Salam dari downunder...
Hmm... hari tu aku pernah janji nak kongsikan jawapan aku kepada soalan cepu emas anak didik aku yang diorang kemukakan tempohari tentang... 'why do wars happen' ? Sebab diorang tanya... jadi aku kena la jawab takat yang aku mampu...
The important thing is not to stop questioning. Curiosity has its own reason for existing.
― Albert Einstein
Aku pun cakap la... punca peperangan disebabkan oleh percanggahan ideologi / fahaman ugama, perebutan bahan mentah, dan meluaskan kuasa dan tanah jajahan...
Aku cakap lagi... Peperangan Dunia Pertama (WW1) pada pendapat aku la UK, France dan Ottoman Empire (Turkey) bergabung untuk berperang dengan Russia disebabkan mahu menguasai 'resources' di kawasan Laut Hitam (Black Sea). Peperangan yang agak terkini berlaku dalam tahun 1991 dikenali dengan Peperangan Teluk Persi (Persian Gulf War) ianya terjadi disebabkan perebutan bahan mentah. Sebahagian besar dari Iraq mahu mengambil alih dan mengawal minyak simpanan Kuwait.
Aku membebel segala macam tu... agak-agak diorang tu faham ke? diorang tu baru je berumur 7-8 tahun... hahaa kesian melopong diorang!
Oh ya.. dalam kelas aku ada 2 orang pelarian dari Syria. Err.. aku pula yang excited nak terangkan pada anak didik aku tu. Tapi aku cuba la terangkan menurut peringkat umur diorang tu. Jadi... aku cakap... Sebenarnya semua orang mahu hidup dalam keamanan!. Tapi mengapa peperangan itu terjadi? Hmm... kebanyakan peperangan itu terjadi disebabkan oleh kerajaan yang memerintah, yang membuat keputusan bagi pihak penduduk dan negara tersebut... kerana rasa takut. Berlakunya peperangan itu kerana manusia tu tak mau bawa berbincang sesama sendiri.
'Let imagine like this'... kalau kamu di 'playground' sendirian disebabkan kawan baik kamu dia tak datang sekolah, dan ada 'gang' yang mula mengejek-ejek kamu. Bagaimana kamu rasa? Apa agaknya tindakan kamu? Tentu rasa marah kann.... rasa geram ... rasa nak balas semula ejekkan gang lawan kamu tu. Kemudian kamu balas semula ejekkan tersebut... dari situ bermulalah satu perkelahian.... macam tu juga lah dengan negara-negara... bagaimana terjadinya peperangan itu... bila peperangan pun belaku banyak yang mengorbankan nyawa dan harta benda, ada yang terpaksa meninggalkan negara meraka kerana ianya tidak selamat lagi untuk didiami...
Secebis kisah berakhir sudah... ketemu lagi jika diizin Allah!.
No comments:
Post a Comment