Monday, February 29, 2016

Kisah lucu di Rotorua

Rotorua... banyak mencatat kenangan buat aku...

di Rotorua (gambar dari internet)
Apa yang menariknya kat situ...? hmm ada belaka!!..nak tahu..? maklumat lanjut di 'hujung jari' y'all, setiap orang punya cita rasa yang berbeza kannnn... jadi, pergi la tanya uncle google tu?.

Mengenang kembali pertama kali aku ke Rotorua... semuanya ketentuan Allah!  Aku diketemukan dengan kaklong... tak lama selepas aku mendarat di NZ dulu. Dia orang Malaysia yang berkerja di NZ, yang lebih dikenali dengan panggilan kaklong dari nama sebenarnya.

Kebetulan uncle dan aunty kaklong datang bercuti ke NZ. Kaklong nak bawa diorang pergi 'tour' NZ... yang seronoknya kaklong pelawa aku dan en hubby ikut serta! Yayyy Free holiday! Bertuah aku! Dalam perjalanan pergi dan balik, kitorang banyak berhenti untuk meninjau tempat menarik seperti di tepi Lake Taupo, air terjun Huka Fall, kilang membuat karpet kulit kambing, honey farm dan banyak lagi.

Semasa kitorang singgah di tepi air terjun Huka Fall tu.... aunty ternampak satu pasangan yang dah agak berusia, berdiri betul-betul di tebing sungai yang curam itu... Aunty memang banyak cakap atau orang kampung aku kata 'homis', melahirkan rasa bimbangnya...

"ishh... tak kadar ke tua.. kalau nya jatuh kang... mampouihh..." kata aunty. Tak lama lepas tu mereka berselisih dan orang itu menyapa aunty dan uncle. "Hi.. dato'... datin...datang berholiday ke?" mereka bersalam-salaman dan berlalu pergi. "Eh... agak-agak diorang dengar ke kita kata tadi?" aunty dah terkedu. "Itulah... lain kali cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar" kata kaklong. Akhirnya terlerai hilai tawa kitorang... kerana gara-gara kata-kata aunty tadi."Control cool... control cool...!" pesan kaklong suruh kitorang 'behave!'.

Bila dah dekat dengan kawasan Rotorua... "tak senonoh betul orang tua ni... apalah yang di makannya tadi?...huh.. kuatnya bau...macam bau telur tembelang!" aunty mengomel sambil menurunkan cermin tingkap... lagi kuat bau busuk dari luar. Aku tahan gelak, bimbang nanti aunty 'terasa', tapi aku nampak kaklong 'senyumnya dah sampai ke telinga!'. "Kita dah nak sampai ni... sajaa aihhh... tak mau habaq pasal bau tu... nak tengok hangpa camana.. Rotorua ni tempat dia ada belerang dan kolam dia mengelegak.... tu yang bau semacam", jelas kaklong.

Dan... hidung kitorang pun dah 'lali' dengan bau belerang tu. Petang tu kitorang ke Marae (balai serbaguna orang Maori) naik bas 'charted' bersama pelancung yang lain. Ketibaan rombongan disambut dengan persembahan 'haka'. Aku terkejut bila lelaki Maori tu jelir lidah diorang masa dalam persembahan kebudayaan mereka tu. Masuk ke dalam Marae, mendengar ceramah dalam bahasa Maori, bila sebutir perkataanpun aku tak faham....aduhhh seksanya.

Tibalah masa untuk menyaksikan cara tradisi Maori memasak guna oven dalam tanah atau 'hangi'. Aku dekat pintu.. jadi aku sampai dulu ke tempat hangi tu... aku nampak... dia orang angkat batu-batu panas... kemudian angkat guni.. kemudian ada bakul mengkuang yang paling atas... bila di buka, tu diaaa... terjerkang kerbau pendek yang warna pink tu, lepas tu diorang bawa keluar paha lamb, lepas tu ayam dan akhir sekali lapisan yang paling bawah macam-macam jenis ubi seperti kentang, keledek dan keladi, labu dan jagung pun ada juga.

