Thursday, November 16, 2017

aku dan si comot...

Alhamdulillah... aku berkesempatan balik bercuti ke Malaysia lagi bersama keluarga. Aku rasa macam pelancung jee... jadi banyaklah masa dihabiskan meninjau tempat-tempat menarik dan jalan-jalan cari makan! 

Tempat hala tuju kitorang lewat pagi tu ke tepi pantai, tidak jauh dari Queens Bay Mall, Bayan Lepas. Bersantai... sambil menjamu selera. Ada macam-macam juadah di situ... hehe seronoknya akuuu.

Turun je dari kereta aku terpandang seekor anak kucing bawah meja di tepi gerai kosong kat situ. Kakak berhenti sekejap sambil membelai-belai anak kucing tu.  Aku lihat matanya bengkak, kepalanya penuh debu, bulunya pula berketul-ketul. Heh comotnya!.

Kakak mengenepikan sedikit isi ayam dari nasi ayamnya, lalu dia letakkan betul-betul depan  muncung anak kucing tu, tapi anak Kuching tu tak tau cari.  “Hadoiii.... tak kan laaa... dah depan mata tak dapat cari.... hmm... mungkin juga mata dia tak nampak... abis tu deria bau dia ‘out’ juga ke?” Aku memang kaki bebel kalau ada yang tak kena tu.. “Kesian tengok kan dia, dahlah ditinggalkan ibunya... kita bawak balik, yea mak?". Kakak terus cuba mempengaruhi aku "tak kan nak biarkan dia kat sini.... you knowwww.. may be this is God’s will”. Amboiih... panjang lebar kakak memujuk aku. 

Kebetulan sangat aku bawa shopping bag jenis guni jut tu. Biasa la... bila berpergian aku selalu bawa air putih, tuala muka dan macam-macam tok nenek lagi. Kakak kata lagi “kalau kita biarkan....mati la dia…ni anak kucing terbiar….kesiannnn diaaa”. Tanpa banyak soal aku pun setuju untuk bawa balik anak kucing comot tu. Lalu aku masukkan anak kucing tu ke dalam shopping bag aku, bawa masuk ke dalam kereta. Kakak kata “kita tengok camana reaksi abah…”

“Laaa… yang pegi kutip anak kucing jalanan tu buat apa?... nanti ibu kucing tu cari…” en somi membebel pula. “Kakak rasa ibu kucing ni dah tak peduli dengan anak dia abah ,… tengoklah keadaan anak kucing ni… comot dan matanya pun tak boleh nak buka. Kalau kita tak tolong siapaaa lagi kannn.. abah?. Maybe... this is the reason why we passed this way…” kakak masih nak menyedapkan hati abahnya.

Aku cakap pada kawan en somi,  “En Ali minta maaf ya... kitorang ni buat benda pelik sikittt  tapi... don’t worry anak kucing ni tak akan kotorkan kereta awak”. En Ali senyum, tak komen apa-apa…

Dari Bayan Lepas tu kemudian kitorang ke Teluk Bahang… dalam perjalanan singgah makan laksa tepi laut dekat area Tanjung Bunga... Maklumlah kitorang ni kan tourist..! Agak petang baru kitorang balik rumah di Air Itam. Kebetulan pula hari tu ada BIL baru tiba dari Australia, jadi ‘full house’ le rumah banglow tumpangan kitorang tu. Alaaaamak kena check-in kat hotel le gayanya…mujur juga hotel tu dekat je. En somi pegi check-in sesorang, aku berdiri agak jauh dari kaunter daftar tu… sajaaa...  tak mau staff hotel tu dengar bunyi meow meow dari bag aku. Tuuu diaa aihh… aku berjaya menyeludup anak kucing menginap kat hotel untuk 4 hari 3 malam … hahaa.

Aku mandikan si comot, bersihkan matanya dan sikat bulunya. Tadi nampak comot sekarang dah comey!  Aku bancuh sikit susu tepong yang aku bawa balik dari nz. Dalam bilik air hotel tu aku letak kotak yang berlapik surat khabar dan mangkuk berisi air susu… dan aku selimutkan kucing tu dengan tuala… maklumlah aircond hotel kan sejuk. Bila kitorang balik dari makan malam… si comot tengah tidur. Makanan kucing yang aku beli dia tak usik… adehhh. Takpe bancuh susu lagi! 

Bersama si comot, kitorang checked out dari hotel kemudian nak check-in kat banglow pula. Tuan rumah ada dua ekor anjing. Lucky dan Keeper sangat teruja dengan isi bakul yang aku bawa.  Meowan si comot menyebabkan Lucky dan Keeper curi-curi masuk rumah. “Lucky… Keeper… OUT!". Jerit tuan rumah. 

Aku letak bakul tu sekejap dalam bilik MIL. Dia tanya “ bunyi apa tu?” Aku tunjuk kat dia isinya. “Oooo…anak kucing kampung ka?.. kucing siam la cantik, bulu panjang”. MIL macam kecewa je. “A’ah… kucing kampung je… kitorang kutip tepi pantai  4 hari lepas".

