Friday, April 22, 2016

Wonders Mind is Wonderful..

Aku baru je nak mulakan kelas Islamiyat aku tu... ada la sorang anak didik aku ni... duduk sebelah aku dan dia meletakkan tangannya dekat tangan aku.. 'why do we have different coloured skin?. pulak dahh.. Ishhh macamana nak jawab ya... aku pun cakap... "let me think"... mengapa warna kulit kita berbeza ya? dengan mengulang semula pertanyaan nya tu... agaknya gitulah yang dikatakan 'think aloud' tu kannn.

Itu la kannn... bila ada soalan tentu ada jawapannya.. Sekarang anak didik aku rajin pula bertanya ... tak la asyik aku je yang tanya diorang kannn... Tak sangka macam-macam yang diorang wonder kann...'wonders mind is wonderful' kannn sebab....Wonder is the beginning of wisdom.” kata Socrates.

Aku pun cakap la... Allah ciptakan manusia dari tanah liat... ingat tak tak kisah Nabi Adam alaisalam? Yess.. reramai diorang jawab. Mari kita bayangkan... macamana kita bakar roti....setelah diuli dan di buat bentuknya, 'dough' itu di masukkan ke dalam oven. Yang dikeluarkan awal dari oven tu 'just cooked', kulitnya puteh cerah, kalau yang 'medium cooked' pula jadi warna sederhana coklat, tapi yang 'over cooked' tu warna agak gelap sikit atau terhangus. Begitulah roti tadi dibandingkan dengan manusia.

"But don't worry".. setiap salah sorang dari kamu... semuanya cantik-cantik belaka. Allah tak melihat paras rupa kamu atau warna kulit kamu tapiiii... Allah melihat hati kamu... keimanan yang tertanam di dalam hati kamu. Jika hati kamu ikhlas, jujur dan tidak sombong... diri kamu cantik 'inside and out'. Aku malas nak cerita pasal pigment dalam sel kulit tu.. nanti diorang tau sendiri la... aku bukannya mengajar sains... haha

"As if you are the 'bun'... what or who is your 'magic oven?' aku tengok diorang melopong je... aku pun cakap la "your mother". Lepas tu kitorang nyanyi lagu 'your mother' nyanyianYusuf Islam tu.. dalam hati aku... mujur juga ada i-pad mini aku ni... boleh juga 'turn on' kan lagu tu sebagai lagu latar belakang.

Salam dari downunder...

Friday, April 8, 2016

Secebis kenangan di Dunedin

Imbas kembali kenangan di Dunedin, bandar kedua terbesar di Pulau Selatan NZ ni. Pendidikan adalah sumber utama pendapatan bagi bandar Dunedin ini jadi, kebanyakan penduduk bandarnya terdiri dari pelajar tempatan dan antarabangsa, yang belajar di Univerity of Otago.

Kampus University of Otaga ni telah terbina sejak dari tahun 1869 lagi. Kampusnya yang terletak di dalam bandar Dunedin ni menjadi salah satu tarikan bagi pelawat tempatan dan pelancung luar negara. Aku pun teruja tengok bangunan kampusnya macam 'haunted castle' je... tapi bangunan antik tu yang menarik kannn...  

Sempat mengabadikan beberapa keping gambar sebagai kenangan...


Larnach Castle

Dunedin Airport
St. Paul Catheral (gambar dari internet) 
Clock Tower: University of Otago, Dunedin
Kilang coklat, tengah bandar Dunedin

Baldwin Street, Dunedin: jalan yang paling curam di dunia. 
                               
