangsur lemah…

Apabila kita mula menulis, adalah idea yang baik untuk memulakan dengan menulis tentang kehidupan kita sendiri yang disulami dengan pengalaman dan perasaan kita sendiri

Kisah yang paling penting tercatat dalam hidup adalah tentang perjalanan hidup kita  – ianya bukan tercatat dengan dakwaat tetapi dengan pilihan yang kita ambil sehari-harian.

Hanya ada satu sudut dalam alam semesta ini yang anda boleh pasti boleh memperbaikinya, sudut itu adalah diri anda sendiri.

Salam dari Downunder!


Friday, December 4, 2020

Kembara


Musim luruh tahun 2019 lalu, aku telah turut serta dalam kembara & aktiviti lasak bersama rakan sekerja iaitu mendaki dan merentas Gunung Tongariro. 

Gunung Tongariro yang terletak di National Park, New Zealand. Kira-kira 5 jam perjalanan berkereta dari Wellington.


Oleh kerana ini adalah salah satu aktiviti kelab sukan tempat kerja aku, jadi kenderaan dan pemandu telah tersedia..... yang perlu kami bayai cuma kos petrol makan dan penginapan saja.  Aku dapat bayangkan jika aku tidak menyertai aktiviti ini,  peluang ini tidak mungkin terulang lagi.


Persiapan diri:

Sebulan sebelumnya aku menghabiskan waktu lunch hour dengan keluar berjalan. Kebetulan tempat kerja aku terletak atas bukit..... boleh la........ panjat bukit dulu, nanti nak panjat gunung pula. Buat persiapan fizikal dan mental. Untuk peralatan pula aku sediakan sepasang tongkat, kasut hiking, inner wool, jeket tebal dan sarong tangan.


Walaupun aku pakai skaf ... tapi bila sejuknya minus 7 degree.... aduiii kepala pun rasa sejuk yg mencucuk2. Nyesal tak pakai beanie.


Dah tau gunung yang akan dipanjat tu tinggi dan amat curam... tapi ianya tidak melemahan semangat aku.


Memulakan rentasan, kami berjalan mendatar sejauh kira-kira 5km, ini kerana kami masih di kaki gunung dan wajarlah muka buminya masih mendatar. Laluannya pun mudah dengan adanya jambatan kecil bila melalui kawasan lembah berlumpur atau licin. 


Bila ternampak ada satu papantanda peringatan, “tanya pada diri sendiri sejauh mana kemampuan anda?”.  OMG tu tangga ke syurga aku buat lawak... Aku tanya diri sendiri, larat ke aku nak mendaki ni memang melangit tingginya.


En hubby yang turut serta dalam expidisi ini telah mengingatkan aku , kalau rasa tak larat elok berpatah balik sahaja kerana dah tak boleh patah balik bila dah naik nanti. Pengalaman ni sekali je nak rasa seumur hidup. Aku rasakan peluang ini cuma datang sekali sahaja. Pengalaman ini yang tidak boleh didapatkan melalui menonton video atau mendengar  cerita dari orang. Yea... aku boleh!


Sempat bergambar dulu sebelum mendaki tangga yang sanggattttttttt tinggi tu,  oh aku namakan 'evil steps'. Tapi semangat aku yang tadinya membara telah malap bila memandang 'the evil steps' itu... kusemangat mari balik, pujuk aku pada semangat aku yang tercopos tadi.


Aku mendongak memandang ke puncaknya... tangganya memang tinggi giler. Dahlah curam, sempit pula laluannya tiap kali ada orang nak pintas, aku menghimpit kan diri ke tebingnya, bimbang kalau berdiri di sebelah luar, silap gaya boleh jatuh ke kaki gunung yg bergaun tu. Tengah menaki evil steps tu dah dapat sentuh awan.... macam sentuh asap... 


Mendaki - licin, sempit dan curam:

Bila melalui laluan yang licin dan berlumpur tu, ya berlumpur... salji di permukaan laluan tu dah mencair bila diinjak-injak. Pula tu laluannya sempit dan curam. Seram dan seriau aku, jadi aku tak henti-henti berzikir dan membacakan ayat suci... Ayat Qursi, 3Quls dan apa saja ayat yang terlintas dihati aku ketika tu. Aku bimbang... kalau silap langkah... ianya menjadikan langkah terakhir aku. Memang takut tapi... tawakal je la... nk rasa camana kan....sekali melangkah tidak mungkin berpatah arah. Maka berjalan lah aku pelahan-lahan, satu demi satu manusia yang memintas aku. Biar lambat asal selamat...kannn


Bag galas:

Dan oksigen yg semakin menipis... aku pelahan-lahan.... menapak naik. bag galas yang aku sendang dibelakang bagai ada ketulan batu yang besar. Terasa berat yang amat. Di dalammya cuma ada botol air, sedikit sandiwich dan biskut, penadol, iphone dan lampu suluh kecil.


