Friday, January 29, 2016

Aku adalah aku!

Sabtu lalu aku ke perpustakaan, aku ternampak poskad ni tersusun di ruang ligar depan pintu besar perpustakaan tu. Sebelum keluar aku ambil satu... Tetiba kenangan silam menjelma kembali.

Kisah usang yang tersimpan dalam memori aku ni... yang sukar dikikis dari ingatan...

Bila cohort aku tamat kursus BI advance di VUW, tak sangka pula pihak Universiti mengadakan majlis penyampaian sijil mengikut adat budaya orang Maori. Majlis bermula dengan kata alu-aluan dalam Bahasa Maori, ala-ala majlis bacaan doa selamat gitu... Aku relax je.. sebab aku bukan faham pun diorang cakap apa...

Kemudian sorang...sorang kekawan aku naik pentas. Aku berdebar-debar tunggu giliran aku... mak ooii.. kena 'hongi' pulaaa? Korang tau hongi tu apa? Hongi adalah cara 'greeting' orang Maori NZ ni, dengan melagakan hidung. Hadoooi... tension aku...

Aku memang nak kan sijil BI advance aku tu, sebagai salah satu dokument sokongan untuk daftar masuk belajar di VUW bagi ijazah pertama aku. Macamana ni... aku berkeluh kesah... tutor aku pula lelaki muda berbangsa Maori bernama En Nuku. Aku sibuk berfikir mencari idea dan alasan... macamana nak mengelak dari ber hongi nanti. Malu ehhhh.. laga-laga hidung niii.. 

Kalau tutor aku tu pompuan tak kisah la...ini lelaki. Diulangi lagi, dia lelaki. Bersalaman pun aku kekok, ini kan pula ber hongi. Aduhaiii... panas berbahang dah muka aku ni... merah macam kena 'gonyeh' dengan cili.

Bila kedengaran nama aku di corong pembesar suara. Aku naik ke pentas untuk mengambil sijil aku tu. Laju je aku berjalan... Tutor aku, En Nuku hulur sijil dan aku sambut, dia dah sedia nak berhongi... aku berlalu pergi, turun pentas.

Selepas majlis tu En Nuku datang cari aku. Dia kata aku memalukan dia di khalayak ramai (sebab aku mengelak hongi tu). "Opps sorry!".. aku cakap dengan buat muka selamba, tapi dia tak puas hati masih mahu aku jelas kan "Y?". Aku cerita la... aku Muslim, hongi tu 'tabu' bagi aku sebab ugama aku tak benarkan bersentuhan lelaki dan perempuan bukan muhrim ... Ehh... dia faham ke bila aku sebut pasal muhrim ni? Ahh.. dia tak tanya... kira dia faham je la. Payah juga nak cerita fasal hukum-hakam dalam Islam bila BI aku pun masih berterabur... 

Dah aku terang panjang lebar alasan aku tu... masih pada dia, aku tidak menghormati budaya dia. Bila dia sindir aku... pedas terasa.. Aku cakap la... "Do I care about your culture if you are ignored mine?" Opps... 'laju' sangat ke kata-kata aku tu? Hehee. Terpinga-pinga dia... tapi puas juga aku nak menerangkan budaya Melayu yang berteraskan Islam ni.

Aku tak boleh la nak ikut pepatah Melayu yang kata... 'masuk kandang kambing, mengembek... masuk kandang harimau mengaum' tu... haha...aku adalah aku! Aku ada pendirian sendiri!

Yang bagusnya.... lepas tu... 'greeting' style Maori.... Pompuan hongi pompuan.... Lelaki dengan lelaki. 


Ok bye!

Wednesday, January 27, 2016

Meramal Masa Depan!

Tahukah anda rahsia masa depan anda itu ada pada diri anda sendiri. Meramal masa depan? bunyi macam pelik je kannn….
We all make choices,
but in the end our choices make us.
Lupakan cara tukang tilek meramal nasib dengan yang membaca garis-garis di tapak tangan, atau bertanya tarikh lahir anda, atau bertanya anda anak bilangan yang ke berapa dalam keluarga… 

Apa yang aku nak ceritakan di sini…tentang lumrah dunia… Anda pernah dengar tentang sebab dan akibat? Nasib anda terhasil dari proses sebab dan akibat.  Macam omputeh kata ... 'we don't meet people by accident, they are meant to cross our path for a reason..' Tiada sesuatu itu berlaku tanpa sebab termasuk jugalah nasib seseorang itu. 