Dua hari kemudian si comot naik bas express ke KL pula. Aku dah siapkan makanannya, sebab kucing kampung… aku bekalkan nasi puteh dan ikan bilis yang aku dah tumbuk. Aku ada juga bawa air susu, air putih, tisu paper, plastik bag dan tuala. semuanya untuk keselesaan si comot.

Tiba di USJ… acara berziarah dan berkumpul anak beranak dan saudara-mara. Full house!. Alhamdulillah. Untuk keselesaan si comot, aku tempatkan dia di bilik air tingkat atas yang tidak digunakan. Plan kitorang seterusnya nak pergi ke Melaka. Aku sibuk fikirkan camana dengan anak kucing tu... SIL kata dia tak boleh jaga, Mimi anak saudara aku yang suka kucing tu duduk asrama pula. Ramai yang mencadangkan untuk di lepaskan kat pasar atau food court. Kesian pula aku. Bila Nuar dan keluarganya tiba… aku cerita la dilema pasai si comot tu…  aku pun tanya Nuar  “kalau aok sudi nak bela anak kucing jalanan Alang ni… Alang bayar kos sepanjang hidupnya… buat permulaan Alang bagi banyak ni dulu. Nanti Alang bagi lagi”. Alhamdulilah, Nuar setuju… aku seronok kerana ada yang sudi menjaga si comot aku tu... dalam masa yang sama aku rasa sedih berpisah dengan si comot.

Kini... yang tinggal bersama aku hanya sebuah kenangan.



Tuesday, November 14, 2017

puisi hati: menjejak impian

Menjejaki impian itu
telah menemukan keberanian dalam dirimu
menjadikan jiwamu kental dan padu

Jatuh bangunmu menjadi lumrah
bila berdiri di atas kaki sendiri
segalanya kelihatan mudah

Berterusan kau…tiupkan semangat jati diri
bisikkan pada diri … “aku boleh!” 
seperti yang kau azamkan
kau menemukan tempat kau sendiri
rasa bangga diri terpapar diwajah

Dengan cara kau tersendiri…
kau hadapi masalah mendatang
sukar untuk dilafazkan
kau memegang teguh pada keinginanmu
bagai menggengam bara api hingga terpadam
dan cahaya dalam genggamanmu itu
telah membakar semangat juangmu

Kau ingatkan diri sendiri 
untuk mencapai impian... mara terus mara
walau sukar berterusan tiada penyudahnya

puncak yang sangat tinggi telah kau daki
walau ada rasa bimbang didalam hati
namun bila kau telah boleh mengapai
setiap kesengsaraan itu mengasuhmu
agar kau berasa bersemangat 
untuk terus berlari dan berjuang  

kemenangan!!

Reli: 3 doa semasa sujud

Tiga doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud
(Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz -semoga Allah merahmatinya)

. Mintalah diwafatkan dalam keadaan khusnul khotimah

 ١. اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as'aluka husnal khotimah
Artinya : " Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah "

2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum wafat

٢. اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Artinya: " Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat "

3. Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas Agamanya.


٣. اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika
Artinya: " Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU "

Kemudian saya sampaikan,
jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Surga Allah.

Brek manusia..

 As salam..

Ini kisah tentang seorang hamba Allah... walaupun ianya dah lama berlaku tapi masih segar dalam ingatan aku. 

Sebenarnya dia kukenal gitu-gitu je... kebetulan rumah dia tu tidak berapa jauh dari masjid. Jadi, suatu hari tu ada la orang tabligh datang berziarah... tapi hamba Allah ni tak suka sebab orang tabligh tu datang tanpa ada temu janji.. Pakcik tablight tu cakap.. "malaikat maut datang nanti  takdenya buat appointment pun... Tu anjing tu pegi lepas buang... anjing untuk jaga rumah ke, jaga ladang ke... takpe. Anjing dok luar rumah tu boleh...Tak payah buat 'pet' laa, tak elok bagi keliaran  sana sini dalam rumah..." tegur pakcik tabligh tu. Hamba Allah tu jawab......"hangpa ni kolot... anjing zaman dulu, mana ada mandi...  sebab tu kotor... anjing la nii selalu mandi tau... anjing ni bersih!".

Tergelak weih dengar jawapan dia tu. Betul anjing tu bersih tapi tak suci...aduuhii tak kan pasai tu pun tak tau. Tu la kalau bab ugama ni ikut commonsense hang tu je... hang jadi non-sense tau!.  Jangan la pakai redah je uncle weih. Zaman dulu ke, zaman sekarang ke.. kalau anjing tu ianya tetap anjing... najis mughallazah... najis berat tu... kena samak.  Apa nak jadi?...mengaku  diri konon dah moden, sempat juga kutuk orang lain... Melayu kolot katanya....  cehh tetiba aku pulak yang hangin!

TGNA kata "Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa disisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau...Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa... tanpa ada yakin seperti ini manusia akan hilang brek... kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka".

Semuga dia mendapat hidayah Allah.


Orang kata Sss...

Assalamualaikum....Salam dari downunder!

