Aktiviti harian MIL aku ni.... dia rajin bersenam tangan dengan menarik tarik tali yang digantung khas untuk tujuan itu. Sebelum subuh lagi aku dah terdengar semacam bunyi spring buai enjut baby... aku dengan suspennya pun pelahan-lahan turun menyiasat. "Good morning. Ooo... maa exercise ye ? bagus... bagus!". Terjawab sudah mistri bunyian tu, aku pun naik semula ke tingkat atas untuk menyiapkan diri bersolat.
Selepas bersarapan MIL akan duduk menonton tv di ruang tamu. Aku pun kekadang ikut serta juga menonton cerita klasik cina tu, tapi selalunya tv la yang tengok dia.... asyik terlelap aje. Bila terjaga je dia bagitau maid yang dia lapar... belum makan lagi. Aku pun pergi la cakap pada dia... "tadi kita kan sarapan sama-sama, ni baru kol 9.30 pagi, dah lapar ke?", sambil aku merapatkan muka aku ke muka dia. "Lu... sapa ah?", dia tanya. Hahaa... sudah lupa dah? Eshhh... sedih kejap. Kemudian Fina, pembantu rumah tu bagitau aku... "kakak... popo memang macam tu... sekejap ingat... sekejap tak ingat". Aku cakap "ahhh... macam Dory dalam movie Nemo tu ye?".
Hari berikutnya, aku dan Fina sedang sibuk menyediakan sarapan dan masak lauk untuk makan tengahari. MIL pula sedang bersarapan di meja dapur. Aku buka peti ais keluarkan karipap frozen. MIL aku membebel-bebel, oleh sebab dia berbahasa cina dan tahap kefahamanku memang zero, jadi aku abai kan saja bebelan dia. Fina tolong terjemahkan kat aku... dia tanya "buka peti ais buat apa ? mau ambil apa? mau curi ka?". Sebab aku abaikan pertanyaannya lalu dia pun.... "HEY.... Mangin?" (HEY...Lu Siapa?). Err... hanginnn juga aku rasa... lalu aku tunjukkan pada dia karipap yang hendak aku goreng pagi tu betul-betul dekat dengan dia. "Tak ingat saya siapa ya?" aku tanya dia. Fina tolong jawabkan pertanyaan dia. Malas aku melayannya, aku kannn tengah sibuk nak memasak ni...hahaa.

Tetiba terkenangkan aruah emak aku, dulu emak.... Alhamdulillah.! ingatan dia jelas dan kuat, tak nyanyok atau tak pelupa... Mak makan nya sedikit je. Eh..teringat pulak kisah ni... kakteh dan aku berborak dalam gelap, gitu lah kalau kitorang bertemu... tik tok tik tok dalam gelap sampai ke subuh pun masih ada je cerita yang disembangkan. Tengah rancak kitorang bersembang... boleh terlupa nama seseorang. Kakteh tanya "Itu haaa... siapa ye nama orang sebelah rumah mbong Melah tu?". Aku jawab "ntah tak ingat" ... dalam gelap tu juga tiba-tiba mak bersuara... "Braahim!". "Laaahhhh... mak tak tidor lagi juge yea? " tanya kakteh. "Deme terh boroknya kuat nget" komen mak. "Moh tidor la kita... kejap lagi dah nak siang". Kaknjang dah lama hanyut di alam mimpi... tidor lena walaupon kitorang borak kat tepi bantal dia.
Hm tu la kisah MIL & emak aku.(Alfatihah buat emak). Muga aku dikurniakan umur panjang, sihat tubuh badan, sihat fikiran dan sentiasa dalam Rahmat dan Perlindungan Allah jua dunia dan akhirat. Amin.
No comments:
Post a Comment