Friday, November 25, 2016

Seketika bersamamu

Salam dari downunder!
Izinkan aku berceloteh bagi mengubat rindu... kerana hati dan perasaanku tertinggal nun di kampung yang penuh kenangan, yang jauh kutinggalkan.

Pagi itu kita-kita 9.30am.....mendaratlah aku di Lapangan Terbang Ahmad Shah, Kuantan. Bahang panas terasa bagai membakar kulit muka. Peluh dah pun meleleh-leleh... dah berjere-jere!.  Aku perhatikan orang lain, diorang nampak relex je... diorang dah lali kot... macam pepatah tu kata 'alah bisa tegal biasa'.  Hah.. inilah reality hidup! apa-apapun aku harus tempuhi.... yaa aku boleh!. Aku berpijak di bumi kelahiran... berpijak di alam nyata.

Alamakkk... apasal perasaan aku bercampur-baur. Seriously... aku macam rusa masuk kampung!. Mata meninjau-ninjau ‘kedai’ dalam airport tu kalau-kalau ada orang jual simkad.  Telefon aku kan guna simkad oversea.... nak jimat kos kena la guna simkad tempatan kannn. Tapi sayang tak ada pula...

Orang tak ramai sangat jadi kejap je luggage aku dah keluar dari perut kapalterbang.  Sambil aku mengheretnya keluar dari bangunan airport... mata melilau mencari kereta warna hitam... mana dia dereba yang abang aku hantar ni?.

Amcu kata dia busy.... jadi hantar driver je jemput aku..... cewahhh! Aku dok perhati kalau-kalau ada orang pegang 'sign board' yang tertulis nama aku....macam dalam movie gitu...hahaa perasan betul... Airport Kuantan tu kecil je... ada la tu....kereta hitam tu parking somewhare. Rasa penat dan panas tu buat aku rasa tak sabar.

Sampai kat rumah jee... ehhh... tuan rumah tak de? Abang dan SIL kerja. Hmmm... aku checked in sendiri! Perbezaan waktu... di Malaysia masih lagi waktu breakfast tapi nun kat nuizelen dah lunch time, patutlah perut aku dah ‘berkeroncong’  (berbunyi) le... menyesal pula tak singgah beli makanan kat luar tadi. Aku ke dapur... mencari sesuatu... apa yang patut untuk diisi ke dalam perut. Kemudian aku ternampak cookies jar di atas cofee table di ruang tamu... ku pegang balang kaca tu... hisss tak rela aku kongsi makanan dengan semut gatal!.

Antara perut dan mata, aku lebih rela melayan mata. Aku terlelep dalam kepenatan dan kelaparan.  Aku terjaga sebab digigit nyamok. OMG... jauhkan aku dari virus zika, virus terkini yang pernah aku dengar. Kemudian tu baru aku geledah dapur.... nak masak apa ya?. Terdengar pula kucing jalanan mengiaw... nahh cokodok bilis. Nyampah... konon macam malu-malu tapi kejap je dah habis semangkuk, siap bawa partner dia lagi. “Makan je la tak payah bising-bising... itu rezeki engkau”. Ehhh... aku bercakap dengan kucing?. Hahaa

Petang tu kawan sekelas masa belajar di Pekan datang berziarah. Pertemuan kami dipenuhi dengan mengimbau kenangan manis masa di Padang Polo dulu. R & H ni pasangan suami isteri, yang keduanya kawan sekelas aku dulu. Hohh... rancak sungguh kitorang bersembang, maklumlah dah 3 dekad tak jumpa. Terima kasih R & H sebab sudi drive jauh-jauh semata-mata nak jumpa aku. Seronok sangat jumpa you’ll !

Hari kedua aku masih di Kuantan, hasrat hati untuk pergi menziarahi adik angkat aku. Dah 3 dekad berlalu... banyak yang dah berubah... macam jalan ke BayRaute tu pun dah lain... andai kata aku jalan kaki... boleh sesat. Syukur... padaMu ya Allah... aku dipinjamkan driver  lagi. Terima kasih en  polis! Allah permudahkan segala-galanya!

Hari ketiga pula, Busan duduk di rumah... aku nak keluar ke bandar. Orang kata East Coast Mall tempat shopping mall baru.... zaman aku sekolah dulu cuma ada Trumtom ( sorry lupa pula camana nak eja). Aku tak tau nak tunggu teksi kat mana. Penat dah berjalan menghala ke jalan besar... ke aku ni dah sesat? Berselisih dengan sekumpulan pelajar di situ, aku pun... “adek... adek nak tanya, kat mana nak tunggu teksi?”.  Diorang berpandangan sesama sendiri... ada sorang tu jawab... “makcik, kat sini teksi kena tempah!”  Oihh..raban betul aku ni.. nak call teksi camgoner.... simkad pun tak de lagi. “Antie ni baru sampai dari obersi... tak sempat nak tukar simkad lagi ni... tu lah salah satu sebab nak pegi town ni”. hehehe.. berterus terang je lah.

Di EC Mall tu...aku tak tau nak beli apa.... jalannnn je... window shopping je la... nanti jumpa la apa yang aku tak cari tu.... Aku punya perangai tak akan masuk kedai yang sama twice... so, kalau ada yang berkenan tu ‘grab n go’ je. Hadooi... penat kaki jalan pakai high hell eh.. silap high heel... aku pun... kedai kasut! mana kedai kasut ni? Yeah... sambar sepasang kasut kulit yang paling selesa, scholl. Sambung jalannn lagi... Next cari makan!

Petangnya pula aku dijamu oleh penghuni di Taman Guru. Rezeki tu... kekawan yang lelain menguzurkan diri. Rugi la korang! sedap nasi arab air tangan orang kampung aku ni... sambil masak-masak tu baca zikir dan selawat kannn? hehe aku makan berpingan-pinggan... buah melaka berisi gula kabung tu yang mengimbas kembali kenangan masa lampau. Korang nak tau... gula kabung tu adalah hasil usaha orang kampung aku, PeruOne!

