Thursday, November 16, 2017

aku dan si comot...

Alhamdulillah... aku berkesempatan balik bercuti ke Malaysia lagi bersama keluarga. Aku rasa macam pelancung jee... jadi banyaklah masa dihabiskan meninjau tempat-tempat menarik dan jalan-jalan cari makan! 

Tempat hala tuju kitorang lewat pagi tu ke tepi pantai, tidak jauh dari Queens Bay Mall, Bayan Lepas. Bersantai... sambil menjamu selera. Ada macam-macam juadah di situ... hehe seronoknya akuuu.

Turun je dari kereta aku terpandang seekor anak kucing bawah meja di tepi gerai kosong kat situ. Kakak berhenti sekejap sambil membelai-belai anak kucing tu.  Aku lihat matanya bengkak, kepalanya penuh debu, bulunya pula berketul-ketul. Heh comotnya!.

Kakak mengenepikan sedikit isi ayam dari nasi ayamnya, lalu dia letakkan betul-betul depan  muncung anak kucing tu, tapi anak Kuching tu tak tau cari.  “Hadoiii.... tak kan laaa... dah depan mata tak dapat cari.... hmm... mungkin juga mata dia tak nampak... abis tu deria bau dia ‘out’ juga ke?” Aku memang kaki bebel kalau ada yang tak kena tu.. “Kesian tengok kan dia, dahlah ditinggalkan ibunya... kita bawak balik, yea mak?". Kakak terus cuba mempengaruhi aku "tak kan nak biarkan dia kat sini.... you knowwww.. may be this is God’s will”. Amboiih... panjang lebar kakak memujuk aku. 

Kebetulan sangat aku bawa shopping bag jenis guni jut tu. Biasa la... bila berpergian aku selalu bawa air putih, tuala muka dan macam-macam tok nenek lagi. Kakak kata lagi “kalau kita biarkan....mati la dia…ni anak kucing terbiar….kesiannnn diaaa”. Tanpa banyak soal aku pun setuju untuk bawa balik anak kucing comot tu. Lalu aku masukkan anak kucing tu ke dalam shopping bag aku, bawa masuk ke dalam kereta. Kakak kata “kita tengok camana reaksi abah…”

“Laaa… yang pegi kutip anak kucing jalanan tu buat apa?... nanti ibu kucing tu cari…” en somi membebel pula. “Kakak rasa ibu kucing ni dah tak peduli dengan anak dia abah ,… tengoklah keadaan anak kucing ni… comot dan matanya pun tak boleh nak buka. Kalau kita tak tolong siapaaa lagi kannn.. abah?. Maybe... this is the reason why we passed this way…” kakak masih nak menyedapkan hati abahnya.

Aku cakap pada kawan en somi,  “En Ali minta maaf ya... kitorang ni buat benda pelik sikittt  tapi... don’t worry anak kucing ni tak akan kotorkan kereta awak”. En Ali senyum, tak komen apa-apa…

Dari Bayan Lepas tu kemudian kitorang ke Teluk Bahang… dalam perjalanan singgah makan laksa tepi laut dekat area Tanjung Bunga... Maklumlah kitorang ni kan tourist..! Agak petang baru kitorang balik rumah di Air Itam. Kebetulan pula hari tu ada BIL baru tiba dari Australia, jadi ‘full house’ le rumah banglow tumpangan kitorang tu. Alaaaamak kena check-in kat hotel le gayanya…mujur juga hotel tu dekat je. En somi pegi check-in sesorang, aku berdiri agak jauh dari kaunter daftar tu… sajaaa...  tak mau staff hotel tu dengar bunyi meow meow dari bag aku. Tuuu diaa aihh… aku berjaya menyeludup anak kucing menginap kat hotel untuk 4 hari 3 malam … hahaa.

Aku mandikan si comot, bersihkan matanya dan sikat bulunya. Tadi nampak comot sekarang dah comey!  Aku bancuh sikit susu tepong yang aku bawa balik dari nz. Dalam bilik air hotel tu aku letak kotak yang berlapik surat khabar dan mangkuk berisi air susu… dan aku selimutkan kucing tu dengan tuala… maklumlah aircond hotel kan sejuk. Bila kitorang balik dari makan malam… si comot tengah tidur. Makanan kucing yang aku beli dia tak usik… adehhh. Takpe bancuh susu lagi! 

Bersama si comot, kitorang checked out dari hotel kemudian nak check-in kat banglow pula. Tuan rumah ada dua ekor anjing. Lucky dan Keeper sangat teruja dengan isi bakul yang aku bawa.  Meowan si comot menyebabkan Lucky dan Keeper curi-curi masuk rumah. “Lucky… Keeper… OUT!". Jerit tuan rumah. 

Aku letak bakul tu sekejap dalam bilik MIL. Dia tanya “ bunyi apa tu?” Aku tunjuk kat dia isinya. “Oooo…anak kucing kampung ka?.. kucing siam la cantik, bulu panjang”. MIL macam kecewa je. “A’ah… kucing kampung je… kitorang kutip tepi pantai  4 hari lepas".

Dua hari kemudian si comot naik bas express ke KL pula. Aku dah siapkan makanannya, sebab kucing kampung… aku bekalkan nasi puteh dan ikan bilis yang aku dah tumbuk. Aku ada juga bawa air susu, air putih, tisu paper, plastik bag dan tuala. semuanya untuk keselesaan si comot.

Tiba di USJ… acara berziarah dan berkumpul anak beranak dan saudara-mara. Full house!. Alhamdulillah. Untuk keselesaan si comot, aku tempatkan dia di bilik air tingkat atas yang tidak digunakan. Plan kitorang seterusnya nak pergi ke Melaka. Aku sibuk fikirkan camana dengan anak kucing tu... SIL kata dia tak boleh jaga, Mimi anak saudara aku yang suka kucing tu duduk asrama pula. Ramai yang mencadangkan untuk di lepaskan kat pasar atau food court. Kesian pula aku. Bila Nuar dan keluarganya tiba… aku cerita la dilema pasai si comot tu…  aku pun tanya Nuar  “kalau aok sudi nak bela anak kucing jalanan Alang ni… Alang bayar kos sepanjang hidupnya… buat permulaan Alang bagi banyak ni dulu. Nanti Alang bagi lagi”. Alhamdulilah, Nuar setuju… aku seronok kerana ada yang sudi menjaga si comot aku tu... dalam masa yang sama aku rasa sedih berpisah dengan si comot.

Kini... yang tinggal bersama aku hanya sebuah kenangan.



No comments:

Post a Comment