Jadi anda boleh tentukan nasib anda sendiri kerana sebagai manusia anda berhak dan berupaya melakukan perubahan nasib dalam mencapai apa yang anda inginkan. Anda juga mempunyai hak istimewa untuk berdoa kepada Tuhan.

Kejayaan atau kekayaan seseorang itu adalah akibat dari sebab. Pasti ada sebab sesorang itu berjaya dan menjadi kaya- raya kannn? Anda mahu tahu penyebabnya? Antara penyebabnya berusaha, berkerja keras dan berdoa!!. Ketika dia memulakan perniagaannya,dia tidak tahu perniagaan nya itu akan berjaya atau tidak. Banyak halangan dan cabaran yang harus ditempuhi, dia gigih berusaha dan bersemangat tinggi juga berkerja keras, disamping berdoa kerana dia percaya ‘usaha itu tangga kejayaan’.
  
“SUCCESS starts when you stop making excuses and start making a way.
POTENTIAL means nothing if you don’t do anything with it”.

Sebagai Muslim, aku percaya pada ketentuah Allah iaitu qada’ dan kadar. Memang nasib anda telah tertulis sejak  azali lagi di Luh Mahfuh sebelum kelahiran anda lagi. DOA adalah anak kunci pembuka pintu perubahan dan kejayaan, dengan izin Allah.

Jadi... muga rumusan mudah ini dapat anda meramal masa depan anda…

Bermula dari lintasan hati, kemudian anda berfikir tentang impian anda itu. Setelah anda fikir-fikir kan terkeluar kata-kata @ ucapan. Mulai dengan ucapan itu terjadi tindakan. Tindakan yang anda lakukan itu berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan. Kebiasaan-kebiasaan itu menjadi karektor dalam hidup anda. Karektor anda itu sebagai penentu nasib anda. Karektor anda itu bukan diwarisi tetapi ia terbentuk secara apa yang anda alami.

Nasib baik anda, ditentukan oleh perangai baik anda sendiri, begitu juga jika karektor anda itu buruk, nasib buruk sebagai akibat karma nya.

Berwaspadalah dengan hala arah  fikiran anda itu. Berfikiran yang buruk akan mendorong anda mengucapkan keluhan dan rasa tidak bersyukur. Kemudian tanpa anda disadari, anda melakukan tindakan-tindakan tidak baikJika perbuatan itu sering dilakukan ia akan menjadi kebiasaan buruk dalam kehidupan harian anda. Saudara mara dan sahabat handai  menganggap anda orang dengan berkarakter jahat. 

Jadi....anda sudah boleh melihat nasib anda? Hmm...

The best way to perdict the future is to create it.
Dreams don’t work unless you DO!


Tuesday, January 19, 2016

Hobby and Personality

Anda mempunyai hobi? Banyak kelebihan bila anda mempunyai minat @hobi tertentu. Ia dapat memberi ketenangan secara tidak langsung mengurangkan stress lebih-lebih lagi  jika hobi itu jenis senaman @ pergerakan fizikal. Mempunyai hobi boleh juga mencungkil bakat terpendam anda.

Tahukah anda hobi ada kaitan dengan personality anda, jadi tidak hairanlah jika seseorang sedang mencari kerjaya akan memaklumkan hobinya itu di dalam résumé nya. Menerusi hobi juga anda boleh bertemu kawan baru, menajamkan fikiran atau membuat sedikit wang tambahan.

Bagi sesetengah orang, mencari hobi itu satu proses semula jadi dan mudah. Bagi yang lain pula, ia boleh mengelirukan kerana begitu banyak pilihan di luar sana. Ok aku nak cerita pasal hobi aku, hobi terbaru aku blogging. Kebanyakan orang blogging sebab nak promote bisnes diorang. Aku?? Hehe apa-apa je la.

Adakah anda rajin dan suka seni craft? Aku juga!! aku suka mengisi masa lapang aku dengan ‘mengait’ buat masa ini aku sedang ‘mencabar diri sendiri’ menyiapkan skaf leher dengan mengait cara ‘crochet’. Satu minggu telah berlalu… harap aku dapat menyiapkan sebelum musim gugur tiba. Hobi lain aku suka melukis potrait sendiri.‘Self portrait’aku lukis mengunakan pensil je. Bila ada kelapangan aku nak belajar teknik lain yang pula.

