Friday, May 12, 2017

disapa kenangan lalu

Aku merancang satu perjalanan untuk sebuah pertemuan.
Jarak perjalanan dan masa bukanlah pengukuran bagi sebuah impian.
Ditengah kegelapan malam yang kesunyian, aku memulakan perjalanan.

Alhamdulillah...Segalanya dipermudahkan.
Sebelum berlepas... Allah mengutus hambaNya menemani dan mengawasi persekitaran untuk ku!
MashaAllah... aku tiba di kota metropolitan.
Aku bertanya diri... benarkah ini satu kenyataan?
Anak pedalaman ini memijak kaki ke ibu kota, hanya keranamu...?
Cinta nan mulia...
Aku yang dulu hanya mengenali dari jauh sebuah personaliti indah...
Dan setelah masa mengizinkan aku dapat mengenali dirimu secara peribadi.

Jantung berdanyut kencang...
Sekali-sekali ku mendongak melihat jarum jam besar yang tergantung di situ.
Aku terpukau....arghhh... hensem nya dia!
Mata bertentang. Berbalas senyum... lalu dia berjalan perlahan menghampiri....
Ditangannya sekeping kertas.
Dia menyapa aku... "hi.... ini... (sambil menyebut namaku)?"
Ibujari kaki aku tonyeh-tonyeh ke tanah.... sajaaa.... untuk memastikan aku tidak bermimpi.

Yeah... pastinya aku bukan bermimpi... tapi... hanya disapa kenangan lalu.
Rindu serindunya.

The rest is history... :)

When you walk into your memories,
You are opening a door to the past,
The road within has many branches,
And the route is different every time. -Xin Ran: (The Good Women of China).

puisi hati: kawan

Sedang aku duduk berfikir
Ingin kutulis madah indah terukir
Namun aku bukanlah seorang pemikir
Apa yang terhasrat amat sukar terzahir

Aku dan helaian-helaian kertas
Cuba kucoretkan puisi-puisi khas
Bagaimana cara hendak kubalas
Segala budi baikmu yang lepas-lepas

Kau sangat perihatin terhadap diriku
Dulu… sentiasa berada disisiku selalu
Membantu aku apa jua yang perlu
Tak pernah kau biarkan aku terbelengu

Mudahnya engkau memahami daku
Belum diucapkan pun kau dah tahu
Persahabatan kekal walau beribu batu
Muga selamanya jadi sahabat sejati aku

Kau buat aku ketawa, kau buat aku menangis
Kau kata rindu zaman masa kita anak gadis
Terkenang kisah lama yang manis-manis
Senyum sendirian dan tersengeh-sengeh

Engkau ibarat bintang yang bersinar
Kelip-kelip mu jadi petunjuk sang pelayar
Mengukir harapan untuk bertemu, bertanya khabar
Terus merancang hingga cerita jadi khabar benar.

Bulan dan tahun beriringan pergi
Senyum, tawa dan tangis silih berganti
Musim sejuk… musim panas, hujan dan pelangi
Tetapi tidak mungkin pernah ada kau yang lain lagi

Ini lah aku dan kenangan silam…
Terkenang zaman remaja, sekarang ni dah suram
Dulu ‘happy go lucky’ je... la ni selalu dok berdoa diam-diam

Terkenang kamu juga … dari jauh ku berkirim salam


Friendships without self-interest are ONE of the RARE and beautiful things in life.

Friday, May 5, 2017

solat itu...

Apa itu solat? 
Aku catatkan perkataan solat ni sebab… aku rasa aku tidak suka dengan ketakutan. Kekadang tu aku terfikir ada ke orang muslim yang tidur tanpa mengerjakan solat? Aduhai… Mudahnya diorang pejamkan mata… buatnya pejam terus kang… naya!

Hidup di negeri omputeh ni… kita kena ada jati diri. We are Muslim. Aku pernah pesan pada anak aku… berbanggalah kerana kita orang Muslim, orang yang Allah terpilih untuk beriman kepada Nya. Islam sebagai pembimbing dan penunjuk jalan dalam hidup kita. Macam dalam terjemahan satu ayat dari surat AlFatihah tu…'tunjukilah kami jalan yang lurus'.

Aku pernah dan macam nak berbalah bila ada orang  kata solat tu satu upacara lapuk, ketinggalan zaman dan tidak perlu dilakukan. … orang tu kata lagi ‘I used to be a Muslim.’ Hah… ‘used to’?… melopong aku… banggang betul. Err... bodoh macam kayu! 

Nanti bila  kau dah mereput dalam lubang kubur, dan cacing sedap je mengunyah daging reput kau tu. Akhirnya diri kembali menjadi tanah… bunyi macam biasa-biasa je kan.  Tapi jangan lupa sebatan Mungkar dan Nakir, malaikat yang menyoal siasat di dalam kubur.  Dihimpit bumi lagi sampai bersilang tulang rusuk, dan di patuk binatang berbisa macam ular, jengking dan kala. Haduhhh… mau pengsan aku. 

Nak je aku beleter kat dia tu... bila nyawa telah terpisah dari badan… tiada yang dapat membantu… hanya amalan kebaikan semasa hayat saja. Solat itu perkara pertama yang diperiksa. Kau dah solat? Hehe..

