Tuesday, December 22, 2015

hal nz: Cuaca Songsang!

Awal musim panas baru ni aku ke pulau selatan NZ lagi... 
Dah banyak kali aku terbang turun ke Dunedin, sejak puteriku belajar di sana tiga tahun yang lalu. Aku dah berangan-angan nak pergi banyak tempat dan nak berselfie.

Kebun Bunga salah satu dari tempatnya. Cuaca hari tu pun terang, jadi aku fikir tak perlu memakai jeket. Kusangka panas sampai ke petang rupanya... .!! Ohmyyy… cepat sungguh cuaca berubah, tadi langit biru sekarang dah jadi kelabu!… tapi aku terus melangkah…ehh dah hujan renyai-renyai... hmm... musim panas tak lah sejuk sangat. Tiba-tiba ehhh....hujan air batu?… pedih muka aku kena timpa hujan air batu, aku berlari ke arah lampu isyarat. Tiang lampu isyaratnya ada atap dapatlah Aku berlindung sekejap. Tadi sebelum keluar aku dah tengok ramalan cuaca, camana boleh silap ni.... 

Terkilan juga aku sebab kena batalkan hasrat nak bersiar-siar di Kebun Bunga tu... Tak apa... esok masih ada!. Cuaca di NZ ni memang funny sikit...dalam sehari ada empat musim!! Mari aku terangkan sikit berkenaan NZ dan cuacanya. 

Anda pun tahu kannn NZ yang terletak di Hemisfera Selatan, dan cuacanya pun ‘songsang’ berbanding dengan Eropah dan Amerika Utara. Sepanjang tahun cuaca di NZ ni selalu berubah ubah.
Musim panas/Summer: Disember – Februari
Musim luruh/Autumn: Mac – Mei
Musim sejuk/Winter: Jun – Ogos
Musim Bunga/Spring: September – November

Kalau untuk pertama kalinya anda ingin bercuti ke NZ, lengkapkan diri anda dengan maklumat tertentu dan rancanglah perjalanan anda. Banyak tempat dan aktiviti yang menarik di sini, tertakluk pada musim, yang lelain tu tertakluk pada masa dan budget anda pula.

Kita dah biasa dengan panas cuaca tropika, musim panas NZ berbeza dari Malaysia. Di sini panas kering, kulit kena sentiasa disapu krim pelembap. NZ adalah salah sebuah negara dengan taraf UV tertinggi di dunia. Jadi kerana pancaran mataharinya yang keras, adalah penting untuk anda memakai pelindung matahari seperti memakai topi, cermin mata hitam dan menyapukan ‘sunblock’ ke kulit yang terdedah pada pancaran matahari tu, sekiranya anda bercadang menghabiskan masa yang agak lama dengan aktiviti luar. Sepanjang tahun dan tidak kira musim walaupun cuacu kelihatan mendung tetapi ianya masih boleh menjadikan kulit anda terbakar. Kulit yang terbakar mungkin penyebab terjadinya kanser kulit. Awasi sebelum terjadi!

Kalau boleh bawalah jeket kalis air yang bersesuaian untuk semua keadaan. Hujan di NZ ni macam-macam dari hujan rintik rintik kepada hujan air batu (hail) dan salji, tengok tempat anda berada dan musimnya.  Memakai pakaian berlapis-lapis adalah pilihan yang terbaik, kerana cuaca waktu pagi di NZ yang sesejuk ‘frosty’ sering bertukar ke panas pada waktu tengahari yang cerah. Walaupun NZ jauh dari kawasan Tropika tapi di kawasan utara Pulau Utara cuacanya selalu panas lembap. Cuaca NZ yang sering berubah-ubah, digambarkan sebagai ‘empat musim dalam satu hari.’

Jika anda ke bahagian selatan Pulau Selatan, iklimnya yang unik, menjadikan NZ salah sebuah negara paling indah, dihiasi dengan pelbagai hiasan mukabuminya seperti banjaran bergunung alpine, kehijauan hutan hujan tropika dan pantainya yang berwarna keemas-emasan menjadi perlengkap pemandangan bagai lukisan di canvas, cantiklah tempat di sana!

Secara peribadi, aku suka musim bunga. Pemandangan terasa lebih indah hinggakan kelihatan rumput di padang pun turut berbunga. Satu je yang tak best musim bunga ni terutama bagi anda yang alegik dengan ‘polen’ debunga, anda tentu akan merasa rimas kerana asyik terbersin dan matapun turut berair. Aku tak berapa suka musim sejuk, alasan aku... Sebab sejuk laa… sampai kebas jari-jari tau. Sejuk juga sebagai alasan untuk aku keluar dari NZ. Yeaaay…nak balik Malaysia!!. Ya la Wellington ni tak ada salji turun… kalau tak… aku tentu sibuk nak buat ‘olaf’ man tu juga macam dalam movie Frozen tu.

Tidak hairanlah bagaimana cuaca mempengaruhi ‘mood’ dan kehidupan harian orang di NZ ni. Bila mereka (dan aku juga...), jika ingin mengadakan aktiviti di luar seperti berpiknik, memancing atau apa sajalah termasuk aktiviti pertanian… mereka akan melihat ramalan cuaca dahulu. Tidak menghairankan jika kebanyakan orang mempunyai kerjaya sambilan sebagai peramal cuaca amatur, termasuk aku!! hehe... just kidding!

Kita selalu dengar orang kata 'sediakan payung sebelum hujan'… hmmm Wellington sangat windy tau.. tak sesuai guna payung… jadi, aku nak pesan… bawa jeket kalis air bila nak keluar rumah!    

Ok, byee..!!

No comments:

Post a Comment