Hobi unik aku sebagai pengumpul duit syiling lama. Hobi ini muncul secara kebetulan saja bila aku mendapat ‘pusaka’ dari FIL aku. Aku anggap ianya sebagai cendaramata.  Bila aku maklumkan pada kawan dan kenalan tentang ‘pusaka’ itu, mereka pula menghadiahkan aku syiling dan duit kertas dari negara mereka. Sebenarnya mengumpul syiling atau duit lama ini menyeronokkan dan boleh juga dijadikan sebagai satu pelaburan. Nanti aku update letak gambar.

Salah satu cara paling mudah untuk mengumpul duit syiling ialah membeli 'set mint' bagi isu-isu modern tertentu. Seperti kebanyakan pengumpul syiling, aku juga pada mulanya mengumpul semua sekali jenis syiling baru dan lama. Bila aku mempunyai album syiling barulah aku susun mengikut temanya. Mengumpul syiling ini memang menyeronokkan, tapi janganlah sampai menyakitkan mata kerana syiling yang kita kumpul itu berlongok dalam bag plastk, dalam botol, dalam tin atau dalam guni di sudut rumah lita. Letaklah dalam album syiling khas.

Bila aku telah masukkan syiling ke dalam album khasnya, aku wonder tentang nilai syiling lama aku itu. Lalu aku ke perpustakaan meminjam buku tentang syiling. Dari situ dapatlah juga aku menimba ilmu dan pengetahuan berkenaan syiling lama dan nilainya. Memang mengumpul syiling ini hobi yang menarik, disebalik gambar dan reka bentuknya syiling itu penuh sejarah ketamadunan sesebuah negara ketika itu. Bagi kanak-kanak pula mengumpul syiling dapat juga mempelajari geography dan peta dunia.

Apakah nilai sebenar syiling itu, mengapa ia diperbuat dari logam yang terpilih? Bila kita mengumpul syiling lama itu, keadaan syiling tersebut sangat penting untuk mengetahui tinggi atau rendah nilai syiling tersebut. Sebagai contoh, syiling yang sangat baik 'mint'nya menjadikan nilai syiling itu lebih tinggi berbanding syiling yang telah 'haus' atau telah 'wear out'.

Monday, January 18, 2016

Happy as you can be!


Apa yang anda fikirkan secara sedar atau tidak mempunyai keupayaan sebagai ‘penarik’ perhatian anda ke alam nyata.

Setiap pemikiran anda yang negetif seperti ketakutan atau anda tidak percaya terhadap kebolehan diri anda, ia menjadikan anda lemah semangat (low self esteem) secara tidak langsung menpengaruhi tindak tanduk anda.

Jika anda mahu memperbaiki  kualiti kehidupan, anda harus ‘menarik’ pengalaman positif ke dalam hidup anda.  Yang penting anda menyayangi diri anda dahulu sebelum anda menyayangi orang lain. Dengan siapa anda berkawan dan bergaul sedikit sebanyak mempengaruhi satu sama lain. Jika anda berkawan dengan orang yang baik anda juga mahu menjadi baik kerana yang anda lihat dalam kehidupan kawan anda itu banyak kebaikan, jadi anda juga teringin berbuat baik.

Buah fikiran dan apa yang anda percaya tentang diri anda itu bagai megnet yang berkuasa tinggi menarik perhatian orang, suasana  atau keadaan tertentu lalu menjadi nyata, sebagaimana yang anda fikir dan percaya. Apa yang ada dalam fikiran anda itu ibarat benih, kata-kata yang anda tuturkan itu ibarat benih yang dah disemai, habit@ tabiat anda adalah hasilnya. Omputeh kata...

"Your mind is a garden, your thoughts are the seeds
You can grow flowers on, you can grow weeds!

Kononnya lah anda percaya tiada orang yang menyayangi anda, lalu anda menjadi sedih, murung dan anda jadi cepat naik marah. Perangai dan sikap anda menjadikan orang lain menjauhkan diri. Mungkin ada yang 'terasa' dengan sikap anda lalu mereka tidak mahu ambil peduli pasal anda kerana mengelakkan dari dimarahi. Suasana dan keadaan itu mengesahkan kerana sikap anda sendiri sebagai penyebabkan orang tidak menyayangi diri anda. Selalu bertanggapan baik.

"Thoughts are things
So, sow wisely!!"