Dia... kawan sekampung juga kawan sekelas. Dah lama tak jumpa. Tentulah banyak ceritaku ceritamu tu  kannn. Seronok dan terharu dengar cerita dia....! Dengar dan belajar dari pengalaman hidup orang lain... Kesimpulannya, kita diuji dengan macam-macam cara kann.. sebelum beroleh kejayaan. Betul tak?. Ketabahan, kesabaran juga kerja keras sangat penting.. hmm... di mana ada usaha di situ ada kejayaan!. Bangga dengan korang!.

Syabas anak kampungku terus berusaha memajukan diri....

Thursday, November 24, 2016

balik kampung...

Alkisah..
... aku balik kampung... kejap je... cuma 2 minggu 4 hari.  Ya.. aku kira, sebab masa keluar NZ hari tu kena isi borang berapa lama trip aku tu. Alaa.. macam biasa la... aku bawa balik coklat NZ sebagai ole-ole.


Aku landing di Kuantan. Sempat pula aku ke TC... hari tu cuaca mendung, laut dan langit sama je warnanya... mood akupun jadi macam kelabu juga hahaa.

Tapi, alhamdulillah aku berpeluang jumpa kawan masa kat high school dulu. Hm.. sungguh nostagia tauuu...!

Aku terbang pulang sebab... nak menyebukkan diri di majlis perkahwinan anak saudara aku. Abang aku pula posting kat Kuantan, jadi aku terlajak terus ke sana. Dah sampai Kuantan... aku pun merayau la macam Dora the explorer...tu.

Kuantan yang dulu dan sekarang sangat jauh berbeza... aku ke Kampung Bukit Beirut... mujur ada 2 encik polis tu (er...sorry..lupa nama pula) yang sudi hantar aku dan tanya sana... tanya sini... cari sampai jumpa rumah adik angkat aku kat kampung kat atas bukit tu... Mau pengsan agaknya kalau cari sendiri. Syukur... Allah dah atur segalanya.

Korang tau... adik angkat aku dah dapat title nenda! aku macam... menafikan kenyataan, ehh... Alang muda lagi...Alang baru 25... hisss.. tak kelakar langsung kann!


... bila balik ke USJ masa tu tak ada air...Haduhhh stressnya.....anak saudara aku yang nak kawen tu.. malam berinai dia, dengar je lori air kat lebuh raya dia terus capai kunci kereta dan kejar lori tu... dia pintas dan tahan lori tank tu...lepas tu dia cakap kat pemandu tu.. "pakcik... saye stress tau, saye ni nak kawen esok... air nak rebus telur pun tak ada ni... tolong la datang rumah". Bila lori air sampai dan berhenti kat depan rumah, kitorangpun dah ready kan baby pool.

Itula... khabarnya...air kat situ tercemar sebab ada manusia berfikiran singkat dah perdajalkan sumber air kat situ... gilerrr! Tu laaa... bila manusia tu dah hilang kemanusiannya!

Di majlis persandingan tu sempat juga laa bersua adik beradik, ipar-duai, anak-anak dan cucu-cucu saudara juga kawan-kawan, jiran dedulu, saudara-mara sekampung dan seantora negeri.... tapi sayang pertemuan itu hanya sekejap. 


Panjang umur, InsyaAllah jumpa lain ketika. 

Salam dari down under!

Wednesday, September 14, 2016

Sepetang di Wellington

Musim bunga... walaupun cuaca masih sejuk ianya tidaklah mematahkan semangat aku untuk bersiar-siar sambil menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Musim bunga cantik weih... rumput pun berbunga. Eh... aku bukan cakap pasal rumput kemuncuk la... Kemuncuk dan setoking putih seragam sekolah hahaaa... nostagia sungguh... kannn dah satu kerja pula nak mencabutnya.

Oriental Parade

Pada suatu senja tu... aku lepak-lepak dengan en hubby, tengah menunggu waktu maghrib nak pergi masjid... sambil kitorang memerhati matahari terbenam... lalu la sorang aunty mat saleh niii...  dia senyum, akupun balaslah sedekah senyuman dia tu... dia cakap "ramai betul orang tengah sibuk texting... eh?". Dalam hati aku... alaa kesiannya dia... "La... diorang tu bukan texting... tapi diorang tengah main game pokemon tu".

Tu laaa...sejak kebelakangan ni aku perhatikan ramai betul orang kemaruk cari Pokemon ni.  Satu dunia terpengaruh dengan keseronokan dan excited nya tu bila dapat tangkap pokemon.

Lepas tu... aku sendiripun tertanya-tanya apa bestnya game ni yea?... Ye la... setiap orang ada pandangan dan pendapat mereka sendiri kannn. Agaknya la... game ni dapat memberi semangat untuk mereka terus beriadah. Menjaga kesihatan tu kan penting!... Walaupun cuaca sejuk macam sekarang ni, aku tengok mereka rela je melangkah perlahan-lahan mencari pokemon. Dan... memana je aku tengok diorang sopan sungguh eh? berjalan tundukkkk je.... sambil memegang gajet memasing.... hahaaa! Mujur juga bandar Wellington ni tempat pejalan kakinya luas... tak ada penyebab laa nak berlaga dahi pula kann...


Tapi tu la.... ada juga yang bermain game tu dengan hanya duduk dalam kereta... tak aci betul... kalau macam tak sampai le motif game tu
Lambton Quay
dilancarkan...  Game tu kan nak suruh orang banyak bergerak.

Hm... aku ni dok perati je... teruja kah aku? hahaa ... kaki terus melangkah sambil menikmati keindahan pemandangan waktu senja.







....live the life you love!!










Salam dari downunder.

Monday, September 12, 2016

Makara: Sebuah Catatan untuk Muhasabah Diri Sendiri

Makara adalah tanah perkuburan untuk penduduk Wellington untuk semua bangsa dan ugama.