Semasa di dunia kau dikelilingi ramai teman dan kenalan.. tapi di alam barzah kau sesorang je tau. Kekayaan dunia, kau anggap bagai pengantin impian. Iblis tertawa gembira, kerana kau teman dan pengikut setia. Dan kau bodoh gila… sangup berbuat apa saja.. hanya kerana kemewahan dunia. Bodohnya kau kerana hartamu itu telah tidak berguna. Opps… dah terlambat… kubur sedang menyeksamu dan neraka pula sedang menanti… engkau sebagai penghuni.

Panasnya api neraka yang menyala-nyala membakar segala… dan kau juga, hanya tunggu giliran saja. Masa dunia bagaimana kau menghabiskan masa?. Di sana, berdiri mereka yang pernah kau ejek, mereka yang bersujud. Sejadah mereka kau geruni, payah untuk kau menerima hakikat yang kau pernah ‘membuang’nya. Padamu sejadah itu seperti penyakit berjangkit, yang kamu jauhi. Sekarang baru tersedar, sedang diri dijulang api, sedangkan mereka pula aman selesa dihembus angin dingin. Opps… dah terlambat…

Hidup di akhirat tiada penghujungnya… hidup didunia ini hanya dikira satu titik dari ratusan tahun. Jika kau luangkan masa hanya 5 minit untuk bersolat… tidak berbaloikah masa tersebut? Kau telah terlibat dalam satu jenayah besar! Solat itu bukan untuk Tuhanmu, tapi merendahkan diri kepada Pencipta hambaNya.

Bila ‘kepala besar’ kau tu dah dimasuki ‘habuk’, dan solat itu membersihkan hatimu yang rosak dan berkarat. Solat penyambung ruhmu kepada Yang Maha Pencipta dengan NUR Nya. Bahkan hati yang paling gelap bisa di gilap dan kembali bersinar terang. Kau tinggalkan semua dosa-dosa yang pernah kau lakukan , dan pekakkan telinga dari kata-kata bisikan syaitan. Pancung kejahatan yang membelengumu dengan pedang yang hebat, iaitu solat. Hanya kalau semasa hayatnya kau sempat bertaubat…

Bila kita solat, doa kita jadi laluan dari bumi ke langit. Allah mendengar setiap doa hambaNya. Allah mengkabulkan doa kita mengikut waktu yang telah ditetapkan. Berkhusyuklah apabila bersolat, muga dengan solat itu kita tidak dihumban ke dalam api neraka. Kedigupan di dunia ini hanya sementara.. tapi kehidupan selamanya itu bermula bila daging badanmu mula mereput... bila kau dah mati.

Doa juga adalah pautan kepada ibu miskipun kau masih dalam kandungan. Doa dan solat adalah penjaga dan pelindung diri di dalam kubur. Dengan bersolat meleraikan banyak masalah dalam kehidupan kita seperti menyisirkan rambut dengan sikat. Berhadapan dengan api neraka hanya solat sebagai ‘pakaian pelindung’ yang boleh kau pakai.

Jadi kekawan, tolonglah jangan melangkau solat! Diri terasa bodoh, rasa marah dan diperbodohkan kerana terpedaya… seperti melintasi padang pasir yang luas dan kau pula tidak membawa air minuman. Sudah terlewat kawan… Kau gagal menyiapkan bekalan.

Dunia ini adalah satu penipuan, dunia ini adalah permainan. Dunia ini ibarat ular yang berbisa, yangmana kau tidak bisa menjinakkannya. Ia tetap akan mematuk bila ada kesempatan. Lalu membawa kau ke arah kesedihan, bila kau terbaring kaku di dalam keranda, mukamu menghadap ke langit… sepintas di matamu, isterimu adalah kenangan lalu… kau menjerit sekuat hatimu, tiada siapa yang mendengar kerana hakikatnya kau telah berada di dunia lain…

Nabi salallahu alayhi wa salam (saw) pernah berdoa:                  
Allahumma inniya a’oothubika min al-ajzi wal-kasli
Ya Allah, aku berlindung daripada perasaan tidak upaya dan rasa kemalasan.

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”(Al-Asr- 103:1-3).

Muga dengan ini aku berharap ianya dapat mendekatkan dirimu dengan Allah…

Ok, jaga diri dan iman selalu.

cermin diri

Assalamualaikum..

Apa Khabar korang pagi ni? Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Aameen. InsyaAllah.

Ulama ada berkata, "Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah, ia adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah SWT." 

Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita, sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa.

Sebahagian dari contohnya,  kita marah anak-anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil. Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah. Kita selalu marah-marah atas perkara yang kecil sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan. Kekadang tu pagi-pagi lagi dah 'bad mood' dan suka marah-marah pekerja bawahan, walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja. Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya. 

Kita tidak sedar kesan marah-marah kita itu, selalunya kita akui kita redha tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk yang sebaliknya. Sebab apa? Sebab… apa yang kita cakap itu hanya satu pembohongan pada diri sendiri, dan pada hakikatnya hati kita tidak berpuas hati dengan Allah. Tahukah kita…  Sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah SWT kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan yang terbaik dariNya. Allah Maha Mengetahui...

Kita akan tahu siapa kita… Renungi diri…'Cermin' diri kita pada setiap pagi, perbaikilah hubungan kita dengan Allah dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur. Redha dan terima apa saja ketetapan Allah kepada kita dengan hati terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya. 

Selalu ucapkan dan zikirkan 'Astaghfirullah hal azim' dan 'La hawlawala Quwwata illa billaah'  bagi mengubat, merawat dan mendidik hati kita untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah.


Diam sejenak dan renungi diri kita...