Jika anda percaya manusia sekarang ramai yang tidak jujur dan tidak setia, apa yang anda fikirkan… its ok kalau anda pecah amanah or it ok kalau anda main kayu tiga sebab orang lain dimata anda berbuat demikian dan anda kira apa yang anda percaya itu benar.. lalu anda tidak berasa bersalah jika anda juga pecah amanah atau anda juga tidak jujur… kerana anda membandingkan diri anda dengan perkara yang negetif di sekeliling anda, maka anda berkawan dan menarik perhatian penipu dan pendusta.  Contoh lain, katakan lah anda percaya sukarnya menurunkan berat badan, jadi anda kehilangan semangat dan motivasi untuk kekal sihat dan menjaga berat badan yang ideal. Apa yang anda percaya itu menjadi penghalang kepada perubahan dalam diri anda sendiri.

Jika anda memberi tumpuan kepada perkara yang baik, walaupun perkara tersebut kecil anda boleh memperbaiki hubungan dengan orang lain, anda menjaga kesihatan dan permakanan yang sihat. Anda jugalah akhirnya yang akan merasai kuliti dan kesejahteraan hidup.

Jika anda berfikir tentang satu perkara kecil, berilah tumpuan kepada apa yang anda boleh lakukan bukan melihat kelemahan diri dan meramal kegagalannya. Segalanya berakar umbi dipemikiran anda sendiri. Sayangi dan hargai diri sendiri, itulah kunci kepada kejayaan anda!

Anda boleh ‘menarik’ kegembiraan dan memberi peluang pada diri anda memulihkan kehidupan anda. Segalanya tertakluk kepada hati anda, anda yang menetapkan mahu menjadi orang yang ceria dan berjaya atau sebaliknya.

"Happiness is a decision. You are as happy as you decide to be!"

Wednesday, January 13, 2016

Bau Kapur Barus

Majlis pertunangan abang aku dengan kawan baikku sungguh meriah. Penuh adat dan tradisi, siap berbalas-balas pantun tu. Sehari selepas majlis itu aku berlepas pulang ke Pekan kerana cuti penggal persekolahan telah tamat.

Senja Selasa 17 April itu aku menerima satu pesanan ringkas melalui telegram, mengatakan ayah aku sakit.  Telegram adalah perhubungan terpantas pada ketika itu, lagipun penggunaan telefon masih terhad. Dulu dan sekarang memang jauh berbeza.

Esoknya, selepas subuh kawan aku CD berkayuh meredah kegelapan pagi menghantar aku menuju ke perhentian bas Pekan. Kami terserempak DYMM Sultan Pahang sedang berjogging mengelilingi Padang Polo bersama pengawalnya.... Sultan Ahmad Shah memang sultan yang berjiwa rakyat!! Baginda dulu yang beri salam dan bertanya ke mana arah tujuan kami pepagi tu… “nak balik kampung Tuanku… ayahnda patik tak sihat!”  Kena la berpatik-patik, aku kan bercakap dengan Sultan Pahang tu.  “Ya lah.... Selamat semua hendak nya…!”  doa ringkas tuanku.

Setibanya di Kuantan tiket bas express sudah kehabisan, terpaksalah aku naik bas ‘ting-ting’ dah la lambat...  bas tu rosak pula di Temerloh. Kemudian sesampainya aku di Jerantut, aku terlepas pula bas ke Benta. Hiiii... Nasib! Baru aku faham... Selalu dengar orang kata "penantian itu satu penyiasaan".  Duduk 'menganguk' menunggu bas satu jam lagi. Bukan aku tak mahu naik teksi, aku dah tanya diorang tak mau hantar katanya sebab jauh dan susah nak dapat penumpang balik ke Jerantut.

Akhirnya aku tiba jua di Benta, dah masuk waktu asar. Hmmm... aku kena cari pula‘perebet sapu’ (teksi persendirian) untuk perjalanan ke kampung aku tu. Tetiba aku disapa oleh pemandu teksi persendirian tu…  “oh.. awak baru sampai ke?.. tunggu kejap ye… diorang tu (merujuk kepada penumpang nya) tak siap membeli lagi”.  Sapaannya aku balas dengan senyuman lesu kerana kepenatan... Aku kemudiannya diturunkan dipersimpangan jalan masuk ke kampung aku tu je. "Kena berjalan kaki kira-kira 5km lagi", keluh aku sendirian. Aku gagahkan diri berjalan lelaju. "Alaa.. dulu masa aku sekolah rendah hari-hari aku jalan kaki" pujuk diri sendiri sambil mengimbas kembali kenangan lama. Seronok pergi sekolah sambil main kejar-kejar!