Tengahari semalam, aku menemani hubby pergi ke makam di Makara, sebuah kawasan pendalaman yang berbukit. Masuk je area tu terasa erie.... walaupun ramai juga orang kat situ... hehee ngaku je... aku ni jenis penakut kat kubur!

Masa kat situ aku dok jeling-jeling kubur nya... semua ugama ada kat situ... yang aku perasan kubur orang christian je da ada 3 plot, untuk orthodox, khotalik dan prostestan. Ada 2 plot untuk muslim dan shia muslim.... aku rasa kubur orang buddha dan orang yahudi pun ada kat situ.

Aku sempat dengar sikit je 'talkin' untuk yang hidup dari pak imam tengahari semalam... secara ringkasnya meningatkan agar kita menghargai dan menyayangi keluarga kita... kita hidup harus bermasyarakat... bila dah mati pun kita masih memerlukan bantuan orang lain... setidak-tidaknya sedekah AL FATIHAH dari yang masih hidup. Hmm..dah tentu la nasihat dan peringatan tu semua dah terlambat dah bagi si mati kannn. Sedih weeh aku rasa... walaupun aku tak kenal siapa si aruah tu. Lebih terasa sedih dan hiba bila aku mengenangkan kalau kematian menyapa diri.... whuaaaa

Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan Munkar dan Nakir itu benar, Mashyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar. Jadi kita patut bermuhasabah diri sendiri mengenai bekalan kita ke suatu perjalanan yang jauh, yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Selalunya... kita... setiap kali menyambut harijadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin, lupakah kita... dengan bertambahnya umur kita itu maka masa kita akan dipanggil oleh Allah SWT itu semakin dekat.

Kita juga rasa cemburu melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar... tapi kenapa aku tidak merasa cemburu melihat ilmu dan amalan orang yang lebih dari kita? Mengapa kita tidak merasa cemburu mengetahui orang lain bangun sepertiga malam untuk mengerjakan solat tahajjud?

Inilah pertanda menunjukkan dunia sudah di akhir zaman... apabila duit, pangkat, harta mengatsi segalanya...  Astagh fir rullah hil 'azem!

Salam dari downunder.


Monday, July 11, 2016

3 perkara

Assalamualaikum... hari ni aku cuma nak cakap pasal 3 perkara je...

Ada 3 perkara dalam hidup kita yg tidak boleh kembali:        
          1. Waktu          
          2. Kata-kata       
          3. Kesempatan        

Ada 3 perkara yg dapat menghancurkan hidup seseorang:
          1. Kemarahan  
          2. Keangkuhan
          3. Dendam   

Ada 3 perkara yang tidak boleh hilang :
          1. Harapan          
          2. Keikhlasan   
          3. Kejujuran          

 Ada 3 perkara yang paling berharga dalam hidup kita :  
          1. Kasih Sayang
          2. Cinta          
          3. Kebaikan          

 Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak pernah pasti :
          1. Kekayaan        
          2. Kejayaan      
          3. Mimpi          

 Ada 3 perkara yang membentuk watak seseorang :          
          1. Komitmen    
          2. Ketulusan     
          3. Kerja keras         

 Ada 3 perkara yang membuat kita berjaya :
          1. Tekad          
          2. Kemahuan   
          3. Fokus

 Ada 3 perkara yangg tidak pernah kita tahu : 
          1. Rezeki      
          2. Umur         
          3. Jodoh          

Tapi, ada 3 perkara dalam hidup kita ini yang PASTI :      
          1. Tua          
          2. Sakit          
          3. Kematian.   

Itu je.... Salam dari downunder....

Wednesday, June 29, 2016

puisi hati: duhai hati..

...Love is not about how much you say I love you – it’s about how much you can prove it’s true. Love is like the wind, you can feel it but you can’t  see it!

Duhai diri
Usah kecewa kerananya duhai hati
Kerana dia tidak mengerti
Pengabadianmu yang suci murni
berserah sajalah pada Ilahi

Dia penentu sejak azali

Sedih tidak betah dibendungi lagi
Mengapa jadi begini? Aku digusari
Hilangnya pertimbangan hati
Marah, geram bertukar ganti


Waraskah aku? Sukar aku akui,
Jika hakikatnya aku tak ujud lagi 

di matahati
akan kugengam kenangan abadi

Jika sekiranya di antara kita ini
Kemesraan telah pergi
Kasih sayang menghindiri
namun janganlah terlerai... ikatan hati

Istimewakah aku dimatamu?

Keikhlasan hatiku sesuci salji
Kasihku luas bagai langit biru tak bertepi
Sayangku bagai lautan menutupi bumi
Namun kamu tidak sedari
Sikapmu yang melukakan hati


kupejam mata, aku tak ambil peduli
kerana engkau amatku sayangi
Lillahi.


"I trust that everything happens for a reason, even when we're not wise enough to see it".


Hahaa... emo pula aku pepetang ni... don't worry aku ok je.

Salam dari downunder!

Tuesday, June 14, 2016

untuk apa kita dicipta?

Biasanya bila bulan puasa gini.. aku tak pergi mengajar kelas Islamiat di masjid tempat aku ni, kononnya la... nanti malam nak pergi masjid tu juga untuk solat terawikh kann... Tapi, Ahad baru ni aku dah macam 'bidan terjun' kena ngajar sebab cikgu ganti aku tu tak sihat... Bila tak buat apa-apa persediaan ngajar tu, risau juga... aku nak cerita pasal apa ya hari ni... ilham marilah kau menjelma! 

Zumm! lebih kurang gini le sembang aku masa kelas hari tu...

Assalamualaikum... Here, I am inviting you to think... about the Purpose of our Life!

In this world which is full of prejudice and cultural conditioning, it is very hard to find people that are able to take a moment to think about life objectively, and try to reach the truth about this world and the real purpose of our life. Did you know?