Orang kata...
belajar dari pengalaman lepas... menyediakan diri untuk masa hadapan dan nikmatilah kehidupan yang sedang dialami sekarang.

kita juga selalu dengar orang kata..'eh.. saya sibuk la', tapi apa yang disibukkan... dia je lah yang tau kannn?  Sebenarnya, kalau kita rancang masa tu sebaiknya InsyaAllah kita dapat melakukan yang terbaik  dalam kerjaya, terbaik dalam menunaikan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan negara...cewahh!

Aku bukan la pakar motivasi... tapi bila usia pun dah tak cukup jari nak kira, kononnya diri dah banyak pengalaman la kannn.. hehe
...nak buat kerja terbaik tu...
1- lakukan satu kerja pada satu masa.
2- mengenal pasti jika ada masalah berkaitan
3- belajar dan dengar dari orang lain juga
4- belajar bertanya soalan
5- kenal pasti mana yang masuk akal dan yang mana tak masuk akal
6- terima satu2 perubahan yang tidak dapat dielakkan itu
7- akui kesilapan diri
8- guna kata2 simple bagi mudah difahami
9- bertenang
10- senyum


Orang kata, kalau ingin berubah...  semangat baru harus disemai... biar tumbuh dan berakar dan kembang segar.  Mula dengan diri sendiri, mulakan sedikit-sedikit, mula dari sekarang.

kalau kita di bilik pejabat kita tu... nak buat kerja terbaik itu kenalah  ada 5 S...bukan  orang Jepun je ada 5 S, kita pun ada juga tau..

1- SEIRI SISIH:
Sisih barang-barang tidak diperlukan terutamanya ditempat kerja dan buangkannya secara sistematik.

2- SEITON /SUSUN
kemudian susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil dan dikembalikan.

3- SEISO / SAPU
bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kotoran di lantai, mesin dan peralatan.

4- SEIKETSU / SERAGAM:
atur mengikut keseragaman supaya nampak kemas dan bersih mengikut peraturan.

5- SHITSUKE / SENTIASA: 
amalkan sistem 5S ini secara berterusan ...ok!

Eh..banyak betul s nya...tetiba pula teringat masa zaman sekolah rendah dulu... bedudak dulu kata SS maksud nya Syok Sendiri... hahaa itu kan bebudak.. lantak  deme le

Jomm... berubah ke arah kebaikan!

Friday, May 12, 2017

disapa kenangan lalu

Aku merancang satu perjalanan untuk sebuah pertemuan.
Jarak perjalanan dan masa bukanlah pengukuran bagi sebuah impian.
Ditengah kegelapan malam yang kesunyian, aku memulakan perjalanan.

Alhamdulillah...Segalanya dipermudahkan.
Sebelum berlepas... Allah mengutus hambaNya menemani dan mengawasi persekitaran untuk ku!
MashaAllah... aku tiba di kota metropolitan.
Aku bertanya diri... benarkah ini satu kenyataan?
Anak pedalaman ini memijak kaki ke ibu kota, hanya keranamu...?
Cinta nan mulia...
Aku yang dulu hanya mengenali dari jauh sebuah personaliti indah...
Dan setelah masa mengizinkan aku dapat mengenali dirimu secara peribadi.

Jantung berdanyut kencang...
Sekali-sekali ku mendongak melihat jarum jam besar yang tergantung di situ.
Aku terpukau....arghhh... hensem nya dia!
Mata bertentang. Berbalas senyum... lalu dia berjalan perlahan menghampiri....
Ditangannya sekeping kertas.
Dia menyapa aku... "hi.... ini... (sambil menyebut namaku)?"
Ibujari kaki aku tonyeh-tonyeh ke tanah.... sajaaa.... untuk memastikan aku tidak bermimpi.

Yeah... pastinya aku bukan bermimpi... tapi... hanya disapa kenangan lalu.
Rindu serindunya.

The rest is history... :)

When you walk into your memories,
You are opening a door to the past,
The road within has many branches,
And the route is different every time. -Xin Ran: (The Good Women of China).

puisi hati: kawan

Sedang aku duduk berfikir
Ingin kutulis madah indah terukir
Namun aku bukanlah seorang pemikir
Apa yang terhasrat amat sukar terzahir

Aku dan helaian-helaian kertas
Cuba kucoretkan puisi-puisi khas
Bagaimana cara hendak kubalas
Segala budi baikmu yang lepas-lepas

Kau sangat perihatin terhadap diriku
Dulu… sentiasa berada disisiku selalu
Membantu aku apa jua yang perlu
Tak pernah kau biarkan aku terbelengu

Mudahnya engkau memahami daku
Belum diucapkan pun kau dah tahu
Persahabatan kekal walau beribu batu
Muga selamanya jadi sahabat sejati aku

Kau buat aku ketawa, kau buat aku menangis
Kau kata rindu zaman masa kita anak gadis
Terkenang kisah lama yang manis-manis
Senyum sendirian dan tersengeh-sengeh

Engkau ibarat bintang yang bersinar
Kelip-kelip mu jadi petunjuk sang pelayar
Mengukir harapan untuk bertemu, bertanya khabar
Terus merancang hingga cerita jadi khabar benar.

