Monday, March 7, 2016

10 items of 'no-no' into NZ

Aku 'terserempak' pelajar  baru sampai dari Malaysia baru-baru ni... aku bertanya khabar! biasa la tu...aku kan peramah! Kepada adik-adik baru tu kak Ella nak ucapkan Selamat Datang! Selamat belajar dengan jayanya dan kembali ke Tanah Air tercinta dengan segulung ijazah digengaman... Bagi anda yang bercadang nak datang visit NZ tu.. "Kia Ora!"

Disebabkan NZ ni negara pertanian dan penternakan (agricultural and horticultural) jadi untuk menjaga kepentingan ekonomi negara, kastam sangat tegas dalam pemeriksaan 'biosecurity' di sempadan negara. 'Quarantine procedures' bagi memastikan tiada hama dan penyakit yang masuk mengancam. Untuk itu jika anda gagal mengistiharkan (declare) barang yang mengancam 'biosecurity' nya anda boleh didenda serta merta sebanyak $400, didenda hingga $100,000 dan/atau menghadapi hukuman penjara sehingga 5 tahun.

Bila mengemas barang ke dalam bag untuk datang ke NZ, penting bagi anda mengetahui apa yang dimuatkan ke dalam bag anda. Untuk pengetahuan anda NZ ni negara yang unik dan 'lembut' (delicate) -sebuah pulau- dan bila ia diperkenalkan dengan 'foreign biohazard', penyakit atau perosak (pest) ini akan merosakkan ekonomi dan menggangu 'ecosystem' nya, kerana itulah kastam NZ memperketatkan undang-undang. Anda juga akan merasa kesannya bila anda masuk ke NZ (dan di denda!) Disebalik yang paling jelas, seperti 'illegal drugs' dan senjata-senjata, anda mungkin terkejut bila didapati anda tidak dibenarkan membawa masuk 10 benda ini!

1) Makanan.
Sesetengah makanan yang telah siap dibungkus, mungkin dibenarkan jika anda mengistiharkan (declare) nya, tapi jika anda membawa buah, daging dan keju untuk dimakan semasa dalam kapalterbang, anda patut membuangnya sebelum melalui kaunter immigrantions.... dan telur segar juga adalah no-no!.
2) Madu atau keluaran (products) yang mengandungi madu.
Madu juga tidak dibenarkan, jadi sila semak bahan kandungan 'products' kecantikan semulajadi yang anda bawa bersama itu - jika ia mengandungi madu, ianya akan dirampas.
3) Teabag, coffee (atau lain-lain) yang tidak di 'seal' kan dan bukan dalam bungkusan asalnya.
4) Tumbuhan.
Jika anda dihadiahkan bunga segar, tak perlu bawa turun, tinggalkan saja dalam kapalterbang.
5) Apa saja yang asalnya dari tumbuhan.
Barang-barang yang dibuat dari kayu dan bag atau topi anyaman mengkuang (straw), sebagai contohnya, akan dirampas. Siapa yang rugianda yang kerugian dan rasa tidak menyenangkan - dan anda akan menghadapi masalah jika anda tidak mengistiharkannya.

Tip: istiharkan segala-galanya. Tak pasti tentang sesuatu? Jika was-was, istiharkan. Adalah lebih baik untuk mengistiharkan sesuatu  yang tidak perlu dari tidak mengistiharkan sesuatu itu dan ianya ditemui... Anda akan didenda lebih lagi.

6) Binatang-binatang.
Pastikan anda tidak 'tersorok' tikus dalam bagasi anda!
7) Apa saja yang berasal dari binatang.
Ini termasuk barangan seperti 'coat' berbulu , bulu burung, tulang yang dibuat cenderahati, benda yang di buat dari kulit penyu, dan sudah pasti 'no-no' terhadap perubatan tradisi Chinese.
8) Biji benih (seeds)
Menanam biji benih asing di NZ boleh diibaratkan seperti menyemai 'benih' azab penyakit!
9) Peralatan yang di gunakan ke atas binatang-binatang
Anda tahu... seperti berus kuda yang masih ada bulu kuda pada berus tersebut.
10) Kasut kotor atau peralatan berkhemah.
Asasnya, apa saja barang yang anda telah 'temukan' dengan alam semula jadi (nature), anda perlu membersihkannya dulu bagi memastikan tiada kesan (traces) tanah, debunga (pollen), biji benih, atau apa saja seperti itu.

Salam dari downunder!


Credit to:
Abigail Simpson, author of POMS AWAY! A British Immigrant’s View of New Zealand.
http://www.mynewzealandcampervantrip.com/about-new-zealand/top-10-things-you-cant-bring-into-new-zealand/

No comments:

Post a Comment