Somewhere downtown, Dunedin

Thursday, April 7, 2016

Tapak Kaki dan Personaliti

Hari ni aku nak cerita pasai kaki...
Suatu hari tu MIL bertanya aku tentang perangai pelik aku yang suka memakai setoking dalam rumah.
“Awak demam ke?” MIL tanya.
“Nampak macam orang demam ke?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan juga. Baik punya menantu... hahaa
“Tu... Pakai setoking...!!” kata MIL lagi.
“Ohhh...haha... Tak la. Saya tak demam... Saja pakai nak jaga kaki... pijak lantai marble ni nanti kaki jadi kasar dan pecah-pecah. Nanti kaki saya dah tak lawa” terang aku.
“ha' laaa, sini tak boleh pasang karpet.. banyak debu!!” Hayooo… dia macam tau je apa yang aku nak cakap…

Dedulu aku terbaca satu artikel, maaf detailnya dah tak berapa ingat. Satu suku kaum di Indonesia yang beranggapan perlu menghargai kaki, bila berbaring diorang letakkan kaki pada tempat yang tinggi atau kaki dilapik dengan bantal... macam biasa korang lapik bantal di kepala. Diorang percaya kaki harus diberi penghormatan kerana kaki berkerja keras sepanjang hari dan kaki bertanggungjawab memikul seluruh anggota untuk bergerak dan berkerja.

Banyak juga perbidalan yang mengunakan ‘kaki’ yang biasa aku dengar… kaki pukul. kaki bangku. kaki ayam. kaki temberang. kaki kebas. Macam-macam kaki daa…

Pasai kaki lagi... Orang kata keperibadian hanya boleh disingkap melalui garis tapak tangan, raut wajah, atau menerusi bentuk jari-jemari seseorang. Korang tau tak melalui tapak kaki juga dapat mengenal keperibadian seseorang... ni la yang ingin aku 'kuak' kan. Er...lama betul tak guna bahasa kampung aku ni...

Ada tiga jenis gambaran atau bentuk tapak kaki seseorang. Jenis tapak kaki yang 'ramping', yang ‘sederhana’, dan yang 'tebal'.  Kalau kaki korang basah kemudian korang pijak atas papan kering… ada dapati kesan tapak kaki korang kannn. ‘Cher’ (cuba) tengok tapak kaki jenis yang mana?

1- tapak kaki jenis 'ramping'
Jika jejak kaki korang tu agak ramping atau macam 'high arch' ini bermakna korang jenis berperangai kegila-gilaan tapi dalam pengertian yang baik la. Korang jenis orang yang suka mengambil risiko dan 'happy go lucky', tetapi korang seorang yang unik jika dibandingkan dengan kebanyakan orang.
Keperibadian korang agak menonjol dan terlihat berbeza, dan selalu menjadi tumpuan orang sekeliling korang tu, sama ada korang menginginkan nya atau pun tidak, korang tetap mendapat perhatian. Korang jenis orang yang yakin, mempunyai kepercayaan tinggi terhadap kemampuan diri sendiri dan sentiasa ceria menjadikan ramai orang ingin mengelilingi korang tu.

2 - tapak kaki yang 'sederhana'
Jenis tapak kaki yang ini paling ramai orang memilikinya. Dikatakan yang paling umum, ini bererti baik sekali kann. Korang mudah bergaul dengan orang ramai, sama ada korang seorang pemimpin atau pengikut. Korang juga seorang pendengar yang baik dan tahu bagaimana bertindak dan mengambil tindakan inisiatif. Korang selalu berpandangan positif, jika ada pendapat-pendapat negetif tidak akan menghalang korang untuk bergerak maju.
Korang jenis orang yang boleh 'diharap' dan menjadi tempat rujukan bagi orang ramai yang datang meminta pertolongan dan nasihat dari korang. Korang juga menjadi 'contoh' kepada yang lain. Tidak menghairankan jika ada orang menaruh harapan dan kepercayaan pada korang.

3 - tapak kaki yang 'tebal'
Jika tapak kaki korang cenderung tidak berbentuk atau ‘tebal’, ini mengambarkan personaliti korang seorang yang kuat dan stabil. Bila berhadapan dengan macam-macam situasi, korang hadapi dengan tenang, apatah lagi la kalau situasi tu menyenangkan hati korang… korang dapat mengendalikannya dengan baik lagi.
Korang juga  bercita-cita besar, dan keperibadian korang itu membantu korang meraih apa yang korang inginkan.