Bulan dan tahun beriringan pergi
Senyum, tawa dan tangis silih berganti
Musim sejuk… musim panas, hujan dan pelangi
Tetapi tidak mungkin pernah ada kau yang lain lagi

Ini lah aku dan kenangan silam…
Terkenang zaman remaja, sekarang ni dah suram
Dulu ‘happy go lucky’ je... la ni selalu dok berdoa diam-diam

Terkenang kamu juga … dari jauh ku berkirim salam


Friendships without self-interest are ONE of the RARE and beautiful things in life.

Friday, May 5, 2017

solat itu...

Apa itu solat? 
Aku catatkan perkataan solat ni sebab… aku rasa aku tidak suka dengan ketakutan. Kekadang tu aku terfikir ada ke orang muslim yang tidur tanpa mengerjakan solat? Aduhai… Mudahnya diorang pejamkan mata… buatnya pejam terus kang… naya!

Hidup di negeri omputeh ni… kita kena ada jati diri. We are Muslim. Aku pernah pesan pada anak aku… berbanggalah kerana kita orang Muslim, orang yang Allah terpilih untuk beriman kepada Nya. Islam sebagai pembimbing dan penunjuk jalan dalam hidup kita. Macam dalam terjemahan satu ayat dari surat AlFatihah tu…'tunjukilah kami jalan yang lurus'.

Aku pernah dan macam nak berbalah bila ada orang  kata solat tu satu upacara lapuk, ketinggalan zaman dan tidak perlu dilakukan. … orang tu kata lagi ‘I used to be a Muslim.’ Hah… ‘used to’?… melopong aku… banggang betul. Err... bodoh macam kayu! 

Nanti bila  kau dah mereput dalam lubang kubur, dan cacing sedap je mengunyah daging reput kau tu. Akhirnya diri kembali menjadi tanah… bunyi macam biasa-biasa je kan.  Tapi jangan lupa sebatan Mungkar dan Nakir, malaikat yang menyoal siasat di dalam kubur.  Dihimpit bumi lagi sampai bersilang tulang rusuk, dan di patuk binatang berbisa macam ular, jengking dan kala. Haduhhh… mau pengsan aku. 

Nak je aku beleter kat dia tu... bila nyawa telah terpisah dari badan… tiada yang dapat membantu… hanya amalan kebaikan semasa hayat saja. Solat itu perkara pertama yang diperiksa. Kau dah solat? Hehe..

Semasa di dunia kau dikelilingi ramai teman dan kenalan.. tapi di alam barzah kau sesorang je tau. Kekayaan dunia, kau anggap bagai pengantin impian. Iblis tertawa gembira, kerana kau teman dan pengikut setia. Dan kau bodoh gila… sangup berbuat apa saja.. hanya kerana kemewahan dunia. Bodohnya kau kerana hartamu itu telah tidak berguna. Opps… dah terlambat… kubur sedang menyeksamu dan neraka pula sedang menanti… engkau sebagai penghuni.

Panasnya api neraka yang menyala-nyala membakar segala… dan kau juga, hanya tunggu giliran saja. Masa dunia bagaimana kau menghabiskan masa?. Di sana, berdiri mereka yang pernah kau ejek, mereka yang bersujud. Sejadah mereka kau geruni, payah untuk kau menerima hakikat yang kau pernah ‘membuang’nya. Padamu sejadah itu seperti penyakit berjangkit, yang kamu jauhi. Sekarang baru tersedar, sedang diri dijulang api, sedangkan mereka pula aman selesa dihembus angin dingin. Opps… dah terlambat…

Hidup di akhirat tiada penghujungnya… hidup didunia ini hanya dikira satu titik dari ratusan tahun. Jika kau luangkan masa hanya 5 minit untuk bersolat… tidak berbaloikah masa tersebut? Kau telah terlibat dalam satu jenayah besar! Solat itu bukan untuk Tuhanmu, tapi merendahkan diri kepada Pencipta hambaNya.

Bila ‘kepala besar’ kau tu dah dimasuki ‘habuk’, dan solat itu membersihkan hatimu yang rosak dan berkarat. Solat penyambung ruhmu kepada Yang Maha Pencipta dengan NUR Nya. Bahkan hati yang paling gelap bisa di gilap dan kembali bersinar terang. Kau tinggalkan semua dosa-dosa yang pernah kau lakukan , dan pekakkan telinga dari kata-kata bisikan syaitan. Pancung kejahatan yang membelengumu dengan pedang yang hebat, iaitu solat. Hanya kalau semasa hayatnya kau sempat bertaubat…

Bila kita solat, doa kita jadi laluan dari bumi ke langit. Allah mendengar setiap doa hambaNya. Allah mengkabulkan doa kita mengikut waktu yang telah ditetapkan. Berkhusyuklah apabila bersolat, muga dengan solat itu kita tidak dihumban ke dalam api neraka. Kedigupan di dunia ini hanya sementara.. tapi kehidupan selamanya itu bermula bila daging badanmu mula mereput... bila kau dah mati.

Doa juga adalah pautan kepada ibu miskipun kau masih dalam kandungan. Doa dan solat adalah penjaga dan pelindung diri di dalam kubur. Dengan bersolat meleraikan banyak masalah dalam kehidupan kita seperti menyisirkan rambut dengan sikat. Berhadapan dengan api neraka hanya solat sebagai ‘pakaian pelindung’ yang boleh kau pakai.

