Tuesday, May 17, 2016

Ramadhan yang dinantikan

Ahlah wa Sahlan Ramadhan al Mubarak

Hari demi hari berlalu dan bulan silih berganti, Ramadhan al Mubarak menjelma tak lama lagi. Seronok tau berpuasa bila musim sejuk... waktu siangnya yang pendek dan tak panas, jadi tak la terasa dahaga sangat... Ini rezeki aku dapat berpuasa di negara sejuk... cabaran yang aku lalui mungkin tak sama dengan korang kat Malaysia... tapi harap korang banyak bersabar ya.. dengan panas yang berbahang dan godaan barzar Ramadhan tu.

Ada orang gembira dengan kehadiran Ramadhan kerana Aidilfitri yang diraikan selepas tu. Ada juga orang yang sedar dan insaf ingin meraih ganjaran pahala yang tidak ternilai bersamanya. Memang terlalu banyak ganjaran pahala yang dijanji Allah pada bulan yang diberkati ini, antara yang terbesar ialah malam Lailatul Qadar. Ya... betul..! Ibadah pada malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.

Kita sebenarnya tidak mengetahui tarikh setepatnya bila Lailatul Qadar terjadi. Mengapa Allah sembunyikan malam Lailatul Qadar? Hm... sebenarnya Allah sembunyikan Lailatul Qadar kerana ingin menguji hambaNya, sejauh mana tahap amal ibadah kita sepanjang Ramadhan.

Namun Rasulullah SAW telah memberi garis panduan kepada umatnya supaya mencari malam tersebut dalam 10 malam terakhir Ramadhan. Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah bersabda “Carilah dengan segala upaya kamu malam al-qadar pada malam-malam ganjil dari 10 malam akhir bulan ramadhan”. Ingat tu... malam ganjil tau... 

Disebut juga sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut akan turun Mailakat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. 

Dalam sebuah hadith lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam Lailatul Qadar TELAH berlaku, terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh, dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas (tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya). Ohhh... kalau dah BERLAKU... kena tunggu tahun depan pula laa... itupun kalau panjang umur... iya tak? 

Ostaz aku cakap.. malam berlakunya Lailatul Qadar tu... mata kita rasa mengantuk giler (perkataan 'giler' tu aku yang tambah heheh) ...juga dikhabarkan pokok-pokokpun sujud... katanya cuma yang terhijab je boleh nampak. Woww... bestnya kalau dapat 'berjumpa' Lailatul Qadar ni kannn!

Muga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat kita semua dan nikmat beribadah sempena bulan yang barakah ini. Semuga kita berpeluang untuk menambah bekalan akhirat kita, dan usaha kita yang sedikit ini akan dikira dan diberi nilian disisi Allah SWT. Amin!.


Salam dari downunder dan selamat beribadah…

No comments:

Post a Comment