Sambil aku melangkah, sambil aku melamun, dan lalulah sebuah kereta mewah hitam menuju masuk ke kampung aku...Kerete itu berhenti di sisi aku.  Lelaki yang tadi yang tadi duduk menyandar di belakang telah bertukar duduk ke tempat duduk penumpang di depan. Dia mempelawa aku menumpangi keretanya. Rasa macam kenal tapi siapa ya?... aku cuba mengingati. Dia kata nak pergi ziarah ayah saudaranya di kampung aku... Aku masuk duduk je di belakang kereta itu, dia bertanya tentang aku, nama apa, sekolah di mana. Lepas tu dia tanya lagi "kenal tak saya?" Assudahhhh...  siapa pulak nama dia ni ya...? Otak aku berkerja keras cuba mencari jawapannya... Kebetulan aku terpandang nama terlekat pada 'brief case' sebelah aku tu. "Ohhhh... kenal!.." yakin je aku menjawab. Tidak banyak yang diperbualkan, aku pun segan nak tanya itu ini... Dia tu wakil rakyat!

Aku ucapkan terima kasih dan cepat-cepat melangkah turun dari kereta mewah itu. Aku berlari ikut jalan pintas, lalu di tepi rumah pak saudara aku, tetiba sepupu aku kata  "awak lambat sangat la... orang tanam dah!" aku sengeh-sengeh "oh... yea ke... ?" balasku tapi aku tak faham pun apa maksud dia.

Tiba di rumah, aku masuk ikut pintu dapur. Aku diterpa kakteh lalu memeluk aku dan menangis. Kemudian datang kakti pula peluk aku dan menangis... Eh.. tak faham aku.... mengapa diorang ni? Dari dapur aku mahu ke bilikku untuk bersolat, nak qada zohor yang memang dah terlepas, asar pun dah di penghujungnya. Kelihatan di ruang tamu 'orang besar' tu dan pemandunya bersila di lantai bersembang pelahan dengan abang sepupu aku. 

Bila aku terhidu bau kapur barus, mata aku melilau mencari dari mana datang bau itu. Aku terpandang tilam 'kosong' sungguh tidak kusangka.... dia telah pergi buat selamanya. Aku bersolat bertemankan air mata. Tak tau la khusyuk ke tidak aku solat tu. 
Tiba-tiba rasa rindu serindunya. Kelabu rasa mata dengan linangan airmata bila aku melukis potret ayahku ini.

Aku redha... dari Dia kita datang, kepadaDia kita kembali.





Tuesday, January 12, 2016

Holiday at Home

Kebiasaannya cuti sekolah hujung tahun aku sekeluarga akan terbang pulang ke Malaysia. Masa telah merubah segalanya... Putera puteri ku dah besar... tambahan pula bila emak dan ayahku telah tiada... nak balik kampung pun dah tak berapa excited macam dulu-dulu.

Aku anggap NZ ni dah jadi macam tempat sendiri, opps... perasan! Tahun ni aku nak 'explore my back yard' je. Alaa... holiday at home je... jadi, setiap hujung minggu aku akan mencuba sesuatu yang baru atau melawat ke tempat-tempat yang menarik.

Hujung minggu lepas aku belanja diri sendiri bersarapan macam omputeh. haha. Sambil menikmati sarapan 'Egg Montreal'  dan coklat panas, duduk menghadap laut, di meja luar cafe Spruce Goose.... aku asyik melihat orang ber'surfing'.. dan kanak-kanak membuat istana pasir... santai sungguh aku bersarapan sambil mengenakan cermin mata hitam. Cafe tu juga tidak jauh dari Lapangan Terbangan Wellington. Macam irama dan lagu je bunyi ombak dan deruman engin kapalterbang kat telinga aku.

Menunya ok la.. pilih mana yang halal je. Egg Montreal tu ada 'porch egg', salmon salai, roti bakar dengan 'hollandaise' sos. Putera aku tak ikut serta.. mengantuk katanya.. Puteri aku tu sempat pula mengusik adiknya tu..."you snooze, you lose" haha gasak korang la.