Permukaan rata di puncak:

Seronok aku bila tiba di kawasan pergunungan yang rata macam padang sahara kecil. berpasir dan ditumbuhi rokok-pokok renek dan tumbuhan seakan-akan lalang tapi ianya lebih tinggi dan besar. 


Kasut dan tungkat hiking:

Keseronokan itu tidak berlama bila ada lagi pendakian yang harus di tempuhi. Pendakian kali ini lebih mencabar sebab laluan nya tiada tangga atau pemegang. Sempit lagi licin. Memang seram..... sayup je bila pandang ke bawah. Mujur juga aku ada kasut hiking dan tungkat hiking, memang banyak membantu aku mengimbangi diri. Bebaloi. Alhamdulilah tak sia-sia aku beli.



Nasihat ranger:

Mengingat taklimat dari ranger yang menyambut ketibaan kami sebelum memulakan pendakian tadi, cerita nya, pernah dulu ada orang yang telah terjatuh ke bawah gaung, kerana kepayahan untuk mencari orang malang tersebut jadi orang malang itu tidak dapat dibantu untuk dibawa keluar. Dia pesan "jadi aga diri, berjalan sebelah dalam. Berhenti sekejap2 ok, tapi elok jalan terus pelahan-lahan, berhenti terlalu lama akan menyebabkan kamu terserang hypothemia, tolong elakkan diri diserang kesejukan yang berlebihan itu.  'Take care and enjoy your adventure" pesannya lagi.


Awan rendah:

Kami juga mengalami suasana berjalan dalam berkabus yang tebal kerana awan rendah dan penglihatan pun jadi kurang jelas. Kami jalan macam nenek sibongkok tiga lagi. Ehemm ... awan yang rendah. Rendah betul. Tak de apa yang menarik... semua kabur. Nak bernafas pun macam nyawa-nyawa ikan ... Masa tu aku bernafas ikut mulut... fuuuhhh... fuhhh keluar wap... Aku dapat rasakan apa yang orang katakan makin tinggi kita dipuncak gunung makin nipis kadar oksigennya. Alhamdulillah aku xde penyakit semput. 

Aku okay-okay je.


Ditimpa hujan ais:

Dalam memulakan perjalanan menuruni gunung Tongariro, telah turun hujan ais yang agak lebat juga. Pedih muka kena terjah dek ais. Tak lama selepas itu berdepan dengan salji pula. Niat nak rekod video 'the moment', tapi bateri iphone aku dah habis. Kesal. 


Puncak:

Oh ye.... Aku lupa nak cerita.... masa di puncak yang paling tinggi di Tongariro Alpine Crossing tu (di Red Crater - 1886m) Keadaan laluanya yang sempit... bayangkan mungkin sedepa lebih sikit lebarnya. Sebelah kiri dan kanannya adalah curam yang menyeramkan. Ya Allah ampun... anginnya kencang yang amat sangat. Macam topan. Untuk berjaya merentasnya kena ada gaya berjalan tersendiri... di hadapan kami ada seorang pegawai komandor dan anak bujangnya (team dari pejabat aku juga). Gaya berjalan dia bersama anaknya kuperhatikan... boleh bayang camana? Askar kan... jalan berbongkok tau... jadi aku dan en. hubby pun tiru macam diorang... Itu lah  cabaran yang harus dihadapi.


Malang tidak terduga:

Sebenarnya jarak perentasan Gunung Tangoriro tu cuma 20km lebih sikit je. Orang lain mungkin mengambil masa 8jam (atau kurang) untuk menamatkan perjalanan mereka.... tapi aku? heheh tambah lagi 1jam 40minit. Aku banyak kali berhenti lebih-lebih lagi pada 3km terakhir, lutut kiri aku telah terasa sangat sakit. Akibat dari tergelincir bila menuruni permukaan gunung yang berbatu krikil yang halus berhampiran Emerland Lake. Batu-batu tu penyebab aku tergelungsur dan sebab aku 'pasakkan' kakiku ke bumi untuk mengimbangi badan. Nah...akibatnya aku sakit lutut. 