Although this is such fundamental and important question, most people are unable to come to the conclusion through observation or analytical reasoning. Rather, in most case, they simply tell you what someone else said, or what is commonly presumed by other; what my father says the purpose of life is, what my teacher says, what my friends says etc.

If I ask you why do people work? you may say... because it is a necessity in order to support oneself and to meet the needs of the family. If I ask you why we sleep? you may answer... that it is a common necessity for human beings. 

Well... what is the goal or the purpose of life? There are so many and different answers because people are confused. Is our purpose in this world simply to eat, sleep, dress, work acquire some material things and enjoy ourselves? Is this our purpose? Why are we born? What is the object of our existence? What is the wisdom behind the creation of human and this tremendous universe? Think about these questions.

Some argue that there is no evidence of any divine forces, there is no evidence of the existence of God, and there is no evidence that this universe was created for any divine purpose. Instead, they pretend that this world came by chance. 

Ok... If I gave each one of you a $100 for no reason, you would at least say thank you. Right? So..how about your eyes, your kidneys, your brain, your life, your birth; what about these blessing? Who gave you those? Is He not worthy of praise and thanks? Is He not worthy of your worship and recognition?

In the Nobel Qur'an, Allah the Almighty says: {I have not created the Jinn (spirit beings) nor the human being for any other purpose except to worship Me} Al Qur'an:[Adh-Dhariyat 51:56]. Hence, the purpose of our life is to recognize the Creator, to be grateful to the Creator, to worship the Creator, to surrender ourselves to Him and obey the laws that He has decided for us.

In short, it means to worship Him, this is the purpose of our life. Thus, whatever we do, eat, drink, dress, work, are just consequential; the aim is that we have been created to worship Him. That's the purpose of our life.

Ramadhan al-Kareem y'all...dan selamat menjalani ibadah puasa!

Salam dari downunder... 

Wednesday, May 18, 2016

warna-warna kehidupan

menggunung harapan
ingin kulukis sebuah impian
di kanvas kehidupan

kupendam rasa hati yang bergelora
ingin kupamirkan, tapi untuk apa?
ingin kuluahkan segala, tapi kepada siapa?
biarlah ia terus menjadi rahsia...

sakitnya menggengam bara
yang menjalar menguasai kepala
hati....  janganlah rasa kecewa
kerana kaki masih berpijak di bumi nyata

aku bertanya diri, kenapa? mengapa?
jawapan yang kucari kabur dan mengelirukan
sukarnya menerima perubahan
atau... menafikan kenyataan

kupejam mata
memujuk hati yang lara
doa dan harapan
terus mendambar bahagia di jiwa

walaupun tidak seindah di alam maya
dugaan dan cabaran yang bertuba-tuba
demi nafas yang masih menghela
aku harus mara...
aku redha kada' dan qadarMu yaa... Ilahi
ujianMu, mewajakan diri

padaMu ya Tuhan
permudahkan segala urusan
RahmatMu mengisi setiap ruang
yang mewarnai kehidupan


Tuesday, May 17, 2016

Ramadhan yang dinantikan

Ahlah wa Sahlan Ramadhan al Mubarak

Hari demi hari berlalu dan bulan silih berganti, Ramadhan al Mubarak menjelma tak lama lagi. Seronok tau berpuasa bila musim sejuk... waktu siangnya yang pendek dan tak panas, jadi tak la terasa dahaga sangat... Ini rezeki aku dapat berpuasa di negara sejuk... cabaran yang aku lalui mungkin tak sama dengan korang kat Malaysia... tapi harap korang banyak bersabar ya.. dengan panas yang berbahang dan godaan barzar Ramadhan tu.

Ada orang gembira dengan kehadiran Ramadhan kerana Aidilfitri yang diraikan selepas tu. Ada juga orang yang sedar dan insaf ingin meraih ganjaran pahala yang tidak ternilai bersamanya. Memang terlalu banyak ganjaran pahala yang dijanji Allah pada bulan yang diberkati ini, antara yang terbesar ialah malam Lailatul Qadar. Ya... betul..! Ibadah pada malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.

Kita sebenarnya tidak mengetahui tarikh setepatnya bila Lailatul Qadar terjadi. Mengapa Allah sembunyikan malam Lailatul Qadar? Hm... sebenarnya Allah sembunyikan Lailatul Qadar kerana ingin menguji hambaNya, sejauh mana tahap amal ibadah kita sepanjang Ramadhan.

Namun Rasulullah SAW telah memberi garis panduan kepada umatnya supaya mencari malam tersebut dalam 10 malam terakhir Ramadhan. Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah bersabda “Carilah dengan segala upaya kamu malam al-qadar pada malam-malam ganjil dari 10 malam akhir bulan ramadhan”. Ingat tu... malam ganjil tau... 

Disebut juga sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut akan turun Mailakat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. 

Dalam sebuah hadith lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam Lailatul Qadar TELAH berlaku, terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh, dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas (tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya). Ohhh... kalau dah BERLAKU... kena tunggu tahun depan pula laa... itupun kalau panjang umur... iya tak? 

Ostaz aku cakap.. malam berlakunya Lailatul Qadar tu... mata kita rasa mengantuk giler (perkataan 'giler' tu aku yang tambah heheh) ...juga dikhabarkan pokok-pokokpun sujud... katanya cuma yang terhijab je boleh nampak. Woww... bestnya kalau dapat 'berjumpa' Lailatul Qadar ni kannn!

Muga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat kita semua dan nikmat beribadah sempena bulan yang barakah ini. Semuga kita berpeluang untuk menambah bekalan akhirat kita, dan usaha kita yang sedikit ini akan dikira dan diberi nilian disisi Allah SWT. Amin!.


Salam dari downunder dan selamat beribadah…

Thursday, May 5, 2016

lamunan aku...

Sejak kebelakangan ni aku suka benar mengelamun…hmm... rasanya mengelamun ni dah jadi hobi terkini aku... err... apa hobi baru korang hah?