"Huh mahal nya!" Komen orang sebelah aku ni, bila dia tengok menu. Aku jawab la "Mana ada benda murah... Nak murah kena masak sendiri, makan kat rumah". Sementara aku menikmati hidangan itu, aku mencari sebab-musabab mengapa dan kenapa harga breakfast kat situ mahal..

1- tempat (location)
2- cukai kerajaan 15% (gst)
3- persembahan (cara hidangan) / hiasan makanan
4- kita beli pengalaman
5- mereka jual/ sediakan perkhidmatan dan kemahiran
6- modal & untung. Semua orang berniaga nak untung kannn!

Lalu aku pun kunyah lah pelahan-lahan, makan dengan penuh sopan. Heh!

Dan... aku juga sibuk nak tau camana diorang nak buat sos 'hollandaise' yang KUNING tu. Ini resepi yang aku jumpa dari Internet. Nanti bila aku dah cuba try test tengok... aku kongsikan kat sini.

Cara mudah membuat sos hollandaise:
(5 minit masa persiapan/ membuatnya. Untuk: 3/4 cawan)
Bahan-bahkan:
1/2 camca tea kulit lemon yang disagat halus (zest)
1 sudu makan jus lemon
3 kuning telur
150g butter

Cara-cara:
Masukkan kulit lemon (zest), jus lemon, telur kuning ke dalam blender / food processor. Blend 10 saat. Masukkan butter cair panas ke dalam motor melalui lubang di atas blender itu (feeder tube) hingga pekat dan sebati. Rasa.

Saturday, January 9, 2016

Colour and Personality

Tahukah anda, personaliti anda dapat dikenali dengan melihat warna-warna kegemaran pilihan anda itu! Mari kita lihat sejauh mana benar nya telahan tersebut...

Warna PUTIH selalu digambarkan sebagai suci dan perlindungan (purity n protection). Suci dari dicemari, oleh kerana menjaga warna putih pakaian kita itu, kita selalu berhati-hati. Orang yang menyukai putih itu juga sukakan ketenangan dan persekitaran yang damai.

Warna HITAM pula. Jika anda mengemari warna hitam, anda seorang yang misteri. Anda suka menyimpan rahsia! hmm... hitam itu menawan! Haha

Pengemar warna BIRU, anda adalah seorang yang peramah yang suka berbual dan berkawan. Anda mempunyai cara tersendiri sebagai daya tarikan anda bagi orang lain mendampingi anda.

Warna HIJAU pula, anda seorang yang tenang dan lemah-lembut. Mudah didampingi seperti magnet kepada yang mencari ketenangan dan mereka merasa bersemangat semula selepas menghabiskan masa bersama anda.

Pengemar warna KUNING pandai menggunakan akal dan cergas orangnya, tetapi anda juga gemar mendapatkan perhatian orang lain.

Pengemar warna COKLAT, orangnya suka merendah diri, tidak sombong dan praktikal. Anda boleh diharap! Dan anda pandai menyimpan rahsia.

Peminat warna OREN pula, orang yang sukakan fizikal dan keseimbangan. Anda berminat untuk keseimbangan kesihatan dan kehidupan yang baik. Anda menjadi satu contoh yang baik kepada orang lain bagaimana untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Warna MERAH sangat sesuai kepada yang aktif dan sibuk. Anda orang yang tidak mengharap orang lain melakukan untuk anda, anda lebih suka melakukannya sendiri. Orang lain melihat anda sebagai pemimpin.

Warna MERAH JAMBU, orangnya lemah-lembut dan disayangi ramai kerana sifat anda yang baik dan sentiasa bersedia untuk membantu orang yang memerlukan. Jika anda memakai warna ini, anda akan tidak takut untuk menunjukkan kewanitaan anda.

Pengemar warna UNGU bagai orang bangsawan dan bersemangat tinggi. Setaraf ketua-ketua, anda pandai menasihati dan dapat 'melihat keadaan' dari ke dua-dua belah pihak. Pengemar warna ini seorang yang 'mystic' seolah-olah dapat membaca apa yang orang lain fikirkan.

Jika anda Pengemar warna KELABU, anda seorang yang practical dan tenang. Anda tidak suka menarik perhatian orang lain dan simply mencari kepuasan dalam kehidupan.

Jadi... apa kata anda berkenaan warna kegemaran dan personaliti anda?