"Alamakkkk... ada mende tuh!!"...kaklong separuh berbisik. Mujur kitorang sempat tengok!  Jadi malam tu kitorang bayar NZ300 hanya dapat tengok je. Organiser nya yang perihatin bila tengok kitorang tak makan... dia pun offer la.. 'vegetarian food' untuk kitorang!. "Its ok, we are not hungry..." Bohong sungguh kata tak lapar. Tapi sebab lemak mende tu da menitik atas veggies kitorang... hilang selera weihh.....

Ini kisah yang dah lama berlalu tapi masih terpahat dihati. Terima kasih kaklong!

Salam dari downunder..

Saturday, February 27, 2016

Stayvacation (Wellington Again!)

Wellington ibukota NZ kerana kedudukannya berada ditengah-tengah antara Pulau Utara dan Pulau Selatan NZ. Kalau tengok peta NZ, Wellington terletak bahagian selatan Pulau Utara. Di sini pusat pentadbiran kerajaan dan banyak terdapat bangunan pejabat termasuk pejabat Kedutaan negara luar di sekitar bandar Wellington ni..

Bila hujung minggu... aku suka jejalan ke bandar Wellington yang 'friendly' ni. Sekarang masih musim panas, oleh kerana matahari terbit awal aku pun keluar awal. Hmm...bila dah tak ada tujuan tu meraban je aku jejalan sesorang. Tiba dalam bandar... kedai-kedai belum buka lagi... aku pun terus jalan sampai ke Parliament... lepas tu aku naik cable car ke puncak Botanical Garden, berlagak macam pelancung.. heh!

Ada ke patut aku terlupa bawa selfie stick tu... jadi tak dapat la muka aku 'menyempel' kat dalam gambar ni...

NZ Parliament = 'Beehive'!  Sarang Lebah??                                  Kena sumpah jadi patung? Just kidding!
Clock Tower, Lambton Quay
tunjuk arah.. ke cable car



Selalu sangat aku ke bandar... baru semalam aku perasan gereja ikan pauh ni. hmm... mana taknya... selalu aku lalu betul-betul bawah dia ni. ok.. ni je dulu gambar dari 'my back yard' yang sempat aku kongsikan... take care!

Salam dari downunder!






Cable car ke puncak Botanical Garden

Payung Gergasi di Cuba Stree

Tuesday, February 23, 2016

Kisah di sebalik Make Up !

Puteriku minta dibelikan minyak wangi yang branded....Hadoooi... masa aku kecil dulu aku cuma tau minyak attar je...haha. Berbeza sungguh 'dunia' kitorang.

Sebut pasal barang 'branded' ni mengingatkan aku pada brand Elizabeth Arden... Masa tu aku berkenaan sungguh …aku nak memiliki Elizabeth Arden tu.  Aku dulu mana ada 'pocket money', pergi sekolah pun bawa bekal nasi, berlauk ikan masin dan sambal tempoyak...huh nostalgia sungguh!!.  Jadi, nak cari duit aku kena usaha. Lalu akupun tawarkan diri menolong emak kat ladang.

Kebetulan masa tu kampung aku ada projek tanam lada hitam. Ingat aku suka ke kerja bawah panas terik matahari macam tu? Habis melepoh dan 'blister' tapak tangan aku... merumput dan menggali lubang untuk tanam tiang lada hitam tu. Aku dapat RM15. Laaa... mana cukup nak beli Elizabeth Arden tu!! Sedih betul... Tapi, apa yang aku dapat yang lebih berharga dari make up Elizabeth Arden tu... iaitu pengalaman. Pengalaman, memberi pengajaran berguna buat aku. Aku jadi bersemangat nak berlajar dan berjaya dalam SRP dan SRU aku... Terbayang masa dulu, terasa rindu pula kat kampung halaman aku ni. 

Ok, mari aku kongsikan tentang kejayaan Elizabeth Arden…
Kejayaan Elizabeth yang terbesar ialah mengubah tangapan orang ramai terhadap orang yang memakai make up (of course la dia jadi kaya raya dan tersohor kann!). Zaman dedulu kalau orang tu pakai make up, dia dianggap pompuan murahan. Elizabeth Arden menaikkan 'mertabat' orang yang memakai make up sebagai seorang yang 'elegant'.