NZ dah masuk 'autumn', rasa sejuk dah sikit-sikit. Cantik juga pemandangan musim gugur ni... dulu aku tak peka, hehe. Jadi sebab aku suka menikmati pemandangan yang cantik ni... aku pilih jalan kaki untuk pergi kerja... bukan jauh sangat pun... cuma opis aku atas bukit... terjelir-jelir juga lidah aku kepenatan mendaki bukit tu. Dalam perjalanan ke tempat kerja tu aku lalu kat 'park' atau taman... masa lalu di celah pepohon tu... aku dapat saksikan dedaun kuning... dan yang kecoklatan dah bertaburan di muka bumi. Sambil kaki melangkah, fikiran pun jauh melayang mengimbau kampung halaman yang jauh kutinggalkan. Teringat pula ladang getah kat kampung, sekarang musim meluruh ke?

Kalau dah mengelamun tu macam-macam yang difikirkan... kekadang tu dapat ilham pembuka minda tau...'the mind is everything...' tapi tengok keadaan la kann... Ada pula orang kata ‘kita harus mengwujudkan mimpi dan bukannya hanya bermimpi'. Aduhhh.... cabarannya yang menusuk ke kalbu..!hehe. Lamunan aku pergi jauh... mengingatkan aku dedulu di VUW, aku pernah ambil 'kertas sastera' bunyinya macam mudah je kannn... ‘have you got what it takes to be a writer?’ tanya lecture kelas aku tu.  Agaknya bagi korang mungkin mudah la kannn... tapi bagi aku, yang BI cuma nyawa-nyawa ikan tu... hahaa memang tercungap-cungap weii... 'You can do anything you want. All you have to do is BELIEVE'.

Jadi... aku cuma nak pesan je... bila korang baru mula nak menulis atau berkarya tu... rasanya elok bermula dengan menulis tentang perasaan dan pengalaman hidup korang dulu. Idea datang tak kira masa dan tempat... bawalah buku catatan dan pen, nanti senang nak 'jotting down' idea-idea, sebagai contoh nama 'characters' dan tempat yang menarik lagi pelik-pelik.. baru karya atau cerita korang tu nampak unik kann... hahaa aku cakap je... suka hati korang la nak buat camana, yang penting rerajin lah menulis kalau boleh menulis la tiap hari, jadikan ia sebagai habit... 'just keep going until you succeed'. 

Hayoohhh... dalam mimpi itu lebih indah kannn?... aku dah tersedar dari mimpi... jom buat ‘reality check’… berkarya ni hanya pada yang berminat saja... Jadi untuk langkah memula tu jom kita ‘semak’ diri sendiri …

1-      Berapa kerap korang baca buku-buku?
a)      Setiap hari
b)      Sering juga
c)       Jejarang

2-      Jenis buku apa yang korang baca?
a)      Memacam dan apa saja
b)      Baca buku atau majalah yang aku suka je
c)       Baca buku apa yang cikgu suruh kat sekolah je

3-      Korang rasa seronok tak menulis cerita?
a)      Yaa… aku mempunyai imaginasi yang ‘kuat’
b)      Kekadang je
c)       Entah la. Aku cuma menulis kalau cikgu suruh untuk kerja sekolah

4-      Banyak mana ‘kerja’ yang korang buat dalam karya penulisan?
a)      Aku plan nak menulis. Bila dah siap, aku semak dan tukar memana yang aku tak berkenan
b)      Aku baca sambil lalu apa yang aku tulis untuk semak kalau-kalau ada kesilapan.
c)       Aku tulis sekali ‘karya’ tu dan itu je la..

5-      Bagaimana respon korang bila penulisan korang kena kritik
a)      Aku  dengar apa yang diorang nak bagitau dan cuba memperbaiki penulisan aku.
b)      Aku dengar je apa diorang nak cakap, tapi aku tak ubah apa pun
c)       Aku rasa kecewa bila orang mengkritik kerja-kerja aku

Hah apa keputusan yang korang dapat? Kalau kebanyakan nya...
A... Korang mempunyai ‘potensi’ untuk menjadi seorang penulis! Teruskan membaca dan rerajinlah menulis.
B... Korang berminat membaca dan menulis. Carilah  buku-buku  yang korang minat yang memberi inspirasi pada korang dan cuba bahagikan lebih sikit masa untuk berkarya.
C... Hati korang tak berapa minat sangat… tapi kalau korang ada minat nak jadi penulis tu, jom baca  lebih banyak buku lagi… takde lah hanya baca buku untuk kerja sekolah je kannn.

'So.... What you thinks you become....?' Bak kata Laozi tu  “A journey a thousand miles begins with a single step.” 

Cuaca cantik hari ni...sambil menikmati keindahan pemandangan di Wellington.
Salam dari downunder....

Friday, April 22, 2016

Wonders Mind is Wonderful..

Aku baru je nak mulakan kelas Islamiyat aku tu... ada la sorang anak didik aku ni... duduk sebelah aku dan dia meletakkan tangannya dekat tangan aku.. 'why do we have different coloured skin?. pulak dahh.. Ishhh macamana nak jawab ya... aku pun cakap... "let me think"... mengapa warna kulit kita berbeza ya? dengan mengulang semula pertanyaan nya tu... agaknya gitulah yang dikatakan 'think aloud' tu kannn.

Itu la kannn... bila ada soalan tentu ada jawapannya.. Sekarang anak didik aku rajin pula bertanya ... tak la asyik aku je yang tanya diorang kannn... Tak sangka macam-macam yang diorang wonder kann...'wonders mind is wonderful' kannn sebab....Wonder is the beginning of wisdom.” kata Socrates.