Hmm.. dah panjang aku sembang pasai kaki ni... jadi elok juga aku angkat kaki duluuu... byee

Friday, April 1, 2016

My Commitment

Salam dari downunder...
Hari ni aku nak membebel. Membebel pasal diri aku sendiri. Internet ade je. Kat rumah. Kat opis. Ada je. Cuma malas nak menaip. Mengapa aku malas? Entah la… konon nak relax. Hehe... alasan je tu.. sebenarnya takde apa nak diperkatakan. 

Aku pun heran macamana ahli fikir tu berfikir? Aku ni malas nak berfikir lebih-lebih... kang sakit kepala… haha  teruk betul aku ni Allah kurniakan otak bila tah nak guna nya…hmm masa sekolah dulu je kot … masa periksa.  Hah.. salah ke? Setiap hari dalam kehidupan kita tu adalah ujian. Jadi nak lulus ujian kita kena plan. Nak buat plan kena fikir juga.

Aku sebenarnya kecewa dengan perangai diri sendiri. Bagi masa banyak mana pun tak berubah-ubah. Masih buat benda yang sama. Masalah dengan diri aku ialah komitmen. Aku tak mampu nak beri komitmen sekalipun aku nak sangat benda tu siap... katakan la menulis, ya aku suka menulis. Tapiiii.. kalau tak ada komitmen tak jadi la kan? Tak guna kalau cakap nak menulis tapi usaha aku tu separuh jalan. Idea pula masa aku sibuk atau masa aku tengah emo, masa tu la mencurah macam air bah. Bila aku bersedia nak menulis.. mana tah hilangnya. Y’all pernah tak rasa apa yang aku rasa ni?

Jadi aku ni rajin ke malas?! Hmm… Aku rajin la menulis tapi malas betul nak siapkan. Aku 'struggle' dengan masa. I need 'more' time!. hahaa 24 jam sehari tak cukup? Bukan takat menulis je, benda lain gitu juga... macam bila aku buat projek kait-mengait, melukis, menjahit dan entah benda lagi… memula tu bukan main beria-ia… semangat yang berkobar-kobar… lepas tu tergendala separuh jalan. Semua ‘harta karun’ tu aku sorok  bawah katil. Hahaa sorok, jangan tak sorok. Nanti pedih telinga bila orang sebelah pula yang membebel.

Macam mana nak motivate diri sendiri ye? Rasanya kalau membebel kat orang lain macam mudah je.. macam abc.. banyak je idea nak dibebelkan. Bila cuba membebel kat diri sendiri… kalau orang tengok tentu kata aku sewel, mujur la ni aku berkata-kata dengan jari jemari je. Aku ada kelemahanku sendiri… dan aku rasa aku pun tau apa kekuatan aku... tu yang payah nak motivate diri sendiri ni… mungkin... tengok pada ‘how important of that thing’ la agaknya kannn.

Ye… buat kerja rumah pun sama… melipat kain depan tv… kalau mata dan tangan seiring jalan takpe juga.. niii.. mata focus kat screen tv.. tangan dah kaku. Lipat juga... masa iklan je. Haha macam tongkang pecah rumah aku. Omaiiiiii ... Buat kerja separuh kemudian tengok 'Boarder Security'. Buat kerja separuh kemudian baca novel online. Buat lagi... sibuk nak main game pula. Nampak tak masalah aku? Aku perlu maid. Hahaa toksah berangan.. sini 'hire' pembantu rumah, bayarnya kira jam.

So my solution is… tak payah la lipat kain baju tu semua, dari ampaian terus hanger ke dalam almari. Aku dah jimatkan masa.. jadi masa terluang tu... terserah aku la apa aku nak buat. Kekadang tu aku pergi survey apa ada offer kat bandar tu, atau belagak sikit-sikit macam pelancung hahaa.. apa-apa je la.

Buat apa nak susah hatikan....I choose to be happy… the way I want it. 
So, I want to be a person who can give a full-time commitment to my own life...and others. "Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter and those who matter don't mind" -Dr. Seuss

Ok.. ni je bebelan aku hari ni... 
Take care! Bye...