Thursday, January 25, 2018

Ku sangka gula... rupanya garam.

Aku nak berkisah.... tentang apa yang pernah aku lalui, walaupun ianya telah agak lama terjadi namun... masih segar dalam ingatanku.

Aku ada seorang sahabat yang aku panggil kak Nur. Dia ni orang kaya-raya, gulongan orang jutawan juga tau... yea.... jutawan! Alhamdulillah tu rezeki dia... Kak Nur ni baik orangnya, suka bercerita bila ada kisah sedih tu... tapi cara dia becerita terasa macam cerita lucu pulak.

Kak Nur ada rumah percutian di Wellington ni. Jika dia datang bercuti ke NZ aku dan en somi akan selalu menemani dia di rumah atau pergi bershopping. Seronok wooi tengok orang kaya bershopping... walaupun dia selalu nak belanja aku, namun aku tolak dengan baik. Aku bukan menolak rezeki tapi aku bersahabat bukan kerana keberadaannya.... tapi ikhlas kerana sebuah persahabatan.

Aku mula kenal kak Nur ni selepas solat sunat hari raya. Itupun kerana sifat semula jadinya yang peramah. Tahun bila? maaf, aku dah lupa. mula dari situ aku dan en somi selalu berdampingan dengan kak Nur dan selalu juga tinggal bersama di banglow milik kak Nur tu. Dah macam rumah kedua aku pulak.

Suatu hari ada minah salleh datang berkunjung, agent jual beli rumah, Trish namanya. "Trish would  you like tea or coffee?" aku mempelawa minuman panas. "white coffee with two sugar, please..." Aku pun didihkan air, membencuh kopi seperti yang diminta, sementara tuan rumah minum tea dengan susu pekat.

Baru setegok.... puihhh...puihhh! Trish menyemburkan kopi dari mulutnya ke luar tingkap. "Are you ok?", tanya tuan rumah. Pecah berderai gelak tawa diorang sebab kopi dia tu aku terbubuh garam. haduiii... terasa tebal kejap muka aku.

Aku mohon maaf atas kesilapan yang tidak aku sengajakan. Kemudian aku bancuhkan white coffee baru untuk Trish dengan gula sebenarnya.... jadi aku nak pesan kat korang... don't trust what you see
because salt look like sugar!


No comments:

Post a Comment