Oh.. teringat pula aku satu perbincangan dalam kelas BI aku dedulu, tutur minahsaleh yang mengajar kelas BI aku tu dah agak berumur.... dia bertanya apa pendapat kitorang kalau ternampak pompuan yang memakai make up tebal 'on the street'? Agaknya kalau korang yang disoal, korang kata apa? Hmmm...

Siapa Elizabeth Arden?  Nama semasa dilahirkan ialah Florence Nightingale Graham, mengambil sempena nama sorang jururawat yang popular zaman itu.  Dia dilahirkan di Woodbridge, Ontario, Canada pada tahun 1884.  Ibunya meninggal dunia ketika usia Elizabeth 6 tahun. Bapanya mahu Elizabeth menjadi jururawat. Memenuhi kemahuan bapanya, Elizabeth berjaya menjadi jururawat terlatih, tetapi dia tidak menyukai perkerjaan tu. Elizabeth mahu melakukan sesuatu yang lebih menyoronokkan. Bila usianya 23 tahun (1907) Elizabeth pergi melawat abang nya ke New York dan tinggal bersama abangnya di bandar NY itu.

Pekerjaan Elizabeth yang pertama bila tiba di NY ialah berkerja di kedai ubat-ubatan (chemist’s shop) sebagai akauntan, tetapi dia lebih cenderong kepada 'product' kecantikan yang  membuatkan dia  menukar perkerjaannya, kemudian dia berkerja di salon Eleanor Adair.  Masa dedulu hanya artis pementasan (theatre) sahaja yang melanggan 'cosmetic', namun wanita biasa juga berminat untuk menggunakan krim kulit dan cosmetic tersebut. Elizabeth nampak di situ ada peluang besar dalam perniagaan kecantikan (beauty business).

Dalam tahun 1909, Elizabeth meminjam $6,000 dari abangnya untuk membuat perlaburan membuka Red Door salon di Fifth Avenue. Dia berkongsi dengan Hubbard. Perniagaannya ternyata berjaya, dalam masa 6 bulan dia mampu membayar kembali wang kepada abangnya. Malangnya Hubbard tidak mahu meneruskan ‘partnership’, tinggallah Elizabeth mengendalikan perniagaan itu sendirian. Elizabeth membina syarikatnya sendiri yang menjual cosmetic brand ELIZABETH ARDEN. Kemudian dia ke Paris untuk belajar selok belok tentang perniagaan kecantikan. Di Paris, Elizabeth belajar tentang krim baru dan tentang minyak wangi (perfumes) yang digemari wanita Eropah ketika itu.

Perang Dunia Pertama (WW1) meletus pada 1914, Elizabeth pulang ke NY dan mencipta ‘beauty product’nya sendiri. Dia berkerja keras meng‘design’kan dan memasarkan cosmetic keluarannya. Adalah sangat penting bagi Elizabeth, mereka yang menggunakan product nya kelihatan ‘elegant’.  Perniagaan dan brand keluarannya sangat berjaya.

Tahun Kemelesetan Ekonomi (the Great Depression) 1929 adalah tahun yang memeritkan untuk semua business. Elizabeth membelanjakan banyak wang untuk kempen/ iklan. Tindakan nya adalah tepat syarikatnya makin membesar semasa ‘the Great Depression’ itu.

Elizabeth Arden kata...“When women looked more beautiful, they felt wonderful, too”.

Er.... aku rasa aku pun nak buat product sendiri juga la.. gamaknya... bedak sejuk? camana... boleh?
Hmm.... sokmo merepek meraban...!!

Salam dari downunder...

Thursday, February 18, 2016

CNY and Red Colour

Gong Xi Fa Cai...
Selepas meraikan CNY baru ni, rasa teruja pula aku nak kongsi dengan y'all...

Setelah sekian lama aku 'berada' dalam keluarga berbangsa Cina, aku dan keluarga kecilku tak pernah teringat pun nak celebrate CNY. Sekali dua tu ada aku join la 'makan besar' bersama keluarga en hubby, itu pun kebetulan CNY tu masa cuti sekolah NZ, dapatla kitorang balik Malaysia meraikan bersama-sama. 

