Wednesday, 14 March 2018

Langsuir mengilai.


Assalam...

Kisah yang ku paparkan di sini adalah pengelaman aku sewaktu kecil dulu, sekitar usiaku 11 tahun.

Senja tu, ku lihat apak mengasah parang tepeknya. Parang bersarung  yang selalu dibawanya ke mana-mana bila keluar berpergian. Tinggal di kampung perkara sebegini adalah perkara biasa saja.

Emak pula sedang menyiapkan sayur dan ulam-ulaman untuk  jualannya ke pekan sehari di Benta esok harinya. Kerja kampung macam tu lah, mujur juga kami ada sawah padi  setidak-tidaknya nasi sentiasa ada walaupun musim tengkujuh. 

Masa tu kampung aku belum ada paip air dan juga bekalan eletrik. Air kegunaan seharian di ambil dari telaga tidak jauh dari rumah. Bila malam tu masih lagi guna pelita. 

Aku dan Mas, adik aku sedang meniarap di lantai berkongsi cahaya pelita sambil siapkan kerja sekolah. Dalam keadaan yang senyap sunyi tu tetiba terdengar bunyi hilaian yang sangat nyaring tak jauh dari rumah aku tu.

Apak tanya kitorang “deme dengor bunyi bende terh?”. “A'ah dengor… jawab pakteh Kama, abang ipar (BIL) aku yang baru sampai dari J14 siang tadi.  “Bunyi mende terh?”. Pertanyaan dibalas pertanyaan pula. Apak kata “tu la bunyi langsuir….”  Bila dengar je jawapan apak tu, aku bingkas bangun menceliput lari ke ruang dapur,  begitu juga BIL aku tu. “Gedebam!”  aku dan BIL belaga di pintu. Eh… adik aku si Mas tu dah duduk di sebelah apak, laju betul dia. Rasa sakit berlanggar bahu  di pintu tadi tidak ku pedulikan kerana perasaan seram melebihi segalanya.

Lepas peristiwa itu apak nak ajar aku petua menundukkan langsuir, tapi aku tak nak sebab aku takut nanti kena sakat dek langsuir kat aku pula. 

Sunday, 28 January 2018

pelajar ramalan


Ini kisah benar... kisah lama yang tetiba melintas dibenak ku.

Sebelum peperiksaan SPM, rupa-rupanya cikgu, ustaz dan ustazah di sekolah aku telah pun jadi nujum Pak Belalang meramal pelajar mana yang bakal cemerlang dan yang mana mungkin kecundang.

Walaupun dah lama berlalu... tapi ianya ada meninggalkan kesan dihati aku. Kerana ini kisah aku, dan kerana nama aku pernah jadi topik perbualan di bilik guru.  Mengapa ye? Apa salah aku?

Macamana aku tau semua ni?...  kebetulan kawan baik aku pengawas perpustakaan, dan bilik perpustakaan pula bersebelahan dengan bilik guru. Sempat kawan aku tu 'pasang telinga'.  "Pasai apa ya?" tanyaku dengan perasan tidak keruan.  "Tu laaa... kebanyakan guru meramalkan yang awak tu mungkin sangkut SPM, tapi warden asrama (dia juga seorang guru) cakap dia selalu nampak awak study sampai lewat malam.... kat dewan makan guna lilin dok sesorang".  Aku komen "Oh.. ye ke? Glemer la saya kan".

Sejak dari hari itu aku makin bersemangat untuk mengulang kaji matapelajaran SPM dan menghafal ayat-ayat Quraan dan Hadith untuk peperiksaan SMU. Aku mahu buktikan aku boleh!.

Dalam apa jua, samada pembelajaran atau tentang kehidupan kejayaan itu bermula bilamana kita berhenti membuat alasan-alasan dan memulakannya. Apa perbezaan antara pembelajaran dan kehidupan ? Dalam pembelajaran, kita diajar dan kemudian diberikan ujian. Sementara dalam kehidupan kita diuji dan kemudian mendapat pengajaran.

aku



aku wanita yang kuat
...kerana aku tahu kelemahan aku.

aku wanita yang cantik
...kerana aku sedar adanya kedut-kedut diwajah

aku wanita yang berani
...kerana aku belajar mengenali di antara kenyataan dan khayalan

aku  wanita yang bijak
...kerana aku belajar dari kesilapan-kesilapan lalu

aku wanita yang ceria
...kerana aku pernah merasai kesedihan

aku seorang penyayang
...kerana benci itu tidak dalam kamus hidupku

wanita hebat itu yang mampu membalut luka hati dengan sabar
                                   mampu menahan marah dengan istighfar
                                   mampu menahan dendam dengan maaf.

Saturday, 27 January 2018

lalai

Assalam.....