Jadi kekawan, tolonglah jangan melangkau solat! Diri terasa bodoh, rasa marah dan diperbodohkan kerana terpedaya… seperti melintasi padang pasir yang luas dan kau pula tidak membawa air minuman. Sudah terlewat kawan… Kau gagal menyiapkan bekalan.

Dunia ini adalah satu penipuan, dunia ini adalah permainan. Dunia ini ibarat ular yang berbisa, yangmana kau tidak bisa menjinakkannya. Ia tetap akan mematuk bila ada kesempatan. Lalu membawa kau ke arah kesedihan, bila kau terbaring kaku di dalam keranda, mukamu menghadap ke langit… sepintas di matamu, isterimu adalah kenangan lalu… kau menjerit sekuat hatimu, tiada siapa yang mendengar kerana hakikatnya kau telah berada di dunia lain…

Nabi salallahu alayhi wa salam (saw) pernah berdoa:                  
Allahumma inniya a’oothubika min al-ajzi wal-kasli
Ya Allah, aku berlindung daripada perasaan tidak upaya dan rasa kemalasan.

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”(Al-Asr- 103:1-3).

Muga dengan ini aku berharap ianya dapat mendekatkan dirimu dengan Allah…

Ok, jaga diri dan iman selalu.

cermin diri

Assalamualaikum..

Apa Khabar korang pagi ni? Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Aameen. InsyaAllah.

Ulama ada berkata, "Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah, ia adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah SWT." 

Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita, sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa.

Sebahagian dari contohnya,  kita marah anak-anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil. Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah. Kita selalu marah-marah atas perkara yang kecil sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan. Kekadang tu pagi-pagi lagi dah 'bad mood' dan suka marah-marah pekerja bawahan, walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja. Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya. 

Kita tidak sedar kesan marah-marah kita itu, selalunya kita akui kita redha tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk yang sebaliknya. Sebab apa? Sebab… apa yang kita cakap itu hanya satu pembohongan pada diri sendiri, dan pada hakikatnya hati kita tidak berpuas hati dengan Allah. Tahukah kita…  Sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah SWT kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan yang terbaik dariNya. Allah Maha Mengetahui...

Kita akan tahu siapa kita… Renungi diri…'Cermin' diri kita pada setiap pagi, perbaikilah hubungan kita dengan Allah dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur. Redha dan terima apa saja ketetapan Allah kepada kita dengan hati terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya. 

Selalu ucapkan dan zikirkan 'Astaghfirullah hal azim' dan 'La hawlawala Quwwata illa billaah'  bagi mengubat, merawat dan mendidik hati kita untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah.


Diam sejenak dan renungi diri kita...

Wednesday, February 22, 2017

Disergah hantu air

Hujung tahun 2016 aku balik Malaysia lagi, pula tu sempat aku pergi ke Kuantan, seronok dapat meninjau tempat yang banyak  mencatat kenangan. Mengimbau masa lampau walaupun hampir 3 dekad telah berlalu...SH adik angkat aku, tanpa aku duga berkata... "kaklang telaga kat bawah bukit tu dah lama tak guna... nak gi tengok jom lah". Aduhai... tetiba je kisah lama terpapar di layar memori.

Alkisah... bila tamat persekolahan… aku takmau dok kampung, aku nak dok kat bandar. Kuantan, tempat aku mula belajar berdikari, belajar tentang kehidupan. Alhamdulillah... emak tak menghalang, asalkan aku ada tinggal di tempat yang selamat.

Tempat tinggal? Alamak… camana ni… nak menyewa duit pun tak de. Alhamdulillah... rezeki aku, Allah permudahkan segalanya. Maka... bermulalah hidup aku menjadi penghuni kota. Menumpang tinggal rumah orang yang tiada pertalian kekeluargaan pun. Memang tak terbalas budi baik keluarga pakcik Ghani.  Pepatah mengatakan... orang berbudi, kita berbahasa.

Disebabkan aku ni tak berapa pandai nak 'berbahasa' sangat jadi, aku tolong la apa yang patut je. Pepagi aku tolong tuan rumah aku tu basuh baju… sebab dia ambil upah basuh baju. Sebenarnya aku tolong 'sidai' jemuran je. Oh... tengahari aku ada kelas. Sebelah petang aku membantu kerja di gerai makan. Hujung minggu pula aku dan anak tuan rumah bergotong-royong sapu sampah di sekeliling rumah. Pernah juga aku diminta untuk cuba 'iron'kan baju tapi aku lebih rela menyapu sampah dan mengangkut air dari telaga untuk kegunaan 'rumah kecil' dan letak dalam tempayan tepi tangga. Aku bimbang nanti jahanam baju sutera orang.