Y'all jangan salah faham pula tau... sebenarnya CNY ni tak de kena mengena dengan perayaan keugamaan, hanya perayaan 'ethnic' (kaum) je. Biasanya sambutan bermula pada petang hari bila semua ahli keluarga berkumpul untuk makan malam bersama. Aku pernah meraikan bersama keluarga in-law aku. Kitorang buat 'steam boat', of course la... halal...

Tahun Monyet ni, en hubby terkilan tak dapat meraikan CNY bersama ibu dia. Tiket dah beli. Sibuk sangat la kat opis dia, sampai tak dapat nak cuti. Cuti dia tangguh ke bulan March... kesian en hubby aku tu... Kesudahannya... kitorang buat keputusan celebrate CNY di NZ je. Buat pertama kalinya!... sokongan moral kat en hubby aku tu lah kannn... Tak la semeriah macam sambutan di Malaysia

Ahad tengahari... sambutan CNY bermula dengan 'mangacau' apa benda tah, mix vegie tu... eh lupapulak aku ni.... tetamu tak la ramai sangat ... tapi penuhlah juga la ruang kat lantai, kat sofa dan hingga ada yang duduk kat tangga di rumah aku tu. 

Pagi tu sebagai persiapan.. en hubby tengah vacuum carpet, aku saja mengusik... "aiii.. bersihkan rumah ke?.. ikut adat... itu semua.. kan pantang?". "orang dulu kata... pantang guna penyapu je... vacuum tak apa la kot..." sengeh-sengeh dia jawab.

Aku juga, selepas subuh lagi aku dah ke dapur, cuak juga nanti tetamu sampai aku masih belemuih kat dapur. Alhamdulillah, dapatlah aku menjamu tetamu dengan kari kepala ikan, ketam masak lemak bernanas, ikan bakar cicah air asam, pulut kuning dan kari ayam... 

Aku tak sempat menghias rumah atau gantung kain merah kat atas pintu... Ang pow? huhu.

Masyarakat Cian percaya warna merah adalah lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.

Warna merah itu dipanggil 'hong' dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti 'ong' atau bertuah. Jadi masyarakat Cina percaya orang yang memakai warna merah akan mendapat tuah dan kecemerlangan dalam hidup mereka.  Jadi sebab tu aku pakai baju merah.. haha aku pula yang lelebih...!

Warna merah juga sebenarnya membawa maksud keteguhan, keberanaian, keceriaan dan kemegahan. Kalau ikut dari sudut psychology nya pula, warna merah dikatakan memberi dorongan kepada keadaan yang lebih positif dalam kehidupan masyarakat Cina.

Ada lagi... cerita disebalik warna merah tu dalam masyarakat Cina. Akisah...zaman dulu-dulu, orang Cina letakkan kertas merah di pintu dan tingkap rumah menjelangnya Tahun baru Cina kerana mereka pada masa tu bimbang akan diganggu oleh raksasa yang digelar Nian. Oleh kerana  raksasa itu takutkan warna merah (kerana ia menyerupai warna api) maka terselamat penduduk kampung itu dari ganguan Nian tersebut.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, bunyi bising dapat menghalau roh jahat. Jadi membakar mercun dan bunga api sebagai cara menghalau roh jahat itu. Begitu juga tarian naga atau tarian singa, kebingitan bunyi muzik dan drum yang mengiringi tarian naga/singa itu juga bertujuan untuk menghalau roh jahat, disamping itu dapat menghiburkan penontonnya.

Chinese New Year diraikan selama 15 hari, dan hari terakhir disebut Chop Goh Meh. 
Xīnxiǎng shì chéng...  May all your wishes come true!!

Salam dari downunder!

Sunday, February 14, 2016

Perjalanan ke Christchurch

Penghujung tahun lalu, aku mengatur perjalanan ke Christchurch (Chch) untuk 3 malam. Perjalanan ke sana agak berbelit-belit sikit, aku pepagi lagi dah terbang dari Wellington ke Dunedin, kemudian tengaharinya baru naik bas ke Chch. Penat..? Entah laa.. rasa excited pula pertama kali travel dengan bas express. Mata tertumpu ke luar tingkap... 'enjoy' dengan keindahan alam semula jadi. Sempat juga lah aku 'snap' sekeping dua gambar.