Kali ni aku nak bebel pasai lalai. Aku nak membebel pada diri sendiri, kalau korang nak join kena bebel aku ok je.
Alkisah... hujung minggu lepas aku bantu set-up kan party Avon SIL untuk pelangan dia. Biasalah bila sebut party je ada macam-macam jaudah yang dia tempah. Aku tengok mie hoon goreng 'kosong' nya tu macam sedap je.  Malam tu aku tak boleh tidur... kerana tak tahan gatalnya pipi aku... lalu turun la aku mengambil limau nipis di dapur untuk membasuh pipi ku yang gatal itu.  Kerana kelalaian aku sendiri juga...  dah pipi aku menerima padahnya... Ni masih tersisa bengkak dan merah sebab alegik udang.

Esoknya... family IL aku, masing-masing kepoh tanya apa sudah jadi dengan pipi aku... aku cakap tadi malam aku mimpi kena ludah dengan hantu. Hahaha... tengahari tu kitorang tukar-tukar cerita pasai hantu. 

Bebalik pada topik kali ni... Apa tu lalai? 
Lalai tu kurang hati-hati. Tidak mengindahkan kewajiban, pekerjaan dan sebagainya itu juga lalai tau. Macam kes aku ni... lalai la juga tu.... ngapa aku tak tanya dulu... tentang mie hooh tu. hadehhh. 

Agak-agaknya masa bila kita lalai?
Kita lalai kerana asyik melakukan sesuatu seperti bermain game, kita melengahkan kewajipan / tidak mengindahkan masuknya waktu solat. Kita juga dikatakan lalai bila kita melengahkan pekerjaan hingga kita terlupa.

Kita, sebagai hamba Allah diberikan waktu yang terbatas di atas dunia ini.  Oleh itu haruslah kita menafaatkan waktu itu sebaik mungkin untuk berjaya dunia dan akhirat.  Namun kita sering terlalai dari tujuan apa kehidupan kita di dunia ini.

Kenapa kita lalai?. Penyebab kelalaian manusia itu ada macam-macam...
1- Panjang angan-angan.
2- Mencintai kehidupan dunia dan banyak melalukan hal-hal mubah seperti menyibukkan diri untuk menghimpun harta, atau berseronok yang berlebihan.
3- Diperdaya oleh setan.
4- Mengikut hawa nafsu.
5- Penyakit hati -kurangnya berzikir atau mengingati Allah, dan kurangnya membaca quraan.

Semuga kita semua tidak termasuk dalam golongan orang yang lalai terutamanya dalam agama.



Friday, 26 January 2018

lu siapa?

Minggu lepas aku berada di Malaysia... mengimbas kembali secebis kisah aku dan MIL yang dah berusia 94 tahun.  Usia lanjutnya menjadikan pergerakannya dah makin terbatas, tapi dia masih boleh berjalan dengan bantuan tungkat kaki 4, cuma tak larat nak naik turun tangga.

Aktiviti harian MIL aku ni.... dia rajin bersenam tangan dengan menarik tarik tali yang digantung khas untuk tujuan itu. Sebelum subuh lagi aku dah terdengar semacam bunyi spring buai enjut baby... aku dengan suspennya pun pelahan-lahan  turun menyiasat. "Good morning. Ooo... maa exercise ye ? bagus... bagus!".  Terjawab sudah mistri bunyian tu, aku pun naik semula ke tingkat atas untuk menyiapkan diri bersolat.   

Selepas bersarapan MIL akan duduk menonton tv di ruang tamu. Aku pun kekadang ikut serta juga menonton cerita klasik cina tu, tapi selalunya tv la yang tengok dia.... asyik terlelap aje. Bila terjaga je dia bagitau maid yang dia lapar... belum makan lagi. Aku pun pergi la cakap pada dia... "tadi kita kan sarapan sama-sama, ni baru kol 9.30 pagi, dah lapar ke?", sambil aku merapatkan muka aku ke muka dia. "Lu... sapa ah?", dia tanya. Hahaa... sudah lupa dah? Eshhh... sedih kejap. Kemudian Fina, pembantu rumah tu bagitau aku... "kakak... popo memang macam tu... sekejap ingat... sekejap tak ingat". Aku cakap "ahhh... macam Dory dalam movie Nemo tu ye?".

Hari berikutnya, aku dan Fina sedang sibuk menyediakan sarapan dan masak lauk untuk makan tengahari. MIL pula sedang bersarapan di meja dapur. Aku buka petiais keluarkan karipap frozen. MIL aku membebel-bebel. Oleh sebab bahasa cina aku tahap kefahamanku memang zero, jadi aku abai kan saja bebelan dia. Fina tolong terjemahkan kat aku... dia tanya "buka peti ais buat apa ? mau ambil apa? mau curi ka?". Sebab aku abaikan pertanyaannya lalu dia pun.... "HEY.... Mangin?" (HEY...Lu Siapa?). Err... hanginnn juga aku rasa... lalu aku tunjukkan pada dia karipap yang hendak aku goreng pagi tu betul-betul dekat dengan dia. "Tak ingat saya siapa ya?" aku tanya dia. Fina tolong jawabkan pertanyaan dia. Malaslah aku nak melayannya, aku kannn tengah sibuk nak memasak ni... hahaa.

