Thursday, November 16, 2017

aku dan si comot...

Alhamdulillah... aku berkesempatan balik bercuti ke Malaysia lagi bersama keluarga. Aku rasa macam pelancung jee... jadi banyaklah masa dihabiskan meninjau tempat-tempat menarik dan jalan-jalan cari makan! 

Tempat hala tuju kitorang lewat pagi tu ke tepi pantai, tidak jauh dari Queens Bay Mall, Bayan Lepas. Bersantai... sambil menjamu selera. Ada macam-macam juadah di situ... hehe seronoknya akuuu.

Turun je dari kereta aku terpandang seekor anak kucing bawah meja di tepi gerai kosong kat situ. Kakak berhenti sekejap sambil membelai-belai anak kucing tu.  Aku lihat matanya bengkak, kepalanya penuh debu, bulunya pula berketul-ketul. Heh comotnya!.

Kakak mengenepikan sedikit isi ayam dari nasi ayamnya, lalu dia letakkan betul-betul depan  muncung anak kucing tu, tapi anak Kuching tu tak tau cari.  “Hadoiii.... tak kan laaa... dah depan mata tak dapat cari.... hmm... mungkin juga mata dia tak nampak... abis tu deria bau dia ‘out’ juga ke?” Aku memang kaki bebel kalau ada yang tak kena tu.. “Kesian tengok kan dia, dahlah ditinggalkan ibunya... kita bawak balik, yea mak?". Kakak terus cuba mempengaruhi aku "tak kan nak biarkan dia kat sini.... you knowwww.. may be this is God’s will”. Amboiih... panjang lebar kakak memujuk aku. 

Kebetulan sangat aku bawa shopping bag jenis guni jut tu. Biasa la... bila berpergian aku selalu bawa air putih, tuala muka dan macam-macam tok nenek lagi. Kakak kata lagi “kalau kita biarkan....mati la dia…ni anak kucing terbiar….kesiannnn diaaa”. Tanpa banyak soal aku pun setuju untuk bawa balik anak kucing comot tu. Lalu aku masukkan anak kucing tu ke dalam shopping bag aku, bawa masuk ke dalam kereta. Kakak kata “kita tengok camana reaksi abah…”

“Laaa… yang pegi kutip anak kucing jalanan tu buat apa?... nanti ibu kucing tu cari…” en somi membebel pula. “Kakak rasa ibu kucing ni dah tak peduli dengan anak dia abah ,… tengoklah keadaan anak kucing ni… comot dan matanya pun tak boleh nak buka. Kalau kita tak tolong siapaaa lagi kannn.. abah?. Maybe... this is the reason why we passed this way…” kakak masih nak menyedapkan hati abahnya.

Aku cakap pada kawan en somi,  “En Ali minta maaf ya... kitorang ni buat benda pelik sikittt  tapi... don’t worry anak kucing ni tak akan kotorkan kereta awak”. En Ali senyum, tak komen apa-apa…

Dari Bayan Lepas tu kemudian kitorang ke Teluk Bahang… dalam perjalanan singgah makan laksa tepi laut dekat area Tanjung Bunga... Maklumlah kitorang ni kan tourist..! Agak petang baru kitorang balik rumah di Air Itam. Kebetulan pula hari tu ada BIL baru tiba dari Australia, jadi ‘full house’ le rumah banglow tumpangan kitorang tu. Alaaaamak kena check-in kat hotel le gayanya…mujur juga hotel tu dekat je. En somi pegi check-in sesorang, aku berdiri agak jauh dari kaunter daftar tu… sajaaa...  tak mau staff hotel tu dengar bunyi meow meow dari bag aku. Tuuu diaa aihh… aku berjaya menyeludup anak kucing menginap kat hotel untuk 4 hari 3 malam … hahaa.

Aku mandikan si comot, bersihkan matanya dan sikat bulunya. Tadi nampak comot sekarang dah comey!  Aku bancuh sikit susu tepong yang aku bawa balik dari nz. Dalam bilik air hotel tu aku letak kotak yang berlapik surat khabar dan mangkuk berisi air susu… dan aku selimutkan kucing tu dengan tuala… maklumlah aircond hotel kan sejuk. Bila kitorang balik dari makan malam… si comot tengah tidur. Makanan kucing yang aku beli dia tak usik… adehhh. Takpe bancuh susu lagi! 