Perjalanan bersama keluarga, aku kena fikir juga keselesaan putera dan puteriku... 5 jam lebih dalam bas, lama juga tu.  Bila bas berhenti rehat, sempat la kitorang makan bekal mie hoon goreng. Masa kitorang tinggal di Burnside tu sempat juga la meninjau bandar Chch tu. Dah lama benar aku tak ke sana, kalau ada cuti aku lebih suka balik Malaysia! Sejak gempabumi (EQ) Februari 2011 dulu bandar Chch jadi sepi... sangat berbeza sebagaimana yang pernah aku saksikan sebelum bandar tersebut roboh...

Sebahagian dari kotanya telah diubahsuai sepenuhnya seolah-olah EQ tidak pernah terjadi, sedangkan di situ begitu banyak 'crane' dan pekerja 'construction' di satu tempat. Yang bagusnya... Tram telah beroperasi seperti biasa... Tram mengimbau kembali kenangan aku pada bandar Chch ni.

Rasa sepi dan agak menyeramkan bila aku bayangkan Chch yang dulu dikenali dengan Bandar Dalam Taman, kini menjadi seolah-olah 'haunted place', selepas gempabumi yang meninggalkan kesan mendalam di hati ramai orang. Ya.. betapa tenang dan sunyinya bandar tersebut. Cuma ada la juga pelancung yang 'wandering around' dengan camera diorang... termasuk la aku. Hah! Perasan.

Untuk memeriahkan semula bandar Chch... maka terdirilah kedai-kedai 'container' dalam bandar tersebut. Bukan saja kedai, malah bank dan restaurant juga! Ini menjadikan Chch bandar yang unik. Namun begitu kini, sudah banyak juga Mall yang besar dan selesa di Chch.

The cathedral pernah dianggap sebagai icon kotanya... tapi tau je la.. tiada yang kekal kecuali Allah!



 




           


              


Salam dari downunder!

Friday, February 12, 2016

NZ dalam Perang dunia pertama.

Baru-baru ni aku berkesempatan menyaksikan pamiran Gallipoli di Mesium Te Papa, Wellington. Niat awalnya aku nak tengok pamiran tentang animation, tapi berbayarlah... lalu aku ubah haluan untuk menyaksikan pamiran zaman Perang Dunia Pertama (WW1) yang mana NZ terlibat sama. Hmmm.. dapatlah juga aku belajar tentang sejarah lama.

Aku pun beratur la... macam orang lain juga. Ikut giliran. Aku 'explore' seseorang, meraban je aku ke sana ke sini dalam bilik pamiran tu. Aku ingatkan aku da habis tengok semua.. aku pun nak keluar la.. bila aku tiba dekat pintu tu...  guard di situ kata aku belum habis tengok semua pamiran perang tu lagi. Ooo... Really? haha. Dia kata... aku sepatutnya keluar menerusi kedai buku sebelah pintu masuk tu... Jadi, aku berpatah masuk semula ke dalam tempat pamiran tu ikut 'line and date' kat lantai sebagai panduan.


100 tahun telah berlalu, NZ  pernah terlibat dalam perang (WW1) di Gallipoli, Turki. Mengapa ya NZ yang terletak jauh kat Kutub Selatan ni terlibat dalam Perang Dunia Pertama yang tercetus di sebalik dunia tu... aku wonder juga..

Hmmm... pelupa juga aku ni rupanya.. NZ kan 'bawah' Ingeris... tengok je note $20 NZ tu.. ada muka Queen E2  kannn.! Errr... Korang pernah tengok duit NZ $20 tu? Ke nak tunjuk kan?

Setelah aku keluar dari Te Papa, aku bertanya diri sendiri... apa yang aku perolehi? Yang aku tak faham apa penyebab tercetus nya peperangan di Semenanjung Gallipoli tu? Diorang rebut apa? Entah la aku ni...! Makin banyak yang aku pelajari, makin banyak yang aku tak tau... haduhaiii.