Terkenang aruah emak aku dulu.... Alhamdulillah.! ingatan dia jelas dan kuat, tak nyanyok atau tak pelupa... makan nya sedikit je. Teringat kisah ni... kakteh dan aku kalau kitorang bertemu... dalam gelap sampai ke subuh pun masih ada je cerita yang disembangkan. Itu laaa... tengah -tengah kitorang bersembang... kakteh tanya "sapa ye nama orang sebelah rumah mbong Melah tu?". Aku jawab "ntah tak ingat" ... tiba-tiba mak bersuara... "Braahim!". "Laaahhhh... mak tak tidor lagi juge yea? " tanya kakteh. "Deme terh boroknya kuat nget" komen  mak. "Moh tidor la kita... kejap lagi dah nak siang". 

Mudah-mudahan aku dikurniakan usia yang panjang. Ya Allah... aku juga memohon dikurniakan sihat tubuh badan dan sihat akal fikiran. Amin..





Thursday, 25 January 2018

pujuk diri sendiri

Hari ni aku ter emo sikit... jadi aku tengah nak pujuk diri sendiri ni.. Biasalah... kekadang dalam kehidupan seharian kita mungkin terdengar kata- kata yang memedihkan telinga dan menyakitkan hati. Biar yang menangis itu hanya hati dan yang mengetahui hanya Ilahi.

Mulai hari aku nak banyak tersenyum... senyum tu kan sedekah! Dengan senyuman dan sentiasa memujuk hati mensyukuri ketentuanNya. Yang Indah itu anugerah, yang menyakitkan itu ujian.... Redha je lah....

Memang sukar bagi aku untuk luahkan rasa dengan kata-kata... bantulah aku ya Allah.... kerana Kau mengetahui apa  yang terlintas dihatiku dan mendengar kata-kataku sekalipun ianya tidak terucap dibibirku.

Diam itu lebih baik dari berkata yang sia-sia... kann! Kata-kata yang akan kamu kesali itu adakah kata-kata yang dituturkan dengan tujuan menyakitkan hati seseorang, dari itu lebih baiklah kamu berdiam diri.

Ya... aku sedang memujuk diri sendiri agar tidak bertindak melulu... dan sering ingaktan diri sendiri... yang aku ni...
...cantik
...berharga
...orang penting
...orang istimewa
...seorang yang unik
...seorang yang baik hati
...seorang yang berbakat dan....
...tiada tukar gantinya.

Aku sayang diri sendiri, aku tak mau ikutkan rasa hati... aku kena banyakkan bersabar. Ya... itu cuma ujian kecil untuk menguji tahap kesabaran aku. Kena ingat Allah selalu, sering berdoa agar tenang hati dan perasaan.

Ya Allah... Aminnn!




gula ehhh... garam!

Aku nak berkisah.... tentang apa yang pernah aku lalui, walaupun ianya telah agak lama terjadi namun... masih segar dalam ingatanku.

Aku ada seorang sahabat yang aku panggil kak Nur. Dia ni orang kaya-raya, gulongan orang jutawan juga tau... yea.... jutawan! Alhamdulillah tu rezeki dia... Kak Nur ni baik orangnya, suka bercerita bila ada kisah sedih tu... tapi cara dia becerita terasa macam cerita lucu pulak.

Kak Nur ada rumah percutian di Wellington ni. Jika dia datang bercuti ke NZ aku dan en somi akan selalu menemani dia di rumah atau pergi bershopping. Seronok wooi tengok orang kaya bershopping... walaupun dia selalu nak belanja aku, namun aku tolak dengan baik. Aku bukan menolak rezeki tapi aku bersahabat bukan kerana keberadaannya.... tapi ikhlas kerana sebuah persahabatan.

Aku mula kenal kak Nur ni selepas solat sunat hari raya. Itupun kerana sifat semula jadinya yang peramah. Tahun bila? maaf, aku dah lupa. mula dari situ aku dan en somi selalu berdampingan dengan kak Nur dan selalu juga tinggal bersama di banglow milik kak Nur tu. Dah macam rumah kedua aku pulak.

Suatu hari ada minah salleh datang berkunjung, agent jual beli rumah, Trish namanya. "Trish would  you like tea or coffee?" aku mempelawa minuman panas. "white coffee with two sugar, please..." Aku pun didihkan air, membencuh kopi seperti yang diminta, sementara tuan rumah minum tea dengan susu pekat.

Baru setegok.... puihhh...puihhh! Trish menyemburkan kopi dari mulutnya ke luar tingkap. "Are you ok?", tanya tuan rumah. Pecah berderai gelak tawa diorang sebab kopi dia tu aku terbubuh garam. haduiii... terasa tebal kejap muka aku.

Aku mohon maaf atas kesilapan yang tidak aku sengajakan. Kemudian aku bancuhkan white coffee baru untuk Trish dengan gula sebenarnya.... jadi aku nak pesan kat korang... don't trust what you see
because salt look like sugar!