Monday, January 18, 2016

Happy as you can be!


Apa yang anda fikirkan secara sedar atau tidak mempunyai keupayaan sebagai ‘penarik’ perhatian anda ke alam nyata.

Setiap pemikiran anda yang negetif seperti ketakutan atau anda tidak percaya terhadap kebolehan diri anda, ia menjadikan anda lemah semangat (low self esteem) secara tidak langsung menpengaruhi tindak tanduk anda.

Jika anda mahu memperbaiki  kualiti kehidupan, anda harus ‘menarik’ pengalaman positif ke dalam hidup anda.  Yang penting anda menyayangi diri anda dahulu sebelum anda menyayangi orang lain. Dengan siapa anda berkawan dan bergaul sedikit sebanyak mempengaruhi satu sama lain. Jika anda berkawan dengan orang yang baik anda juga mahu menjadi baik kerana yang anda lihat dalam kehidupan kawan anda itu banyak kebaikan, jadi anda juga teringin berbuat baik.

Buah fikiran dan apa yang anda percaya tentang diri anda itu bagai megnet yang berkuasa tinggi menarik perhatian orang, suasana  atau keadaan tertentu lalu menjadi nyata, sebagaimana yang anda fikir dan percaya. Apa yang ada dalam fikiran anda itu ibarat benih, kata-kata yang anda tuturkan itu ibarat benih yang dah disemai, habit@ tabiat anda adalah hasilnya. Omputeh kata...

"Your mind is a garden, your thoughts are the seeds
You can grow flowers on, you can grow weeds!

Kononnya lah anda percaya tiada orang yang menyayangi anda, lalu anda menjadi sedih, murung dan anda jadi cepat naik marah. Perangai dan sikap anda menjadikan orang lain menjauhkan diri. Mungkin ada yang 'terasa' dengan sikap anda lalu mereka tidak mahu ambil peduli pasal anda kerana mengelakkan dari dimarahi. Suasana dan keadaan itu mengesahkan kerana sikap anda sendiri sebagai penyebabkan orang tidak menyayangi diri anda. Selalu bertanggapan baik.

"Thoughts are things
So, sow wisely!!"

Jika anda percaya manusia sekarang ramai yang tidak jujur dan tidak setia, apa yang anda fikirkan… its ok kalau anda pecah amanah or it ok kalau anda main kayu tiga sebab orang lain dimata anda berbuat demikian dan anda kira apa yang anda percaya itu benar.. lalu anda tidak berasa bersalah jika anda juga pecah amanah atau anda juga tidak jujur… kerana anda membandingkan diri anda dengan perkara yang negetif di sekeliling anda, maka anda berkawan dan menarik perhatian penipu dan pendusta.  Contoh lain, katakan lah anda percaya sukarnya menurunkan berat badan, jadi anda kehilangan semangat dan motivasi untuk kekal sihat dan menjaga berat badan yang ideal. Apa yang anda percaya itu menjadi penghalang kepada perubahan dalam diri anda sendiri.

Jika anda memberi tumpuan kepada perkara yang baik, walaupun perkara tersebut kecil anda boleh memperbaiki hubungan dengan orang lain, anda menjaga kesihatan dan permakanan yang sihat. Anda jugalah akhirnya yang akan merasai kuliti dan kesejahteraan hidup.

Jika anda berfikir tentang satu perkara kecil, berilah tumpuan kepada apa yang anda boleh lakukan bukan melihat kelemahan diri dan meramal kegagalannya. Segalanya berakar umbi dipemikiran anda sendiri. Sayangi dan hargai diri sendiri, itulah kunci kepada kejayaan anda!

Anda boleh ‘menarik’ kegembiraan dan memberi peluang pada diri anda memulihkan kehidupan anda. Segalanya tertakluk kepada hati anda, anda yang menetapkan mahu menjadi orang yang ceria dan berjaya atau sebaliknya.

"Happiness is a decision. You are as happy as you decide to be!"

No comments:

Post a Comment