Friday, December 4, 2015

Lamb Chops


NZ popular dengan pengeluaran daging segarnya. Jadi, inilah kisahnya...

Setiap tahun aku pulang ke Tanahairku bersama buahtangan untuk keluarga dan tetangga. Dalam bag aku ada buah buah epal, buah kiwi, coklat, madu lebah dan aku juga ada membawa balik 'lamb chops' beku.

Aku telah melepasi kastam dan mengheret bag besar aku untuk keluar, tiba tiba aku ditahan oleh Pegawai Veterina. Bag aku diselongkar.

"Banyak bawa balik daging ni. Halal tak? Ada permit tak?" Pegawai Veterina tu tanya aku.
"Aik... sejak bila pula kena apply permit? Aku bukan nak bisness", jawab aku tak mahu kalah.
"Permit tu sebagai pengesahan yang daging tu halal",  katanya lagi.
"La... kalau tak halal, tak kan aku beli....!" Tingkah aku pula.
"Permit tu bukan mahal cuma RM5.00 je".
"Cik... Ni bukan masalah mahal murah harga bayaran permit tu, tapi......" Belum habis ayat aku dia dah pintas.
"Macam ni la Puan, kami kena tahan daging ni untuk pemeriksaan lanjut".
"Eh... Tak paham aku, korang nak periksa menda?" Aku masih tak puas hati.
"Tak apa Puan...Puan kena isi borang ni". Arahnya.
"Borang apa pulak?" Tapi aku isi juga borang tu dengan separuh rela hati.
"Aku nak daging ni, macamana aku serah, macam tu la aku ambil balik nanti!". Tegas aku.
 
Sebelum mereka beredar dengan 'lamb chops' aku tu, aku sempat meminta no konteks dan nama pegawai atasan jabatan tersebut.

Sembilan hari telah berlalu. Aku dah banyak kali telefon bertanyakan 'status' pemeriksaan daging tu. Masih tiada berita. Perasaan aku?... bercampur baur antara marah, geram dan kecewa.

"Berapa harga lamb chops tu?" Aku tanya En Hubby. 175! Hahhh!
Aku pun mencongak pertukaran matawang NZ175 x RM2.75 OMG... tak boleh jadi ni.
Akupun berangan....rasa macam ni....  "Helloooo... Ituuuu Bukit Aman?". Hehe

Aku ke Penang Airport. Setibanya aku dan En Hubby di Penang Airport, kami terus pergi ke Balai Polis. Pegawai Polis di situ angkat tabik hormat kat En Hubby bila kami melangkah masuk... Hehe

"Ehh...ehh... Silap orang ni... Kitorang orang awam je..." Aku maklumkan.
"Laa... Ingatkan Polis... Style rambut hang.. Sebijik!!" Tu dia aiii slang Utara mai dahhhh, bisik aku.

Sementara aku dan En Hubby duduk menunggu Inspector yang berkenaan di dalam Balai Polis tersebut, aku mendapat panggilan telefon dari Pegawai Veterina. Dia bertanyakan siapa yang buat panggilan kepadanya sebentar tadi ...Aku cakap la..."Oooo...itu panggilan dari Pegawai Polis Airport ni...Sekarang ni kami kat Balai Polis Airport" jelas aku tanpa dipinta.

Serta merta aku diminta supaya datang mengambil daging 'lamb chops' itu di Batu Maung, Penang.

Fight for my right! Yeahhh...


3 simple rules in life
*If you don't go after what you want, you'll never have it.
*If you don't ask for something the answer will always be NO.
*If you don't make steps forward, you'll always be in the same place.

No comments:

Post a Comment