Dikutip dari Majalah: That' s life
Blog: empower-yourself-with-color-psychology.com

Wednesday, January 6, 2016

Sleeping beauty!!.... Zzz Zzz

"Hi....How was your sleep last night?" Itu sapaan omputeh yang aku terima di pagi hari semasa aku mengikuti program sekolah anak aku tidak lama dulu. Errr.. tetiba je terimbas kembali. Mengapa omputeh sibuk nak tau pasal tidur seseorang di malam sebelumnya?. Tidur masih lagi satu misteri dan di sini aku ingin menyingkap misteri ituuuu.

Korang juga tahu apa akan terjadi jika kita tidak cukup tidur kannn?. Kekurangan tidur atau insomnia mungkin boleh mengakibatkan seseorang itu jadi 'moody' dan mungkin dia juga akan merosakkan hari kita.

Antara lain akibatnya kurang tidur...
-Halusinasi
-Mudah ​​marah
-Mudah lupa
-Menguap terus-terusan
-Otak kurang tumpuan / penilaian lemah
-Gangguan sistem kekebalan tubuh (mudah jatuh sakit)

Mengantuk merupakan tanda seseorang harus tidur. Otak dan badan akan berihat bila anda tidur, sementara sel-sel dan hormone berkerja keras membuang 'toxins' dan memperbaiki sel-sel yang rosak di seluruh badan anda, bila bangun dari tidur anda merasa segar (rejuvenate) semula. Jadi, pastikan anda dapat tidur secukupnya. Jangka masa untuk orang dewasa biasanya antara 7-9 jam.

Manusia menghabiskan sepertiga dari waktu hidupnya dengan tidur. Tidur bukan saja disebabkan kita penat tetapi juga karena kebiasaan dan pola kehidupan kita demikian.

Ok... Mari aku kongsikan rahsia awet muda yang ada hubung kait dengan tidur, yang harus anda lakukan di malam hari sebelum tidur!

1. Membersihkan Sisa Make-Up
Bersihkan kotoran dan bekas make-up yang menempel dikulit wajah anda dengan pencuci muka yang serasi dengan jenis kulit anda. Pori-pori yang tersumbat membuat kulit wajah anda sukar bernafas dan mungkin timbulnya 'black head'.

2. Pakai Krim Pelembab
Sapukan krim pelembab ke wajah anda bagi mengekalkan kulit lembut dan tidak kering. Terdapat berbagai krim anti-aging yang terjual di pasaran dan pilihlah pelembab yang sesuai dengan kulit anda. Krim pelembab malam juga baik untuk membantu proses 'regenerate' sel kulit, me'naturals'kan dan meremajakan (rejuvenate) kulit agar cantik dan awet muda.

3. Merawat Area Bawah Mata
Bagi yang dah berusia 30an, garis-garis halus biasanya mulai terlihat di area ini dan akan menghitam menyebabkan anda terlihat lebih tua dari umur sebenar anda. Buatlah rawatan untuk bahagian ini, cuci maskara dan pembayang mata anda dengan kapas dan krim khusus mata. Bagi menyegarkan mata yang penat, letakkan hirisan timun di atas kedua kelopak mata anda. Anda juga terasa lebih relax.

4. Menggosok Gigi
Selain perawatan wajah, menjaga kebersihan dan kesehatan gigi juga penting untuk penampilan diri anda. Jadi, biasakan diri memberus gigi sebelum masuk tidur bagi membuang sisa-sisa makanan dan nafas pun terasa segar.

5. Menjaga Kecantikan Bibir
Oleskan lip balm pada bibir anda agar tetap cantik dan awet muda. Bawa selalu lip balm bila anda berpergian dan sapukan ke bibir bila anda merasai ia mula mengering.

Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan jadikan amalan ini sebagai rutin anda. Kecantikan ada hubung kaitnya gaya hidup sehat.

Mustahaknya mendapat cukup tidur setiap malam bagi merasa segar dan bersemangat bila memulakan hari korang.


Hendak gugur, gugurlah nangka
Usah menimpa si dahan pauh
Hendak tidur, tidurlah mata
Usah mengenang orang yang jauh.

....sweet dream y'all..!!

Friday, January 1, 2016

Anak Bertuah!

 "I love myself because...." adalah 'task' yang diberi kepada remaja perempuan yang menyertai  Summer Camp Muslim Youth Wellington yang lalu. Peserta di minta menulis 10 perkara positif tentang diri mereka.  Banyak lagi aktiviti yang disediakan untuk fizikal, pemikiran (mentality) dan ruh (spirituality) pesertanya. Aku sebagai pemerhati teruja juga untuk turut serta berkongsi pendapat.

