Tuesday, December 29, 2015

Lucu tapi menyeramkan!

Ayahku suka bercerita tentang pengalamannya masa dia muda dulu-dulu. Kisah yang dikongsikan ada kalanya lucu dan menyeramkan. Zaman muda ayahku suasana persekitarannya tidak sama seperti apa yang kita lihat sekarang. Masa mengubah segalanya. Walaupun kini kita telah maju dan hidup dengan  berbagai teknologi cangih, sesuatu yang kita tidak nampak itu, sebenarnya kita tidak boleh nafikan kewujudannya.

Alkisah...Suatu petang tu hujan turun dan ayahku berada di rumah, jadi itulah kesempatan untuk ‘bonding’ dengan ayah aku. Aku memulakan perbualan 
"...nak tau tak? Kat Pekan sana tu kannn... ada orang tu... dia kena kencing manis teruk, sampai kena potong kat peha dia. Kakinya tu di tanam kat kawasan perkuburan sana.... Tak lama lepas tu pakcik tu meninggal dunia...... Konon ada orang bercerita pakcik tu malam-malam dia merayau-rayau sambil pikul kaki dia... Eeeeeee.... seram nya!!" Berjela-jela aku bercerita.

"Laaa... Nak takut apa...orang dah mati!" ayah aku komen.
"Ishh... nanti ‘dia’ kejarnya macam ni..." aku bangun dan melompat-lompat sebelah kaki. Sebenarnya aku tak pernahpun terserempak dengan hantu tu, kalau teserempak mau pengsan agaknya...

"Ayah awak tu masa dia muda dulu pernah pikul hantu hantar gi kubur!"  Kata emak yang tadi hanya memerhati aku 'acting'.

"Haaah??? Betul ke? Melopong aku mendengar apa yang emak beritahu tentang ayah aku tu.  
"Tak takut ke dukung hantu kubur? Dukung camana tu.." bertalu talu pertanyaanku.

Ayah aku bercerita dan aku dapat bayangkan suasananya…malam yang gelap gelita… ya la zaman sebelum merdeka, Kuala Lumpur tu pun masih kampungan lagi... inikan pula kampung aku..  Tempat jin bertandang!! Jalan raya belum wujud lagi, yang ada cuma lorong denai untuk pejalan kaki saja, melintasi paya dan belukar.

Ada seorang lelaki, telah meninggal dunia dan rumahnya di sebelah hulu yang jauh di dalam kebun buah-buahan dan jauh juga dari rumah orang kampung yang lainnya. Pengebumiannya berjalan lancar macam biasa pada tengaharinya ...tetapi pada waktu hari senja 'dia' sudah pulang ke rumahnya, duduk di ceruk (penjuru) dapur menghadap dinding. Kecohlah orang tua kampung mencari idea bagaimana mereka harus menghantar 'mayat hidup' itu semula ke kubur.

Orang tua memang berani tetapi mereka dah uzur, yang muda pula kuat dan sasa tetapi penakut. Setelah undian dibuat, nama ayah aku terpilih, jadi dia memilih dua orang pembantunya. Orang kampung menyediakan obor-obor atau di kampung aku digelar 'karok', untuk menyuluh malam yang gelap gelita. Di kampung cuma ada lorong denai yang sempit, jadi ayahku yang mendukung 'mayat hidup' itu ditengah-tengah. Yang  berjalan di hadapan dan di belakang ayahku memegang karok masing-masing. Mereka bergilir-gilir mendukung 'mayat hidup' itu ke kubur.

"Hahn...dukung??" terkejut aku. Aku bayangkan macam kita dukung budak kecil kat belakang tu.
"dukung temu belakang" jelas ayahku.
"mula dukung macam tu laaa... tapi geli, 'dia' dok jilat tengkok!!" ayahku tersengeh, mungkin tertingat peristiwa itu.
Eweeeuuu!!... aku terpegang tengkok sendiri secara tetiba. Cehhh! 
"Ngapa tak letakkan dalam kain dan kandar je?" tanya aku lagi.
"Buat gitu la mulanya, tengah jalan, pengandarnya patah" ayahku mengimbas kembali. 
"Ohhh... jadi apa kesudahannya...pada hantu kubur tu?" bimbang juga aku disergah hantu kubur.
"Ikut keadaan tuan 'dia kat dalam' tu la.. " jawab ayahku.

Ayahku menyambung ceritanya sampai saja ke kubur, diberitahukan kepada 'mayat' itu supaya duduk dan tunggu di atas kubur itu kerana tuannya ada kat 'dalam'.Menurut ayahku lagi, kalau orang membela hantu raya, hantu raya tu menumpang badan tuannya. Bila tuannya dah meninggal dunia dan telah dikebumikan mayatnya....hantu raya belaan itu tak mahu duduk dalam kubur... jadi... berlubanglah kubur tu, agak-agak size sebesar mulut gelas. 

Menurut emak pula, ayahku dipercayai jadi berani kerana sewaktu kecilnya aruah wan aku pernah menghidangkan menu daging harimau untuk ayah aku.

"Wahhh... Makan daging rimau boleh jadi berani ke?..... kalau...  makan daging kancil... tentu cerdik kannnn mak?!!" tanya aku sungguh-sungguh. Masa kecil dulu sering kali kami anak beranak makan hasil buruan ayahku seperti kancil, kijang dan ayam hutan. Hmmm…

Dah lewat ni....Ok... jumpa lagi..
Jangan lupa baca Al Fatehah dan 3 Qul sebelum tidur! Hehehaha


*'Karok' => Nyalaan api pada kain yang dicelup minyak tanah, di hujung buluh panjang


No comments:

Post a Comment