Friday, March 18, 2016

Mother Tongue

Hujung minggu, aku berkesempatan meluang masa 'bonding' bersama puteriku, kami bersembang dan bercerita tentang kehidupan. Bergelak ketawa... dalam hati aku "untung juga dia faham BM...". Lepas tu aku cuba ceritakan semula kelucuan yang kami gelakkan tu kepada putera aku. Mula la dia.. “Hah? What..? What? I don’t get it”. Laaaa..tak faham sungguh ke? Haduiii....ini  semua salah aku juga… BM bukan lagi 'mother tongue' diorang dah...

Terasa macam ada 'gap' dalam hati aku ni, apa yang nak aku sampaikan, tak kesampaian. Hmmm... memang la aku boleh terang kan dalam BI, tapi tak sama penghayatan kata-kata tu dalam BM. Kalau bahasa yang kita gunakan tu tak difahami rasa bagaikan sia-dia je kannn. Mesej yang hendak disampaikan tidak tersingkap, atau tidak tercapai, atau tidak dapat menyelesaikan masalah keadaan tertentu. 

Jadi hari ni aku nak membebel pasal Bahasa, seperti senikata lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramli dulu.... 

"Tiada kata secantik bahasa, nak ku curahkan rasa
Tiada gambar seindah lukisan, nak ku curahkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi, nak ku curahkan isi hati...." 


Bahasa memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia kerana bahasa adalah alat komunikasi,  sama ada digunakan secara lisan, bertulis atau bahasa isyarat (sign language). Fungsi bahasa sebagai alat pengungkap perasaan dan buah fikiran. Kecerdasan pemikiran berhubung kait dengan kemampuan menguasai bahasa dalam mengolah kata-kata seperti dalam perbahasan dan menghasilkan 'creativity'. 

Mencampur adukkan penggunaan BM dan BI seolah diterima pakai oleh masyarakat kita dewasa ini. Macamana nak kata 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni... kalau bahasa kebangsaan tidak dijaga, rosak laaa bangsa. Pengaruh media social dewasa ini, terutama kepada para remaja, dalam gaya penggunaan bahasa ringkas seperti text/ sms, sering mengelirukan dan kekadang tu tak faham langsung.

Mungkin suatu hari nanti bahasa kebangsaan kita hanya tinggal sebagai hiasan sejarah saja, sebagaimana yang berlaku kepada Bahasa Shakespeare tu. Marilah kita menjadi bangsa maju yang mendaulatkan Bahasa kebangsaan kita. 

Only the curious have... a tale worth telling at all.

Salam dari downunder...

No comments:

Post a Comment