Wednesday, May 18, 2016

warna-warna kehidupan

menggunung harapan
ingin kulukis sebuah impian
di kanvas kehidupan

kupendam rasa hati yang bergelora
ingin kupamirkan, tapi untuk apa?
ingin kuluahkan segala, tapi kepada siapa?
biarlah ia terus menjadi rahsia...

sakitnya menggengam bara
yang menjalar menguasai kepala
hati....  janganlah rasa kecewa
kerana kaki masih berpijak di bumi nyata

aku bertanya diri, kenapa? mengapa?
jawapan yang kucari kabur dan mengelirukan
sukarnya menerima perubahan
atau... menafikan kenyataan

kupejam mata
memujuk hati yang lara
doa dan harapan
terus mendambar bahagia di jiwa

walaupun tidak seindah di alam maya
dugaan dan cabaran yang bertuba-tuba
demi nafas yang masih menghela
aku harus mara...
aku redha kada' dan qadarMu yaa... Ilahi
ujianMu, mewajakan diri

padaMu ya Tuhan
permudahkan segala urusan
RahmatMu mengisi setiap ruang
yang mewarnai kehidupan


Tuesday, May 17, 2016

Ramadhan yang dinantikan

Ahlah wa Sahlan Ramadhan al Mubarak

Hari demi hari berlalu dan bulan silih berganti, Ramadhan al Mubarak menjelma tak lama lagi. Seronok tau berpuasa bila musim sejuk... waktu siangnya yang pendek dan tak panas, jadi tak la terasa dahaga sangat... Ini rezeki aku dapat berpuasa di negara sejuk... cabaran yang aku lalui mungkin tak sama dengan korang kat Malaysia... tapi harap korang banyak bersabar ya.. dengan panas yang berbahang dan godaan barzar Ramadhan tu.

Ada orang gembira dengan kehadiran Ramadhan kerana Aidilfitri yang diraikan selepas tu. Ada juga orang yang sedar dan insaf ingin meraih ganjaran pahala yang tidak ternilai bersamanya. Memang terlalu banyak ganjaran pahala yang dijanji Allah pada bulan yang diberkati ini, antara yang terbesar ialah malam Lailatul Qadar. Ya... betul..! Ibadah pada malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.

Kita sebenarnya tidak mengetahui tarikh setepatnya bila Lailatul Qadar terjadi. Mengapa Allah sembunyikan malam Lailatul Qadar? Hm... sebenarnya Allah sembunyikan Lailatul Qadar kerana ingin menguji hambaNya, sejauh mana tahap amal ibadah kita sepanjang Ramadhan.

Namun Rasulullah SAW telah memberi garis panduan kepada umatnya supaya mencari malam tersebut dalam 10 malam terakhir Ramadhan. Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah bersabda “Carilah dengan segala upaya kamu malam al-qadar pada malam-malam ganjil dari 10 malam akhir bulan ramadhan”. Ingat tu... malam ganjil tau... 

Disebut juga sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut akan turun Mailakat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. 

Dalam sebuah hadith lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam Lailatul Qadar TELAH berlaku, terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh, dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas (tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya). Ohhh... kalau dah BERLAKU... kena tunggu tahun depan pula laa... itupun kalau panjang umur... iya tak? 

Ostaz aku cakap.. malam berlakunya Lailatul Qadar tu... mata kita rasa mengantuk giler (perkataan 'giler' tu aku yang tambah heheh) ...juga dikhabarkan pokok-pokokpun sujud... katanya cuma yang terhijab je boleh nampak. Woww... bestnya kalau dapat 'berjumpa' Lailatul Qadar ni kannn!

Muga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat kita semua dan nikmat beribadah sempena bulan yang barakah ini. Semuga kita berpeluang untuk menambah bekalan akhirat kita, dan usaha kita yang sedikit ini akan dikira dan diberi nilian disisi Allah SWT. Amin!.


Salam dari downunder dan selamat beribadah…

Thursday, May 5, 2016

lamunan aku...

Sejak kebelakangan ni aku suka benar mengelamun…hmm... rasanya mengelamun ni dah jadi hobi terkini aku... err... apa hobi baru korang hah?