Aku pun cakap la... Allah ciptakan manusia dari tanah liat... ingat tak tak kisah Nabi Adam alaisalam? Yess.. reramai diorang jawab. Mari kita bayangkan... macamana kita bakar roti....setelah diuli dan di buat bentuknya, 'dough' itu di masukkan ke dalam oven. Yang dikeluarkan awal dari oven tu 'just cooked', kulitnya puteh cerah, kalau yang 'medium cooked' pula jadi warna sederhana coklat, tapi yang 'over cooked' tu warna agak gelap sikit atau terhangus. Begitulah roti tadi dibandingkan dengan manusia.

"But don't worry".. setiap salah sorang dari kamu... semuanya cantik-cantik belaka. Allah tak melihat paras rupa kamu atau warna kulit kamu tapiiii... Allah melihat hati kamu... keimanan yang tertanam di dalam hati kamu. Jika hati kamu ikhlas, jujur dan tidak sombong... diri kamu cantik 'inside and out'. Aku malas nak cerita pasal pigment dalam sel kulit tu.. nanti diorang tau sendiri la... aku bukannya mengajar sains... haha

"As if you are the 'bun'... what or who is your 'magic oven?' aku tengok diorang melopong je... aku pun cakap la "your mother". Lepas tu kitorang nyanyi lagu 'your mother' nyanyianYusuf Islam tu.. dalam hati aku... mujur juga ada i-pad mini aku ni... boleh juga 'turn on' kan lagu tu sebagai lagu latar belakang.

Salam dari downunder...

Friday, April 8, 2016

Secebis kenangan di Dunedin

Imbas kembali kenangan di Dunedin, bandar kedua terbesar di Pulau Selatan NZ ni. Pendidikan adalah sumber utama pendapatan bagi bandar Dunedin ini jadi, kebanyakan penduduk bandarnya terdiri dari pelajar tempatan dan antarabangsa, yang belajar di Univerity of Otago.

Kampus University of Otaga ni telah terbina sejak dari tahun 1869 lagi. Kampusnya yang terletak di dalam bandar Dunedin ni menjadi salah satu tarikan bagi pelawat tempatan dan pelancung luar negara. Aku pun teruja tengok bangunan kampusnya macam 'haunted castle' je... tapi bangunan antik tu yang menarik kannn...  

Sempat mengabadikan beberapa keping gambar sebagai kenangan...


Larnach Castle

Dunedin Airport
St. Paul Catheral (gambar dari internet) 
Clock Tower: University of Otago, Dunedin
Kilang coklat, tengah bandar Dunedin

Baldwin Street, Dunedin: jalan yang paling curam di dunia. 
                               
Somewhere downtown, Dunedin

Thursday, April 7, 2016

Tapak Kaki dan Personaliti

Hari ni aku nak cerita pasai kaki...
Suatu hari tu MIL bertanya aku tentang perangai pelik aku yang suka memakai setoking dalam rumah.
“Awak demam ke?” MIL tanya.
“Nampak macam orang demam ke?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan juga. Baik punya menantu... hahaa
“Tu... Pakai setoking...!!” kata MIL lagi.
“Ohhh...haha... Tak la. Saya tak demam... Saja pakai nak jaga kaki... pijak lantai marble ni nanti kaki jadi kasar dan pecah-pecah. Nanti kaki saya dah tak lawa” terang aku.
“ha' laaa, sini tak boleh pasang karpet.. banyak debu!!” Hayooo… dia macam tau je apa yang aku nak cakap…

Dedulu aku terbaca satu artikel, maaf detailnya dah tak berapa ingat. Satu suku kaum di Indonesia yang beranggapan perlu menghargai kaki, bila berbaring diorang letakkan kaki pada tempat yang tinggi atau kaki dilapik dengan bantal... macam biasa korang lapik bantal di kepala. Diorang percaya kaki harus diberi penghormatan kerana kaki berkerja keras sepanjang hari dan kaki bertanggungjawab memikul seluruh anggota untuk bergerak dan berkerja.

Banyak juga perbidalan yang mengunakan ‘kaki’ yang biasa aku dengar… kaki pukul. kaki bangku. kaki ayam. kaki temberang. kaki kebas. Macam-macam kaki daa…

Pasai kaki lagi... Orang kata keperibadian hanya boleh disingkap melalui garis tapak tangan, raut wajah, atau menerusi bentuk jari-jemari seseorang. Korang tau tak melalui tapak kaki juga dapat mengenal keperibadian seseorang... ni la yang ingin aku 'kuak' kan. Er...lama betul tak guna bahasa kampung aku ni...

Ada tiga jenis gambaran atau bentuk tapak kaki seseorang. Jenis tapak kaki yang 'ramping', yang ‘sederhana’, dan yang 'tebal'.  Kalau kaki korang basah kemudian korang pijak atas papan kering… ada dapati kesan tapak kaki korang kannn. ‘Cher’ (cuba) tengok tapak kaki jenis yang mana?

1- tapak kaki jenis 'ramping'
Jika jejak kaki korang tu agak ramping atau macam 'high arch' ini bermakna korang jenis berperangai kegila-gilaan tapi dalam pengertian yang baik la. Korang jenis orang yang suka mengambil risiko dan 'happy go lucky', tetapi korang seorang yang unik jika dibandingkan dengan kebanyakan orang.
Keperibadian korang agak menonjol dan terlihat berbeza, dan selalu menjadi tumpuan orang sekeliling korang tu, sama ada korang menginginkan nya atau pun tidak, korang tetap mendapat perhatian. Korang jenis orang yang yakin, mempunyai kepercayaan tinggi terhadap kemampuan diri sendiri dan sentiasa ceria menjadikan ramai orang ingin mengelilingi korang tu.