Satu pagi pada hari minggu aku berhajat nak keluar ke bandar.  Jadi awal-awal lagi aku dah ke telaga untuk mengangkut air macam biasa. Cuacapun masih gelap gelita lagi. Sedang aku cuba untuk memenuhkan baldi... tiba-tiba terdengar seperti bunyi benda jatuh dan bergolek-goleh ke arah telaga tempat aku berdiri tu. Bunyi buah durian gugur! Eh... tak mungkin... mana ada pokok durian... cuma ada rimbunan pokok buluh je... bisik hati aku.  Apa bendanya? Tak kala masih meneka-neka... aku terasa hembusan angin yang sejuk, tetiba meremang bulu roma aku. Aku tergamam.... dan terjerit pada masa yang sama. Aku campak 'gayung' di tangan.  Aku berlari laju menghala ke rumah... dan masih terjerik-jerik.

"Ngapa kaklang?" Aku tak tau nak cakap apa daa.. bila badan menggigil... suara tak leh keluar. Adik angkat aku selimutkan aku dengan tuala dan peluk aku kemas-kemas. Bila dah cerah aku baru perasan kulit aku yang tadi meremang tu masih belum 'kebah' (pulih seperti sedia kala). Pagi itu juga Pakcik Ghani hantar aku ke hospital Kuantan untuk pemeriksaan doktor. Lalu aku ceritakan apa yang terjadi pagi tu penyebab kulit aku jadi 'tebal'.  Doktor tu suruh aku berubat cara kampung. Ohhh... tak leh ubat la ye? Betul juga kannn... aku bukan kena virus... cuma kena hembus dek penunggu je.

Aku pun balik kampung. Jadi, ada sorang nenek tu cakap aku kena ‘sampuk hantu air’. Pulang ke rumah je mak aku cakap... "hmm... taksoh percaya apa yang orang tua tu cakap. Awak tu terkejut je... sebab hilang semangat... tu yang jadi cam tu.... tak de kena mengena laa dengan hantu air!". Oh...aku hilang semangat rupanya... patutlah.... aku selalu juga perhati kan kalau ada orang terkejut, diorang selalu sebut ..'kusemangat .... mari balik...' hehe.

Oh Ye... nenek tu beri aku kunyit yang di belah dua untuk disapu pada kulit. Mak aku bayar 'pengeras' nya duit 50 sen. Hah... sebulan lebih  aku 'elegik' dengan panas matahari. Bila kena panas kulit makin 'tebal' dan pedih. Mujur juga muka dan pergelangan tangan aku ok... kalau tak hilang cun aku..

Agak-agak korang la aku dedulu tu kena sampuk hantu air ke sebab terkejut 'beruk' je? Hehehe entah la.. aku sendiri pun tak pasti.

Salam dari downunder.



Tuesday, February 21, 2017

Digigit jin lagi....


Waktu asar musim panas ni panjang sampai kol 9.00pm.. Jam baru pukul 6.30 petang.. Sempat lagi kalau layan mata niii... Kepenatan yang amat ...letak je kepala kat bantal terus hanyut dibuai mimpi. Kata orang tidur waktu petang tak elok... ngapa ya?

Terjaga dari tidur kusangkakan akan rasa segar-bugar tapi  mengapa rasa makin penat pula. Aku buat andaian mungkin terlebih tidur kot... memandang jam yang dah hampir 8.30pm ohh... 2 jam aku tidur. Alamak... asar dah nak habis... bergegas aku... menunaikan tanggungjawab.

Kat atas sikit dari lutut aku terasa pedih dan kebas. Bila aku tengok mak ooiii... ada kesan lebam 5 dot... jilake. "Tu laaa... lain kali jangan tidur petang..." aku membebel kat diri sendiri.. hehee.

Terimbas kembali zaman lampau... masa tu aku baru mula dok berkerja di Penang. Dengan gaji yang tak seberapa tu aku cuma mampu sewa bilik je. Mami/ tuan rumah tu semacam je... bersembang dengan dia tak pernah angkat muka atau bertentang mata atau sengaja je dia pandang tempat lain. Pernah aku cakap pasai lutut aku lebam bila bangun tidur. Mami tu kata "lutut sama lutut berlaga kottt".  Mula tu aku tak la ambil kisah sangat, tapi dah selalu sangat... kawan aku cakap tu kena gigit jin.... Habis tu  nak buat camana?

Dah tu... mula la aku seriauuu. Macam-macam cadangan diberikan. Paling aku selalu buat... baca ayat2 Quraan sampai tertidur. Satu malam tu... aku terjaga terasa haus yang amat sangat. Pelahan-lahan aku bangun keluar dari bilik sewa aku tu... walaupun gelap tapi masih juga nampak samar-samar pantaun dari lampu jalan. Aku jalan pelahan-lahan mengambil botol air,  terkejut gile aku ternampak ada seorang duduk di ruang tamu, bila aku toleh ke bilik mami tu (pintu bilik dia terbuka luas) eh... dia tengah lena... makkk ooiii... sape kat ruang tamu tu. Tak berani pandang belakang bila tetiba meremang bulu roma aku!. Rasa seram tu dah tak tau nak kata camana... aku baca apa saja ayat yang terlintas kat kepala. Malam tu aku tidur memeluk Quraan.

Setiap petang Khamis malam Jumaat... bau kemeyan menusuk hidung. Rimas betul aku. Untuk mengurangkan asap masuk ke bilik aku... aku pasang kipas menghala ke pintu. Aku tau asap tu makanan jin.  Aku tertanya-tanya  eh... kelibat siapa malam dulu tu ye? Mami ni membela ke? Aku pendamkan je persoalan minda tu... tak berani nak bersemuka atau tanya pada dia.