NZ dah masuk 'autumn', rasa sejuk dah sikit-sikit. Cantik juga pemandangan musim gugur ni... dulu aku tak peka, hehe. Jadi sebab aku suka menikmati pemandangan yang cantik ni... aku pilih jalan kaki untuk pergi kerja... bukan jauh sangat pun... cuma opis aku atas bukit... terjelir-jelir juga lidah aku kepenatan mendaki bukit tu. Dalam perjalanan ke tempat kerja tu aku lalu kat 'park' atau taman... masa lalu di celah pepohon tu... aku dapat saksikan dedaun kuning... dan yang kecoklatan dah bertaburan di muka bumi. Sambil kaki melangkah, fikiran pun jauh melayang mengimbau kampung halaman yang jauh kutinggalkan. Teringat pula ladang getah kat kampung, sekarang musim meluruh ke?

Kalau dah mengelamun tu macam-macam yang difikirkan... kekadang tu dapat ilham pembuka minda tau...'the mind is everything...' tapi tengok keadaan la kann... Ada pula orang kata ‘kita harus mengwujudkan mimpi dan bukannya hanya bermimpi'. Aduhhh.... cabarannya yang menusuk ke kalbu..!hehe. Lamunan aku pergi jauh... mengingatkan aku dedulu di VUW, aku pernah ambil 'kertas sastera' bunyinya macam mudah je kannn... ‘have you got what it takes to be a writer?’ tanya lecture kelas aku tu.  Agaknya bagi korang mungkin mudah la kannn... tapi bagi aku, yang BI cuma nyawa-nyawa ikan tu... hahaa memang tercungap-cungap weii... 'You can do anything you want. All you have to do is BELIEVE'.

Jadi... aku cuma nak pesan je... bila korang baru mula nak menulis atau berkarya tu... rasanya elok bermula dengan menulis tentang perasaan dan pengalaman hidup korang dulu. Idea datang tak kira masa dan tempat... bawalah buku catatan dan pen, nanti senang nak 'jotting down' idea-idea, sebagai contoh nama 'characters' dan tempat yang menarik lagi pelik-pelik.. baru karya atau cerita korang tu nampak unik kann... hahaa aku cakap je... suka hati korang la nak buat camana, yang penting rerajin lah menulis kalau boleh menulis la tiap hari, jadikan ia sebagai habit... 'just keep going until you succeed'. 

Hayoohhh... dalam mimpi itu lebih indah kannn?... aku dah tersedar dari mimpi... jom buat ‘reality check’… berkarya ni hanya pada yang berminat saja... Jadi untuk langkah memula tu jom kita ‘semak’ diri sendiri …

1-      Berapa kerap korang baca buku-buku?
a)      Setiap hari
b)      Sering juga
c)       Jejarang

2-      Jenis buku apa yang korang baca?
a)      Memacam dan apa saja
b)      Baca buku atau majalah yang aku suka je
c)       Baca buku apa yang cikgu suruh kat sekolah je

3-      Korang rasa seronok tak menulis cerita?
a)      Yaa… aku mempunyai imaginasi yang ‘kuat’
b)      Kekadang je
c)       Entah la. Aku cuma menulis kalau cikgu suruh untuk kerja sekolah

4-      Banyak mana ‘kerja’ yang korang buat dalam karya penulisan?
a)      Aku plan nak menulis. Bila dah siap, aku semak dan tukar memana yang aku tak berkenan
b)      Aku baca sambil lalu apa yang aku tulis untuk semak kalau-kalau ada kesilapan.
c)       Aku tulis sekali ‘karya’ tu dan itu je la..

5-      Bagaimana respon korang bila penulisan korang kena kritik
a)      Aku  dengar apa yang diorang nak bagitau dan cuba memperbaiki penulisan aku.
b)      Aku dengar je apa diorang nak cakap, tapi aku tak ubah apa pun
c)       Aku rasa kecewa bila orang mengkritik kerja-kerja aku

Hah apa keputusan yang korang dapat? Kalau kebanyakan nya...
A... Korang mempunyai ‘potensi’ untuk menjadi seorang penulis! Teruskan membaca dan rerajinlah menulis.
B... Korang berminat membaca dan menulis. Carilah  buku-buku  yang korang minat yang memberi inspirasi pada korang dan cuba bahagikan lebih sikit masa untuk berkarya.
C... Hati korang tak berapa minat sangat… tapi kalau korang ada minat nak jadi penulis tu, jom baca  lebih banyak buku lagi… takde lah hanya baca buku untuk kerja sekolah je kannn.

'So.... What you thinks you become....?' Bak kata Laozi tu  “A journey a thousand miles begins with a single step.” 

Cuaca cantik hari ni...sambil menikmati keindahan pemandangan di Wellington.
Salam dari downunder....