Masa sekolah dedulu aku pernah ambil mata pelajaran Sejarah, tau la sikit-sikit tentang Turki ni. Pemimpin negaranya, Mustafa Kemal Atatük tu dia seorang Muslim yang sangat kebaratan. Mustafa Kemal beranggapan Islam dan Politik harus dipisahkan kerana baginya untuk maju perlu jadi seperti orang barat.

Selepas tamat WW1, Mustafa Kemal dianggap sebagai  hero oleh orang Turki kerana menang dalam pertempuran di Gallipoli tu. Malangnya kerana dia menolak Islam, diceritakan selepas kematiannya mayat Mustafa Kemal tidak diterima tanah.

Disebalik kejayaan Mustafa Kemal Atatük mengetuai bala tentera Turki dalam WW1 itu, bantuan dari Jerman banyak membantu terutamanya dari sudut ketenteraan dan persenjataan.

Oleh sebab aku dok wonder mengapa dan kenapa... ni aku kongsikan secara ringkas je antara sebab tercetusnya WW1 tu. Secara umumnya... pada zaman tu negara-negara di Eropah sering bertelagah pun...

1- Jerman dan Ingeris bersaing merebut daerah jajahan (imperialise), berlumba memperkuatkan armada laut dan mencari bahan asas dan pemasaran industri.

2- Dari segi politik pula, masing-masing mencari 'kawan' dalam pakatan politik (politic alliance) seperti perjanjian pertahanan.

3- Dari segi militarisms (ketenteraan) pula berbagai negara berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti persenjataan seperti senapang, pistol, kereta kebal, pesawat tempur dan gas kimia. Peningkatan mutu dan jumlah pengeluaran senjata disebabkan oleh curiga adanya serangan dari luar.

4- Nasionalisme - Berbagai negara di Eropah berusaha  membuktikan dominasisi dan kekuasaan mereka. Secara khusus faktor Nasionalisme di picu atas keinginan bangsa Serbia di Bosnia -Herzegovina memerdekakan diri dari Austria-Hungary. Semangat Nasionalisme yang sering terjadi itu telah merebak menjadi peperangan.

5- Pada Jun 1914 seorang nationalist Serbia membunuh Archduke Franz Ferdinand putra mahkota Austria dan isterinya yang pada ketika itu berada di Sarajevo, Bosnia. Pembunuhan ini dilancarkan sebagai protes atas kontrol Austria-Hungary pada wilayah tersebut. Pembunuhan itu penyebab Austria- Hungary  mengistiharkan perang ke atas Serbia.

WW1 bermula pada 25 April 1915 dan berakhir pada 9 Jan 2016. Jadi, sebagai memperingati perajurit yang terkorban di WW1 tu NZ dan Australia meraikan ANZAC Day setiap tahun pada 25 April, tarikh tercetusnya peperangan tersebut. Aku? of course laaa... aku raikan juga... sebab hari tersebut dah jadi public holiday di NZ ni.

Wow... aku sangat kagum dengan penghasilan kraf yang dipamirkan...!! Dia punya detail huh... sooo real! cuma saiznya 3 kali ganda besar dari saiz manusia biasa.  Juga di situ juga dipamirkan artefact seperti alat-alat dan senjata yang pernah digunakan. 'Side effect' nya juga hebat... bergegar-gegar lantai yang aku pijak bila aku lalu kat satu lorong tu, yang aku pula sangat menghayati... tetiba terdengar bunyi tembakan... macam aku pula yang kena 'ambush'... Hilang semangat aku weihh. Terkejut!



Gambar kiri: Lieutenant Colonel Percival Fenwick dan Staff Nurse Lottie Le Gallais.



  
Sebelum keluar dari situ, aku lihat ada besen basuh tangan yang berisi batu. Oooo... adat orang Maori selepas menziarahi orang mati, kena basuh tangan... alaaa macam adat orang Melayu juga kann... aku pernah tengok orang tua aku basuh muka, tangan dan kaki sebelum masuk rumah. Eh.. dah macam nak berwudu' pula kannn..