2 - tapak kaki yang 'sederhana'
Jenis tapak kaki yang ini paling ramai orang memilikinya. Dikatakan yang paling umum, ini bererti baik sekali kann. Korang mudah bergaul dengan orang ramai, sama ada korang seorang pemimpin atau pengikut. Korang juga seorang pendengar yang baik dan tahu bagaimana bertindak dan mengambil tindakan inisiatif. Korang selalu berpandangan positif, jika ada pendapat-pendapat negetif tidak akan menghalang korang untuk bergerak maju.
Korang jenis orang yang boleh 'diharap' dan menjadi tempat rujukan bagi orang ramai yang datang meminta pertolongan dan nasihat dari korang. Korang juga menjadi 'contoh' kepada yang lain. Tidak menghairankan jika ada orang menaruh harapan dan kepercayaan pada korang.

3 - tapak kaki yang 'tebal'
Jika tapak kaki korang cenderung tidak berbentuk atau ‘tebal’, ini mengambarkan personaliti korang seorang yang kuat dan stabil. Bila berhadapan dengan macam-macam situasi, korang hadapi dengan tenang, apatah lagi la kalau situasi tu menyenangkan hati korang… korang dapat mengendalikannya dengan baik lagi.
Korang juga  bercita-cita besar, dan keperibadian korang itu membantu korang meraih apa yang korang inginkan.

Hmm.. dah panjang aku sembang pasai kaki ni... jadi elok juga aku angkat kaki duluuu... byee

Friday, April 1, 2016

My Commitment

Salam dari downunder...
Hari ni aku nak membebel. Membebel pasal diri aku sendiri. Internet ade je. Kat rumah. Kat opis. Ada je. Cuma malas nak menaip. Mengapa aku malas? Entah la… konon nak relax. Hehe... alasan je tu.. sebenarnya takde apa nak diperkatakan. 

Aku pun heran macamana ahli fikir tu berfikir? Aku ni malas nak berfikir lebih-lebih... kang sakit kepala… haha  teruk betul aku ni Allah kurniakan otak bila tah nak guna nya…hmm masa sekolah dulu je kot … masa periksa.  Hah.. salah ke? Setiap hari dalam kehidupan kita tu adalah ujian. Jadi nak lulus ujian kita kena plan. Nak buat plan kena fikir juga.

Aku sebenarnya kecewa dengan perangai diri sendiri. Bagi masa banyak mana pun tak berubah-ubah. Masih buat benda yang sama. Masalah dengan diri aku ialah komitmen. Aku tak mampu nak beri komitmen sekalipun aku nak sangat benda tu siap... katakan la menulis, ya aku suka menulis. Tapiiii.. kalau tak ada komitmen tak jadi la kan? Tak guna kalau cakap nak menulis tapi usaha aku tu separuh jalan. Idea pula masa aku sibuk atau masa aku tengah emo, masa tu la mencurah macam air bah. Bila aku bersedia nak menulis.. mana tah hilangnya. Y’all pernah tak rasa apa yang aku rasa ni?

Jadi aku ni rajin ke malas?! Hmm… Aku rajin la menulis tapi malas betul nak siapkan. Aku 'struggle' dengan masa. I need 'more' time!. hahaa 24 jam sehari tak cukup? Bukan takat menulis je, benda lain gitu juga... macam bila aku buat projek kait-mengait, melukis, menjahit dan entah benda lagi… memula tu bukan main beria-ia… semangat yang berkobar-kobar… lepas tu tergendala separuh jalan. Semua ‘harta karun’ tu aku sorok  bawah katil. Hahaa sorok, jangan tak sorok. Nanti pedih telinga bila orang sebelah pula yang membebel.

Macam mana nak motivate diri sendiri ye? Rasanya kalau membebel kat orang lain macam mudah je.. macam abc.. banyak je idea nak dibebelkan. Bila cuba membebel kat diri sendiri… kalau orang tengok tentu kata aku sewel, mujur la ni aku berkata-kata dengan jari jemari je. Aku ada kelemahanku sendiri… dan aku rasa aku pun tau apa kekuatan aku... tu yang payah nak motivate diri sendiri ni… mungkin... tengok pada ‘how important of that thing’ la agaknya kannn.

Ye… buat kerja rumah pun sama… melipat kain depan tv… kalau mata dan tangan seiring jalan takpe juga.. niii.. mata focus kat screen tv.. tangan dah kaku. Lipat juga... masa iklan je. Haha macam tongkang pecah rumah aku. Omaiiiiii ... Buat kerja separuh kemudian tengok 'Boarder Security'. Buat kerja separuh kemudian baca novel online. Buat lagi... sibuk nak main game pula. Nampak tak masalah aku? Aku perlu maid. Hahaa toksah berangan.. sini 'hire' pembantu rumah, bayarnya kira jam.

So my solution is… tak payah la lipat kain baju tu semua, dari ampaian terus hanger ke dalam almari. Aku dah jimatkan masa.. jadi masa terluang tu... terserah aku la apa aku nak buat. Kekadang tu aku pergi survey apa ada offer kat bandar tu, atau belagak sikit-sikit macam pelancung hahaa.. apa-apa je la.

Buat apa nak susah hatikan....I choose to be happy… the way I want it. 
So, I want to be a person who can give a full-time commitment to my own life...and others. "Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter and those who matter don't mind" -Dr. Seuss

Ok.. ni je bebelan aku hari ni... 
Take care! Bye...

Wednesday, March 30, 2016

Y do wars happen?

Salam dari downunder...
Hmm... hari tu aku pernah janji nak kongsikan jawapan aku kepada soalan cepu emas anak didik aku yang diorang  kemukakan tempohari tentang... 'why do wars happen' ? Sebab diorang tanya... jadi aku kena la jawab takat yang aku mampu... 

The important thing is not to stop questioning. Curiosity has its own reason for existing.
― Albert Einstein

Aku pun cakap la... punca peperangan disebabkan oleh percanggahan ideologi / fahaman ugama, perebutan bahan mentah, dan meluaskan kuasa dan tanah jajahan... 