Satu petang tu mami kata "malam esok ada bomoh dari Kedah mai..." Sibuk la dia menyediakan bahan-bahan untuk berbomoh. Aku nampak atas meja dulang tu ada mangkuk berisi 7 jenis bunga, limau purut, semangkuk air, bertih, biji lada hitam, bawang merah kecil dan mangkuk berisi bara dan kemeyan. Mami cerita lagi... "banyak dah banyak kesan lebam-lebam kat badan mami ni... lepas tu selalu pula rasa penat..." Aku jawab ... "Oh ye ke?" Dalam hati aku kata... "Alhamdulillah.. 'benda' tu dah tak kacau aku". Jadi malam tu aku menyaskikan bomoh berjampi serapah... seram juga bila mami tu kata "nak balik... nak balik" Huh... kuat  betul mami malam tu... 4 lelaki perkasa pun boleh kalah.

Antara dialog yang aku dengar lepas bomoh tu baca mentera dan tanya mami sebagai pesakit ...siapa hantaq hang? ...hang dok tang mana? ....hang nak keluaq tak?...hang sapa nama? Suara yang garau menjawab. Bila aku dengar 'benda' cakap dia tu mami yang punya. Aku punya la seriau... cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik dan terus kunci pintu. Esoknya aku pindah rumah. Masa tu aku menyewa tak ada kontrak atau istilah 'bond' atau duit cengkram.

Pesanan aku... kalau korang kena 'gigit' cam tu... ambil 3 biji limau... potong dan letak dalam sebaldi air. Baca AlFatihah 7x dan Selawat. Buat air bilasan mandi.

Tip: Pesona diri

Setiap dari kita menginginkan dirinya untuk menjadi cantik menawan, kacak menarik, dikagumi dan dihargai. Sesetengah orang membelanjakan wang yang banyak untuk kosmetik demi penampilan diri, membeli perhiasan diri seperti tastangan dan kasut juga barang kemas juga untuk mencapai tujuan tersebut. Tapi sebenarnya ada cara yang lebih baik untuk menjadikan dirimu seorang yang menarik.  

 1-  Yang paling penting sekali ialah sentiasa memupuk hati untuk berterima kasih dan bersyukur.

Bila wujud perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu atau seseorang, perasaan negetif itu akan menjadikan kita rasa cemburu dengan orang lain. Pabila perasaan cemburu itu menguasai hati dan meracuni nya lalu menyelenyapkan kegembiraan, seri dan ceria di wajah kita.

Tak perlu kita memperbandingkan diri dengan orang lain, nanti timbul pula perasaan rendah diri atau pun riak. Sebaliknya bersyukur dan hargailah apa yang kita ada. ‘Being different is one of the most beautiful thing on earth. Embrace your ‘you’ ness. Be yourself – everyone else is taken’.

  2-  Langkah penting seterusnya untuk menjadi seorang yang menarik itu kita perlu memupuk tabiat sering tersenyum.

Tiada yang dapat menandingi keindahan senyuman bayi. Kita jua pernah jadi kanak-kanak kann… ke mana hilangnya senyuman ikhlas kita dulu ? Yaa.. kita kehilangan senyuman tu sebab hati kita selalu bimbang. Bimbang atas sesuatu yang kita tidak upaya mengawalnya adalah sia-sia, kecuali berdoa.  “ Oh… My God… You are in Control. I trust You !”  Bila kita meletakkan harapan pada Allah, dan Dia menyembuhkan kesakitan  hati dan membimbing kita ke jalan yang di Rahmati Nya.

Jadi, usahlah kehilangan daya tarikan kita tu dengan bimbang yang berterusan.

 3-  Mungkin langkah seterusnya, korang harap aku akan mengatakan bahawa kita perlu banyak minum air kosong dan tidur yang mencukupi.

Jaga kesihatan tu pun mustahak juga… kalau tak sihat nak senyum pun susah kan. Tapi lebih dari  itu… yang diperlukan … mengapa kita tidak mencuba menjadi orang yang menggalakkan pada perkara kebaikan.

Membuat satu usaha yang disengajakan dengan tersenyum kepada seseorang hari ini. Menghargai jasa orang lain walaupun kecil dan ucaplah ‘terima kasih’ kepada orang yang mengambil pesanan korang  masa di Restoran.  Terkenang pula masa aku kat Malaysia. Aku pernah ucapkan ‘terima kasih, driver!’ bila aku turun bas di bandar Raub… korang tau… semua mata toleh kat aku… ah.. pelik le tu! Ada aku kisah? Aku buat derkkk je.  Aku dah terbiasa.. kat nz ni TK tu dah jadi budaya hidup orang sini.

Jadi sebagai kesimpulannya, hati yang bersyukur, senyuman di wajah dan kata-kata yang menggalakkan orang lain itu adalah 3 rahsia yang indah, menarik dan kacak yang perlu korang pamirkan.


Salam dari downunder!

Friday, January 27, 2017

Magnet kehidupan

Salam dari Downunder....

