Thursday, April 7, 2016

Tapak Kaki dan Personaliti

Hari ni aku nak cerita pasai kaki...
Suatu hari tu MIL bertanya aku tentang perangai pelik aku yang suka memakai setoking dalam rumah.
“Awak demam ke?” MIL tanya.
“Nampak macam orang demam ke?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan juga. Baik punya menantu... hahaa
“Tu... Pakai setoking...!!” kata MIL lagi.
“Ohhh...haha... Tak la. Saya tak demam... Saja pakai nak jaga kaki... pijak lantai marble ni nanti kaki jadi kasar dan pecah-pecah. Nanti kaki saya dah tak lawa” terang aku.
“ha' laaa, sini tak boleh pasang karpet.. banyak debu!!” Hayooo… dia macam tau je apa yang aku nak cakap…

Dedulu aku terbaca satu artikel, maaf detailnya dah tak berapa ingat. Satu suku kaum di Indonesia yang beranggapan perlu menghargai kaki, bila berbaring diorang letakkan kaki pada tempat yang tinggi atau kaki dilapik dengan bantal... macam biasa korang lapik bantal di kepala. Diorang percaya kaki harus diberi penghormatan kerana kaki berkerja keras sepanjang hari dan kaki bertanggungjawab memikul seluruh anggota untuk bergerak dan berkerja.

Banyak juga perbidalan yang mengunakan ‘kaki’ yang biasa aku dengar… kaki pukul. kaki bangku. kaki ayam. kaki temberang. kaki kebas. Macam-macam kaki daa…

Pasai kaki lagi... Orang kata keperibadian hanya boleh disingkap melalui garis tapak tangan, raut wajah, atau menerusi bentuk jari-jemari seseorang. Korang tau tak melalui tapak kaki juga dapat mengenal keperibadian seseorang... ni la yang ingin aku 'kuak' kan. Er...lama betul tak guna bahasa kampung aku ni...

Ada tiga jenis gambaran atau bentuk tapak kaki seseorang. Jenis tapak kaki yang 'ramping', yang ‘sederhana’, dan yang 'tebal'.  Kalau kaki korang basah kemudian korang pijak atas papan kering… ada dapati kesan tapak kaki korang kannn. ‘Cher’ (cuba) tengok tapak kaki jenis yang mana?

1- tapak kaki jenis 'ramping'
Jika jejak kaki korang tu agak ramping atau macam 'high arch' ini bermakna korang jenis berperangai kegila-gilaan tapi dalam pengertian yang baik la. Korang jenis orang yang suka mengambil risiko dan 'happy go lucky', tetapi korang seorang yang unik jika dibandingkan dengan kebanyakan orang.
Keperibadian korang agak menonjol dan terlihat berbeza, dan selalu menjadi tumpuan orang sekeliling korang tu, sama ada korang menginginkan nya atau pun tidak, korang tetap mendapat perhatian. Korang jenis orang yang yakin, mempunyai kepercayaan tinggi terhadap kemampuan diri sendiri dan sentiasa ceria menjadikan ramai orang ingin mengelilingi korang tu.

2 - tapak kaki yang 'sederhana'
Jenis tapak kaki yang ini paling ramai orang memilikinya. Dikatakan yang paling umum, ini bererti baik sekali kann. Korang mudah bergaul dengan orang ramai, sama ada korang seorang pemimpin atau pengikut. Korang juga seorang pendengar yang baik dan tahu bagaimana bertindak dan mengambil tindakan inisiatif. Korang selalu berpandangan positif, jika ada pendapat-pendapat negetif tidak akan menghalang korang untuk bergerak maju.
Korang jenis orang yang boleh 'diharap' dan menjadi tempat rujukan bagi orang ramai yang datang meminta pertolongan dan nasihat dari korang. Korang juga menjadi 'contoh' kepada yang lain. Tidak menghairankan jika ada orang menaruh harapan dan kepercayaan pada korang.

3 - tapak kaki yang 'tebal'
Jika tapak kaki korang cenderung tidak berbentuk atau ‘tebal’, ini mengambarkan personaliti korang seorang yang kuat dan stabil. Bila berhadapan dengan macam-macam situasi, korang hadapi dengan tenang, apatah lagi la kalau situasi tu menyenangkan hati korang… korang dapat mengendalikannya dengan baik lagi.
Korang juga  bercita-cita besar, dan keperibadian korang itu membantu korang meraih apa yang korang inginkan.

Hmm.. dah panjang aku sembang pasai kaki ni... jadi elok juga aku angkat kaki duluuu... byee

No comments:

Post a Comment