Apa-apa je laaa!

Salam dari downunder..

Wednesday, February 10, 2016

Stayvacation (Wellington i)


Cantik cuaca hari ni... rugi kalau dok berkurung dalam rumah. Aku keluar sendirian... alaa aku cool je kalau dapat merayau sesorang ni... lagi pun ni bandar Wellington... aku rasa safe, orang sini friendly belaka... 
Seperti yang pernah aku janjikan dulu, aku nak tayang kat y'all my back yard ni.... hahaa perasan betul! Anyway.. sebab aku berjalan kaki je dari rumah, jadi aku pergi tempat yang dekat-dekat je. Gambar yang terpapar di sini semuanya masa aku 'ambil angin' kat Water Front, Wellington hujung minggu baru ni. Nak enjoy puas-puas keindahan pemandangan dan langit biru nya, musim panas dah di penghujungnya.

Lepas ni musim gugur pula.... langit selalu kelabu. Aku pernah berangan nak bergambar dengan daun-daun kering yang berguguran... ala-ala dalam movie gitu... tapi Wellington ni kan ibu kota NZ, tengah bandar mana ada dedaunan di bawah pokok besar nya kannn... kalau ada pun pekerja majlis bandaraya dah vacuum bersih. Lagipun Wellington ni windy sangat.... tak sempat jatuh ke tanah, dedaun kering tu dah di tiup angin habis berterbangan.     


Hujung minggu kat Water Front ni, orang ramai juga mungkin sebab cuti panjang CNY dan Waitangi Day agaknya. Senja tu aku datang lagi...jejalan tengahari terasa cepat penat... lagipun mata aku silau sangat,lupa pakai cermin mata hitam... bila matahari dah terbenam tu terasa pula sejuknya lebih-lebih lagi bila di hembus angin kuatnya... mujur juga aku bawa jeket...

                                   

Aku layan diri setelah penat jejalan...

Salam dari downunder!

Tuesday, February 2, 2016

Museum Te Papa

Hujung minggu baru ni aku ke museum nasional New Zealand, Te Papa yang terkenal dengan pamiran kebudayaan, ilmu pengetahuan, idea yang baru lagi menyeronokkan. Te Papa berjaya dibangunkan atas kemampuannya menghubung dan mewakili masyarakat New Zealand.

Koleksi pamiran di museum Te Papa meliputi lima bidang termasuk  seni, sejarah, Pacific, Māori, dan lingkungan alam semula jadi. Pamiran di Te Papa yang mengabungkan  idea-idea baru dan yang saling mempengaruhi  dalam  program pendidikannya. Selain menyediakan tempat dan aktiviti yang digemari kanak-kanak, Te Papa juga ada menyediakan  kedai menjual cenderahati, kedai buku, café, dewan untuk konferen dan kemudahan tempat meletak kereta.



Aku cuma memilih beberapa tempat dan pamiran yang terdapat di Te Papa tu, tak sempat nak jengah semua.

• 'Awesome Forces' adalah tentang pamiran gempabumi dan letupan gunung berapi di NZ. Terdapat rumah kecil 'earthquake' bagi anda yang ingin menyelami perasaan cemas bila gegaran gempabumi berlaku. Juga terdapat pamiran kesan dari letupan gunung berapi akibatnya dan kesan kepada penduduk dan juga keadaan mukabumi NZ. 


• 'Blood Earth Fire' pamiran secara video dan artefact tentang hutan dan alam sekitarnya. Moa atau Burung unta tu agaknya.. dah pupus.  Beratus tahun dahulu bila orang Maori nak memburu diorang ambil cara mudah je... dengan membakar hutan. Habis lah pupus...jannn! Jadi, diorang belajar dari kesilapan lampau, sekarang mereka sangat menjaga alam sekitarnya. Tumbuhan darat dan hidupan laut dijaga untuk kegunaan jenerasi akan datang. Katakan lah anda nak memancing di laut, anda kena tau saiz dan jenis ikan tu... untuk mengelakkan dari di saman pihak 'fishrie'... dan kalau memancing kat sungai kena ada lesen. 



