Monday, February 29, 2016

Kisah lucu di Rotorua

Rotorua... banyak mencatat kenangan buat aku...

di Rotorua (gambar dari internet)
Apa yang menariknya kat situ...? hmm ada belaka!!..nak tahu..? maklumat lanjut di 'hujung jari' y'all, setiap orang punya cita rasa yang berbeza kannnn... jadi, pergi la tanya uncle google tu?.

Mengenang kembali pertama kali aku ke Rotorua... semuanya ketentuan Allah!  Aku diketemukan dengan kaklong... tak lama selepas aku mendarat di NZ dulu. Dia orang Malaysia yang berkerja di NZ, yang lebih dikenali dengan panggilan kaklong dari nama sebenarnya.

Kebetulan uncle dan aunty kaklong datang bercuti ke NZ. Kaklong nak bawa diorang pergi 'tour' NZ... yang seronoknya kaklong pelawa aku dan en hubby ikut serta! Yayyy Free holiday! Bertuah aku! Dalam perjalanan pergi dan balik, kitorang banyak berhenti untuk meninjau tempat menarik seperti di tepi Lake Taupo, air terjun Huka Fall, kilang membuat karpet kulit kambing, honey farm dan banyak lagi.

Semasa kitorang singgah di tepi air terjun Huka Fall tu.... aunty ternampak satu pasangan yang dah agak berusia, berdiri betul-betul di tebing sungai yang curam itu... Aunty memang banyak cakap atau orang kampung aku kata 'homis', melahirkan rasa bimbangnya...

"ishh... tak kadar ke tua.. kalau nya jatuh kang... mampouihh..." kata aunty. Tak lama lepas tu mereka berselisih dan orang itu menyapa aunty dan uncle. "Hi.. dato'... datin...datang berholiday ke?" mereka bersalam-salaman dan berlalu pergi. "Eh... agak-agak diorang dengar ke kita kata tadi?" aunty dah terkedu. "Itulah... lain kali cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar" kata kaklong. Akhirnya terlerai hilai tawa kitorang... kerana gara-gara kata-kata aunty tadi."Control cool... control cool...!" pesan kaklong suruh kitorang 'behave!'.

Bila dah dekat dengan kawasan Rotorua... "tak senonoh betul orang tua ni... apalah yang di makannya tadi?...huh.. kuatnya bau...macam bau telur tembelang!" aunty mengomel sambil menurunkan cermin tingkap... lagi kuat bau busuk dari luar. Aku tahan gelak, bimbang nanti aunty 'terasa', tapi aku nampak kaklong 'senyumnya dah sampai ke telinga!'. "Kita dah nak sampai ni... sajaa aihhh... tak mau habaq pasal bau tu... nak tengok hangpa camana.. Rotorua ni tempat dia ada belerang dan kolam dia mengelegak.... tu yang bau semacam", jelas kaklong.

Dan... hidung kitorang pun dah 'lali' dengan bau belerang tu. Petang tu kitorang ke Marae (balai serbaguna orang Maori) naik bas 'charted' bersama pelancung yang lain. Ketibaan rombongan disambut dengan persembahan 'haka'. Aku terkejut bila lelaki Maori tu jelir lidah diorang masa dalam persembahan kebudayaan mereka tu. Masuk ke dalam Marae, mendengar ceramah dalam bahasa Maori, bila sebutir perkataanpun aku tak faham....aduhhh seksanya.

Tibalah masa untuk menyaksikan cara tradisi Maori memasak guna oven dalam tanah atau 'hangi'. Aku dekat pintu.. jadi aku sampai dulu ke tempat hangi tu... aku nampak... dia orang angkat batu-batu panas... kemudian angkat guni.. kemudian ada bakul mengkuang yang paling atas... bila di buka, tu diaaa... terjerkang kerbau pendek yang warna pink tu, lepas tu diorang bawa keluar paha lamb, lepas tu ayam dan akhir sekali lapisan yang paling bawah macam-macam jenis ubi seperti kentang, keledek dan keladi, labu dan jagung pun ada juga.

"Alamakkkk... ada mende tuh!!"...kaklong separuh berbisik. Mujur kitorang sempat tengok!  Jadi malam tu kitorang bayar NZ300 hanya dapat tengok je. Organiser nya yang perihatin bila tengok kitorang tak makan... dia pun offer la.. 'vegetarian food' untuk kitorang!. "Its ok, we are not hungry..." Bohong sungguh kata tak lapar. Tapi sebab lemak mende tu da menitik atas veggies kitorang... hilang selera weihh.....

Ini kisah yang dah lama berlalu tapi masih terpahat dihati. Terima kasih kaklong!

Salam dari downunder..

No comments:

Post a Comment