Bersama si comot, kitorang checked out dari hotel kemudian nak check-in kat banglow pula. Tuan rumah ada dua ekor anjing. Lucky dan Keeper sangat teruja dengan isi bakul yang aku bawa.  Meowan si comot menyebabkan Lucky dan Keeper curi-curi masuk rumah. “Lucky… Keeper… OUT!". Jerit tuan rumah. 

Aku letak bakul tu sekejap dalam bilik MIL. Dia tanya “ bunyi apa tu?” Aku tunjuk kat dia isinya. “Oooo…anak kucing kampung ka?.. kucing siam la cantik, bulu panjang”. MIL macam kecewa je. “A’ah… kucing kampung je… kitorang kutip tepi pantai  4 hari lepas".

Dua hari kemudian si comot naik bas express ke KL pula. Aku dah siapkan makanannya, sebab kucing kampung… aku bekalkan nasi puteh dan ikan bilis yang aku dah tumbuk. Aku ada juga bawa air susu, air putih, tisu paper, plastik bag dan tuala. semuanya untuk keselesaan si comot.

Tiba di USJ… acara berziarah dan berkumpul anak beranak dan saudara-mara. Full house!. Alhamdulillah. Untuk keselesaan si comot, aku tempatkan dia di bilik air tingkat atas yang tidak digunakan. Plan kitorang seterusnya nak pergi ke Melaka. Aku sibuk fikirkan camana dengan anak kucing tu... SIL kata dia tak boleh jaga, Mimi anak saudara aku yang suka kucing tu duduk asrama pula. Ramai yang mencadangkan untuk di lepaskan kat pasar atau food court. Kesian pula aku. Bila Nuar dan keluarganya tiba… aku cerita la dilema pasai si comot tu…  aku pun tanya Nuar  “kalau aok sudi nak bela anak kucing jalanan Alang ni… Alang bayar kos sepanjang hidupnya… buat permulaan Alang bagi banyak ni dulu. Nanti Alang bagi lagi”. Alhamdulilah, Nuar setuju… aku seronok kerana ada yang sudi menjaga si comot aku tu... dalam masa yang sama aku rasa sedih berpisah dengan si comot.

Kini... yang tinggal bersama aku hanya sebuah kenangan.



Tuesday, November 14, 2017

puisi hati: menjejak impian

Menjejaki impian itu
telah menemukan keberanian dalam dirimu
menjadikan jiwamu kental dan padu

Jatuh bangunmu menjadi lumrah
bila berdiri di atas kaki sendiri
segalanya kelihatan mudah

Berterusan kau…tiupkan semangat jati diri
bisikkan pada diri … “aku boleh!” 
seperti yang kau azamkan
kau menemukan tempat kau sendiri
rasa bangga diri terpapar diwajah

Dengan cara kau tersendiri…
kau hadapi masalah mendatang
sukar untuk dilafazkan
kau memegang teguh pada keinginanmu
bagai menggengam bara api hingga terpadam
dan cahaya dalam genggamanmu itu
telah membakar semangat juangmu

Kau ingatkan diri sendiri 
untuk mencapai impian... mara terus mara
walau sukar berterusan tiada penyudahnya

puncak yang sangat tinggi telah kau daki
walau ada rasa bimbang didalam hati
namun bila kau telah boleh mengapai
setiap kesengsaraan itu mengasuhmu
agar kau berasa bersemangat 
untuk terus berlari dan berjuang  

kemenangan!!

Reli: 3 doa semasa sujud

Tiga doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud
(Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz -semoga Allah merahmatinya)

. Mintalah diwafatkan dalam keadaan khusnul khotimah

 ١. اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as'aluka husnal khotimah
Artinya : " Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah "

2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum wafat

٢. اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Artinya: " Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat "

3. Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas Agamanya.


٣. اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika
Artinya: " Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU "

Kemudian saya sampaikan,
jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Surga Allah.

Brek manusia..

 As salam..

Ini kisah tentang seorang hamba Allah... walaupun ianya dah lama berlaku tapi masih segar dalam ingatan aku. 