Aku cakap lagi... Peperangan Dunia Pertama (WW1) pada pendapat aku la UK, France dan Ottoman Empire (Turkey) bergabung untuk berperang dengan Russia disebabkan mahu menguasai 'resources' di kawasan Laut Hitam (Black Sea).  Peperangan yang agak terkini berlaku dalam tahun 1991 dikenali dengan Peperangan Teluk Persi (Persian Gulf War) ianya terjadi disebabkan perebutan bahan mentah. Sebahagian besar dari Iraq mahu mengambil alih dan mengawal minyak simpanan Kuwait. 

Aku membebel segala macam tu... agak-agak diorang tu faham ke? diorang tu baru je berumur 7-8 tahun... hahaa kesian melopong diorang! 

Oh ya.. dalam kelas aku ada 2 orang pelarian dari Syria. Err.. aku pula yang excited nak terangkan pada anak didik aku tu. Tapi aku cuba la terangkan menurut peringkat umur diorang tu. Jadi... aku cakap... Sebenarnya semua orang mahu hidup dalam keamanan!. Tapi mengapa peperangan itu terjadi? Hmm... kebanyakan peperangan itu terjadi disebabkan oleh kerajaan yang memerintah, yang membuat keputusan bagi pihak penduduk dan negara tersebut... kerana rasa takut. Berlakunya peperangan itu kerana manusia tu tak mau bawa berbincang sesama sendiri. 

'Let imagine like this'... kalau kamu di 'playground' sendirian disebabkan kawan baik kamu dia tak datang sekolah, dan ada 'gang' yang mula mengejek-ejek kamu. Bagaimana kamu rasa? Apa agaknya tindakan kamu? Tentu rasa marah kann.... rasa geram ... rasa nak balas semula ejekkan gang lawan kamu tu. Kemudian kamu balas semula ejekkan tersebut... dari situ bermulalah satu perkelahian.... macam tu juga lah dengan negara-negara... bagaimana terjadinya peperangan itu... bila peperangan pun belaku banyak yang mengorbankan nyawa dan harta benda, ada yang terpaksa meninggalkan negara meraka kerana ianya tidak selamat lagi untuk didiami...

Secebis kisah berakhir sudah... ketemu lagi jika diizin Allah!. 

Sunday, March 20, 2016

Why so many Why?

Tahun ni aku bersukarela berkongsi ilmu mengajar bebudak berkaitan hal-hal Islamiyat di Masjid tempatan di sini. Ramai juga anak didik aku tu.. tau je la bila ramai tu banyak la kerenah nak dilayan.

Ahad lepas, sebelum aku mula mengajar aku bagi peluang dan ruang untuk anak didik aku bertanya apa saja yang terlintas di kepala diorang.

Some of  my Princesses for 2016 
Pada mulanya tu diorang malu-malu, tapi bila aku kata 'no question is silly question '. Lepas tu.... banyak pula soalan 'Y'. Aku catat soalan diorang tu... salah satu soalannya 'why do wars happen?' hmmm... menarik kan apa yang diorang fikirkan. Aku tanya diorang balik 'Why so many why?'.

Terkenang masa aku kecil dulu, akupun pernah juga 'wonder'.... betul ke 'pink panter' tu betul-betul warna pink? masa dedulu rumah aku cuma ada tv hitam puteh je. Aku pendamkan sendiri je wonder aku tu... tapi aku ingat sampai hari ni... hahaa

'Sometimes the questions are complicated but the answers are simple' -Dr. Seuss

Nanti aku kongsikan dengan y'all jawapan aku tu yee....

Salam dari downunder...

Friday, March 18, 2016

Mother Tongue

Hujung minggu, aku berkesempatan meluang masa 'bonding' bersama puteriku, kami bersembang dan bercerita tentang kehidupan. Bergelak ketawa... dalam hati aku "untung juga dia faham BM...". Lepas tu aku cuba ceritakan semula kelucuan yang kami gelakkan tu kepada putera aku. Mula la dia.. “Hah? What..? What? I don’t get it”. Laaaa..tak faham sungguh ke? Haduiii....ini  semua salah aku juga… BM bukan lagi 'mother tongue' diorang dah...

Terasa macam ada 'gap' dalam hati aku ni, apa yang nak aku sampaikan, tak kesampaian. Hmmm... memang la aku boleh terang kan dalam BI, tapi tak sama penghayatan kata-kata tu dalam BM. Kalau bahasa yang kita gunakan tu tak difahami rasa bagaikan sia-dia je kannn. Mesej yang hendak disampaikan tidak tersingkap, atau tidak tercapai, atau tidak dapat menyelesaikan masalah keadaan tertentu. 

Jadi hari ni aku nak membebel pasal Bahasa, seperti senikata lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramli dulu.... 

"Tiada kata secantik bahasa, nak ku curahkan rasa
Tiada gambar seindah lukisan, nak ku curahkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi, nak ku curahkan isi hati...." 


Bahasa memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia kerana bahasa adalah alat komunikasi,  sama ada digunakan secara lisan, bertulis atau bahasa isyarat (sign language). Fungsi bahasa sebagai alat pengungkap perasaan dan buah fikiran. Kecerdasan pemikiran berhubung kait dengan kemampuan menguasai bahasa dalam mengolah kata-kata seperti dalam perbahasan dan menghasilkan 'creativity'. 

Mencampur adukkan penggunaan BM dan BI seolah diterima pakai oleh masyarakat kita dewasa ini. Macamana nak kata 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni... kalau bahasa kebangsaan tidak dijaga, rosak laaa bangsa. Pengaruh media social dewasa ini, terutama kepada para remaja, dalam gaya penggunaan bahasa ringkas seperti text/ sms, sering mengelirukan dan kekadang tu tak faham langsung.

Mungkin suatu hari nanti bahasa kebangsaan kita hanya tinggal sebagai hiasan sejarah saja, sebagaimana yang berlaku kepada Bahasa Shakespeare tu. Marilah kita menjadi bangsa maju yang mendaulatkan Bahasa kebangsaan kita. 

Only the curious have... a tale worth telling at all.

Salam dari downunder...