Sunday, January 28, 2018

pelajar ramalan


Ini kisah benar... kisah lama yang tetiba melintas dibenak ku.

Sebelum peperiksaan SPM, rupa-rupanya cikgu, ustaz dan ustazah di sekolah aku telah pun jadi nujum Pak Belalang meramal pelajar mana yang bakal cemerlang dan yang mana mungkin kecundang.

Walaupun dah lama berlalu... tapi ianya ada meninggalkan kesan dihati aku. Kerana ini kisah aku, dan kerana nama aku pernah jadi topik perbualan di bilik guru.  Mengapa ye? Apa salah aku?

Macamana aku tau semua ni?...  kebetulan kawan baik aku pengawas perpustakaan, dan bilik perpustakaan pula bersebelahan dengan bilik guru. Sempat kawan aku tu 'pasang telinga'.  "Pasai apa ya?" tanyaku dengan perasan tidak keruan.  "Tu laaa... kebanyakan guru meramalkan yang awak tu mungkin sangkut SPM, tapi warden asrama (dia juga seorang guru) cakap dia selalu nampak awak study sampai lewat malam.... kat dewan makan guna lilin dok sesorang".  Aku komen "Oh.. ye ke? Glemer la saya kan".

Sejak dari hari itu aku makin bersemangat untuk mengulang kaji matapelajaran SPM dan menghafal ayat-ayat Quraan dan Hadith untuk peperiksaan SMU. Aku mahu buktikan aku boleh!.

Dalam apa jua, samada pembelajaran atau tentang kehidupan kejayaan itu bermula bilamana kita berhenti membuat alasan-alasan dan memulakannya. Apa perbezaan antara pembelajaran dan kehidupan ? Dalam pembelajaran, kita diajar dan kemudian diberikan ujian. Sementara dalam kehidupan kita diuji dan kemudian mendapat pengajaran.

No comments:

Post a Comment