Gunung tidur:

Terus berjalan lagi..... kali ini di atas permukaan gunung berapi yg sedang tidur. Ada papan tanda melarang menghentak-hentak kaki. Aku jalan sangat ‘berambi’ dah la lutut sakit ni... risau juga la... kalaunya terjaga gunung berapi ni  dari tidur nya.... adehhhhh.... matilaaku.


Selamat menuruni:

Malam tu aku dah jadi OKU. Mujur kawan aku bagi sejenis ubat tablet.... (magnisium) Alhamdulillah berkesan. Esoknya aku dah ok.


Merentasi Mt.Tongariro (13 April 2019)

Wednesday, December 2, 2020

Bersikap positif.

Kebahagiaan, bukan bermakna kita tidak menghadapi masalah sebaliknya bijak mengendalikan masalah itu.

Sikap negatif orang lain bukanlah masalah aku. Aku akan terus tersenyum biarpun ada orang lain yang cuba ‘menjatuhkan’ aku. Bagi aku, dengan mengekalkan dan mempamirkan senyuman itu lnsyaAllah dapat mengekalkan semangat dan tumpuan aku. Yaaa... terus bersikap positif walaupun ada sikap  negatif mengelilingi diri.

Bila seseorang memperlakukan kita dengan buruk, teruslah jadi diri sendiri. Jangan biarkan kepahitan orang lain menukar keperibadian kita.

Salam dari downunder.



Tuesday, December 1, 2020

Your dreams

Dreams are illustration from the book, your soul is writing about you!

Don’t let your dreams be dreams.


Wednesday, November 25, 2020

Di kanvas memoriku

Hari itu...kukuatkan semangat bertekad 

dalam membuat pilihan di antara mengiringi pemergian bonda, 

atau terbang pulang jauh ke perantauan   

seperti mana yang dirancang... 

 

Maaf kan aku kakak.. maafkan aku abang... 

maaf kan aku adik tersayang... Maaf aku tidak dapat bersama kalian. 

Aku bukan sombong. Bukan... aku mohon dimengertikan...

 

Syukur... doaku dimakbul Tuhan. 

Aku, walau cuma ada sedikit kesempatan

ketika hidupnya dipenghujung jalan.

Terima kasih padaMu ya Allah,

rezeki untuk aku merakam sebuah kenangan 

kukutip dan kusimpan kenangan indah 

miskipun ianya tidak berulang sudah...

 

Dan kononnya pagi itu... 

Bila si bibik becerita mimpinya... 

ada seorang perempuan tua datang berziarah

lalu.... kutunjukkan gambarnya minta kepastian....  

dan bertanya.... apakah dia orangnya? 

 

Tetiba hati aku menjadi gundah, sebak....

dan parah airmata terjun mencurah

 

Ceritanya lagi, dia cuma berdiri di ambang pintu 

memberi salam tapi tiada siapa yang mendengar nya

salam tidak diendah, sedang anak2nya berkumpul meriah


Tambahnya lagi, mata ibu itu memandang satu persatu

anak2nya yang dikasihi

begitu sedih untuk mengucapkan salam perpisahan

pada anak2nya yang tersayang

Sedar aku... ini bukan satu mimpi

berita sedih telah dikhabari

bondaku menyahut panggilan Ilahi

walau airmata darah yg tumpah

19 Jun 2010 telah mencatat sejarah

 

Aku redha... kenyataan sekeras mana jua 

harus kuhadapi.. Inilah ketentuanMu Ilahi...

Kini..... masa telah menjarakkan kita

dan kita berada di dunia yang berbeza.

senyumanmu kian pudar diingatan

bila sedetik aku terkenangkan mu wahai bonda

tika itu juga kutitipkan doa sebagai pengubat rindu

 

Aku...iman dan akal.... masih waras....

kugantung satu harapan tinggi...

kita akan bertemu lagi....

pastinya di Syurga nanti



اَللَّهُمَّ اغْفِرَلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَٰرْحَمْهُمَا كَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa

(Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orangtuaku, dan sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangi aku di waktu kecil).

Friday, January 17, 2020

Ingatkan pada diri


Jadikan diri kita sebagai insan yang selalu ingat akan KEMATIAN...!!

Bencana pertama bagi seseorang hamba adalah bilamana hatinya berhenti mengingati AKHIRAT, saat itu jualah muncul KELALAIAN dalam hati.





Close your eyes



You can close your eyes to reality but not memories!!