Anda boleh turut serta memikirkan dan mencatat 10 perkara positif tentang diri anda. Apa lagi... cuba lah!!

1~ Menyayangi diri sendiri (love myself)
Aku tulis senarai apa yang aku inginkan, kemudian simpan. Bila aku berhasil mencapai apa yang inginkan tu, aku tambah lagi satu senarai baru. Aku rasa seronok dan bersyukur bila apa yang Aku hajati telah tercapai.

2~ Berbuat baik (be a do-gooder)
Bagi orang yang suka mengomen itu tak kena, ini tak kena, cubalah buat sendiri. “Don’t complain, unless you can do it better!”.  Bangun dan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri. Aku rasa puas hati bila dapat lakukan sesuatu seperti menolong orang lain atau berderma kerana ‘tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima’. Omputeh cakap... "Happiness comes to those who give rather than receives."

3~ Beriadah (work it out)
Anda suka ke gym? Aku bukanlah kaki gym sangat... tapi kalau beriadah sambil jejalan kat bandar, hmm... yang tu aku suka! Beriadah dipercayai dapat mengurangkan kemurungan (depression). Beriadah mengeluarkan hormon 'endorphins' yang jadikan kita bersemangat dan bertenaga. Sambil ber'window shopping' tu aku juga beriadah. Win - win stuasi.... kannnn kannn!

4~ Sibukkan diri (stay busy)
Kita sering diingatkan supaya kurangkan stress. Tumpukan perhatian kepada sesuatu yang membuatkan kita rasa seronok atau menemukan hobi baru. Cuba tumpukan perhatian (focus) dalam membuat sesuatu yang anda minat, secara tak langsung pemikiran anda tak lah 'merayau-rayau' atau membimbangi sesuatu yang anda sendiri tak pasti.

5~ Menerokai alam semula-jadi (explore nature)
Menikmati keindahan alam...sambil lepak- lepak di Park, atau menyunsuri pantai dengan berkaki ayam... Aduuuhhhi...seronoknyaaaa.. Hilang semua kerisauan hati! bagi aku pula.... aku suka memandang @ merenung langit petang, waktu matahari nak terbenam... Cantik!!

6~ Memanjakan diri sendiri (treat myself)
Raikan kejayaan walaupun yang kecil. Katakan lah aku menghabiskan masa mengemas rumah, bila selesai aku pamper kan diri aku sendiri meraikan kejayaan itu... mungkin menikmati satu scoop ais krim!

7~ Buang hasad dengki (ban life envy)
Orang yang tidak puas hati dalam hidupnya adalah orang yang suka membanding-bandingkan terutamanya dari segi material. Untuk apa kita berlumba-lumba membeli itu dan ini semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada frenemy (kawan tapi musuh) kita tu... Bagi aku ber ala kadar je... Kekawan nak kutuk.... ada aku kisah?! Yang penting aku tidur lena..tak payah nak fikir camana nak bayar hutang kad credit hujung bulan.

8~ Maaf & Lupakan: (forgive & forget)
Kekadang aku marah dan sakit hati, aku fikir mereka sengaja buat darah aku mendidih!! atau.... aku ni ke yang terlalu sensitif? Aku akan cuba abaikan dan lupakan perkara tersebut dan maafkan mereka.
Tak baik berdendam kannn... Biarlah... aku percaya apa jua yang kita buat akan ada pembalasanNya.

9~ Senyum selalu (crack a smile)
Senyum tu kan sedekah. Ahli psikologi mengatakan bahawa walaupun anda berada dalam mood yang tak baik, berpura-pura senyum juga dapat mengangkat semangat anda, tambahan pula tersenyum secara saintifiknya terbukti dapat melegakan tekanan dan membuat anda berasa lebih relax.

10~ Bertuah (luckyyyyyyy)
Teringat masa aku kecil dulu-dulu, emak kalau marahpun tetap panggil kitorang 'anak bertuah'. Kata-kata bonda tu kan doa! Jadi aku rasa aku memang bertuahhh… eh eh eh memang aku bertuah hapaa! Bertuah dapat bermusafir ke tempat orang… cuba semak, antara doa-doa yang termakbul selain doa orang yang teranayia… adalah doa  orang yang musafir. Betul kannn… kannn...


Selamat Tahun Baru y'all!!!

'Do something today that your future self will thank you for'