• 'Mountains to Sea' aku cuma ambil gambar 'sign' nya je.
Punyalah aku beriya merecordkan film pendek tentang hidupan laut tu... tapi aku lupa film tu 3D, jadi apa yang aku tonton dan apa yang aku rekod tak sama...yang aku rekod blurrr.. hahaa



Aku banyak menghabiskan masa meninjau pamiran tentang Peperangan Dunia Pertama (WW1) di mana NZ terlibat. Punya lah jauh di kutub selatan ni macamana NZ  terlibat... aku wonder... oooh hampir terlupa pula aku ni... kan NZ ni bawah British... sampai la ni duit $20 nya muka Queen E2. 

Lain kesempatan aku nak jengah pula ke tingkat 3 dan 4 di Te Papa, apa ada di situ... 
• 'OurSpace'
• 'Passports' 
• 'Te Marae'
• 'Mana Whenua' 
• 'The story of Pacific people in New Zealand'
• 'Arts Te Papa'





Monday, February 1, 2016

Perinsip Itik Berenang

Hari ni penggal pertama persekolahan di NZ baru bermula. Di Malaysia pula hari persekolahan sejak awal tahun lagi ... Tentu seronok dapat berjumpa kekawan setelah agak lama bercuti kannn. Kak Ella dapat bayangkan wajah ceria adik-adik tu…

Seronok bertemu kekawan, macam-macam nak update kannn. Ya la.... adikkkk… asal adik ingat tanggungjawab adik iaitu menimba ilmu pengetahuan. Belajar! Kejayaan tidak datang bergolek. hehe

Pengurusan masa amat penting, hal ini bagi memastikan masa belajar dan aktiviti harian seimbang. Jadual belajar yang baik adalah jadual belajar yang boleh diubahsuaikan, tetapi harus patuh pada displin hidup berjadual.

Adik-adik tau tak yang proses pembelajaran tu tidak habis sebaik sahaja selepas loceng tamat waktu persekolahan dibunyikan. Sebenarnya, proses pembelajaran adik masih berterusan tau.. walaupun adik berada di luar kawasan sekolah. Untuk itu, pentingnya bagi adik adik memperuntukakan waktu belajar yang bersesuaian dengan keperluan harian adik yang lain.

Jadual belajar berbeza bagi setiap murid, oleh itu adik perlu menyusun jadual mengikut masa, kepentingan dan keadaan harian adik sendiri. Uruslah masa adik dengan bijak. Jadi adik kena menyediakan jadual belajar, supaya adik dapat rancang masa dengan bijak. Dan berilah tumpuan dan komitmen untuk belajar.

Adik tau tak prinsip itik berenang? Bila adik lihat itik yang terapong di atas air bila berenang tu… apa yang adik fikir? Macamana itik tu boleh terapong? Ya betul, sebab kaki itik di dalam air terus mengayuh tanpa merasa penat. Adik tak nampak kan kaki itik yang tekun berkayuh tu...  begitu juga la kekawan adik tu, nampak relax je kannn...

Bila adik perhatikan ada di antara kekawan adik yang pandai, adik ingat mereka tu cerdik semula jadi kann?. Tak semua dikkk… Yang adik nampak kekawan adik tu nampak tenang dan pandai. Yang adik tak tahu… dia berkerja keras mengulangkaji dan memberikan komitmen yang tinggi dalam pelajarannya. Dia mengulangkaji secara teratur dan berterusan. Macam itik berenang....

Katakan lah adik lemah dalam matapelajaran mathematik, adik boleh mengagihkan masa yang lebih bagi mata pelajaran tersebut. Dan…elakkan tabiat suka bertangguh. Adik harus berdispilin. Jadual belajar melatih adik menjadi seorang yang berdisplin dan menepati waktu. Jadikan jadual belajar sebagai salah satu alat membantu adik menuju kejayaan.

Adik harus mempunyai tahap kecekalan, komitmen, dan kesabaran yang tinggi. Berikralah pada diri sendiri yang adik akan mengikuti jadual yang telah adik buat. 

Always do your best. What you plant now, you will harvest later.