Suatu hari tu kannn.... aku dok termenung lalu terimbas masa lampau... kemudian aku perasan yang aku ni sebenarnya selalu sangat berasa cemas. Kekadang tu bimbang yang kerlaluan... pada benda yang remeh temeh...hahaa.

Tetapi kemudiannya tu... aku rasa seronok pula bila perkara yang aku hajatkan dulu tu tak menjadi... Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Orang kata perkara yang lepas janganlah dikesalkan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada kann... dan terus kan perjalanan hidup untuk masa hadapan. Sekalipun di mana kita berada sekarang ni, itu memang sudah takdir buat kita... Alhamdulillah!

Jadi tak payahlah fikir yang berlebihan atau 'over thinking' sebab kita tidak mampu untuk mengawal segalanya. Biar lah.... dah begitu suratannya.

Yang positif dan perkara baru itu mungkin tidak terlihat oleh pancaindra kita.... tapi yakin lah jika 'hal' itu hak kita.... kita pasti memperolehinya.

Teguhkan keimanan kita dan gantungkan harapan pada yang Esa.

You are a warrior, not a worrier!


Friday, January 13, 2017

puisi hati: mencari diri

Well... here is the story of a soul

Happiness no more
that feeling to hide or to tell
miserable and guilty combined well

But...look who in charge?
Let decide
-Do WHAT makes you happy
-Be WITH who makes you smile
and be positive.

Whatever you decide to do
make sure it makes you happy.
"treat yourself as a queen
and you'll attract a king".

...because happiness is an inside job
then over thinking is the biggest cause of unhappiness!

As you get older you find out
that true happiness is not...
...in how much you make or
...how many degrees you have or
...how big your house is or
...how fancy your car is.

It's finding peace and joy and calmness in your life
that will soon become the most important thing to you.

Your family is what matter to you
LOVE is what matter to you
things that are of the quality not of quantity.

Don't look for happiness
CREATE it.

You can't change how people treat you or
what they say about you.
All you can do is change HOW you react to them.

Life is full of choices...
and today I am choosing happiness

Fate doesn't decide -  I Do!

...at the end of the day, I am at peace.. because my intentions are good and my heart is pure.
At the end, people will judge you anyway, so don't live your life impressing others.

Live your life impressing yourself.

Tuesday, January 3, 2017

Senyum

Assalamualaikum.

Amalan yang paling mudah dan indah iaitu senyum.
Senyum itu ibadah.

Senyum itu sedekah.
Senyum yang ikhlas itu penyeri wajah.

Senyum... tak perlu kata-kata.


Senyum selalu...


Omputeh says

Smiles
...are great investment
   the more you collect
   the better you feel...

kann...

Monday, January 2, 2017

Tahun impian


Assalamualaikum.

Ehhh... dah tahun baru! Selamat tahun baru pada korang semua!

Tahun baru.... pada aku laa bukan mengenai bertukarnya tarikh tapi sepatutnya lah bertukar arah tujuan hidup. Bukan hanya bertukar tahun je tapi ikatan / janji pada diri sendiri. Apa azam korang hah?. Tahun baru juga bukan hanya berubah perlakuan tapi juga cara dan perangai... Kita nak jadi lebih baik dan berjaya, sihat dan macam-macam lagi kann?

Sekali lagi tahun yang berjaya dan yang mengembirakan aku telah berlalu. Aku berharap korang juga terus bersemangat, bersama harapan dan keimanan untuk menempuhi apa jua kepayahan yang bakal dihadapi. Tempuhi segala ujian dengan tabah. Bawa bersama kita pengajaran yang dipelajari dari tahun 2016. Mulakan pengembaran di tahun 2017 ini dengan merebut peluang-peluang keemasan yang dihamparkan semasa kita melaluinya.

Tahun baru seperti perengan baru atau bicara-bicara baru, atau...  sama sahaja... hanya  cerita lama? Sering kali kita berazam ingin berubah... diawalnya berkobar-kobar... lalu kita catatkan  di dalam dairi. Sebenarnya cerita kita tu tidak semestinya kita tulis.... dalam kehidupan seharian, kita sering berdepan dengan pelbagai pilihan... membuat pilihan itu cerita utama kita. Tertulis atau tidak pilihan yang kita buat ianya menjadi jalan cerita kehidupan kita.

Jika tahun ini kita rasakan sebagai tahun menjejaki impian ...
Jomm.. jejaki impian kita itu... Hidup hanya sekali... Usia semakin singkat! dan hari-hari yang kita lalui hanya sekadar bilangan number-number sahaja.  Jadi... mengapa menghabiskannya usia dengan melakukan perkara yang kita tak suka?

Kejayaan tidak mungkin diperolehi kalau kita tidak mencuba... "Dream don't work unless you DO!" Yang mustahaknya... memulakan sesuatu itu... "If you wait for the perfect condition, you never get anything done".

Kita mempunyai pilihan... langkah pertama... kita harus membuat ketetapan (goal) untuk diri kita sendiri kann. Ya.. Tahun baru cam ni la masa untuk membuat ketetapan... dan maju terus maju!. If you can dream it, you can DO IT.

Salam dari downunder!