Sebenarnya dia kukenal gitu-gitu je... kebetulan rumah dia tu tidak berapa jauh dari masjid. Jadi, suatu hari tu ada la orang tabligh datang berziarah... tapi hamba Allah ni tak suka sebab orang tabligh tu datang tanpa ada temu janji.. Pakcik tablight tu cakap.. "malaikat maut datang nanti  takdenya buat appointment pun... Tu anjing tu pegi lepas buang... anjing untuk jaga rumah ke, jaga ladang ke... takpe. Anjing dok luar rumah tu boleh...Tak payah buat 'pet' laa, tak elok bagi keliaran  sana sini dalam rumah..." tegur pakcik tabligh tu. Hamba Allah tu jawab......"hangpa ni kolot... anjing zaman dulu, mana ada mandi...  sebab tu kotor... anjing la nii selalu mandi tau... anjing ni bersih!".

Tergelak weih dengar jawapan dia tu. Betul anjing tu bersih tapi tak suci...aduuhii tak kan pasai tu pun tak tau. Tu la kalau bab ugama ni ikut commonsense hang tu je... hang jadi non-sense tau!.  Jangan la pakai redah je uncle weih. Zaman dulu ke, zaman sekarang ke.. kalau anjing tu ianya tetap anjing... najis mughallazah... najis berat tu... kena samak.  Apa nak jadi?...mengaku  diri konon dah moden, sempat juga kutuk orang lain... Melayu kolot katanya....  cehh tetiba aku pulak yang hangin!

TGNA kata "Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa disisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau...Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa... tanpa ada yakin seperti ini manusia akan hilang brek... kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka".

Semuga dia mendapat hidayah Allah.


Orang kata Sss...

Assalamualaikum....Salam dari downunder!

Orang kata...
belajar dari pengalaman lepas... menyediakan diri untuk masa hadapan dan nikmatilah kehidupan yang sedang dialami sekarang.

kita juga selalu dengar orang kata..'eh.. saya sibuk la', tapi apa yang disibukkan... dia je lah yang tau kannn?  Sebenarnya, kalau kita rancang masa tu sebaiknya InsyaAllah kita dapat melakukan yang terbaik  dalam kerjaya, terbaik dalam menunaikan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan negara...cewahh!

Aku bukan la pakar motivasi... tapi bila usia pun dah tak cukup jari nak kira, kononnya diri dah banyak pengalaman la kannn.. hehe
...nak buat kerja terbaik tu...
1- lakukan satu kerja pada satu masa.
2- mengenal pasti jika ada masalah berkaitan
3- belajar dan dengar dari orang lain juga
4- belajar bertanya soalan
5- kenal pasti mana yang masuk akal dan yang mana tak masuk akal
6- terima satu2 perubahan yang tidak dapat dielakkan itu
7- akui kesilapan diri
8- guna kata2 simple bagi mudah difahami
9- bertenang
10- senyum


Orang kata, kalau ingin berubah...  semangat baru harus disemai... biar tumbuh dan berakar dan kembang segar.  Mula dengan diri sendiri, mulakan sedikit-sedikit, mula dari sekarang.

kalau kita di bilik pejabat kita tu... nak buat kerja terbaik itu kenalah  ada 5 S...bukan  orang Jepun je ada 5 S, kita pun ada juga tau..

1- SEIRI SISIH:
Sisih barang-barang tidak diperlukan terutamanya ditempat kerja dan buangkannya secara sistematik.

2- SEITON /SUSUN
kemudian susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil dan dikembalikan.

3- SEISO / SAPU
bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kotoran di lantai, mesin dan peralatan.

4- SEIKETSU / SERAGAM:
atur mengikut keseragaman supaya nampak kemas dan bersih mengikut peraturan.

5- SHITSUKE / SENTIASA: 
amalkan sistem 5S ini secara berterusan ...ok!

Eh..banyak betul s nya...tetiba pula teringat masa zaman sekolah rendah dulu... bedudak dulu kata SS maksud nya Syok Sendiri... hahaa itu kan bebudak.. lantak  deme le

Jomm... berubah ke arah kebaikan!