Hujung minggu, aku berkesempatan
meluang masa 'bonding' bersama puteriku, kami bersembang dan bercerita tentang
kehidupan. Bergelak ketawa... dalam hati aku "untung juga dia faham
BM...". Lepas tu aku cuba ceritakan semula kelucuan yang kami gelakkan tu
kepada putera aku. Mula la dia.. “Hah? What..? What? I don’t get it”.
Laaaa..tak faham sungguh ke? Haduiii....ini semua salah aku juga… BM
bukan lagi 'mother tongue' diorang dah...
Terasa
macam ada 'gap' dalam hati aku ni, apa yang nak aku sampaikan, tak kesampaian.
Hmmm... memang la aku boleh terang kan dalam BI, tapi tak sama penghayatan
kata-kata tu dalam BM. Kalau bahasa yang kita gunakan tu tak difahami rasa
bagaikan sia-dia je kannn. Mesej yang hendak disampaikan tidak tersingkap, atau
tidak tercapai, atau tidak dapat menyelesaikan masalah keadaan tertentu.
Jadi hari
ni aku nak membebel pasal Bahasa, seperti senikata lagu Allahyarham Tan Sri P.
Ramli dulu....
"Tiada
kata secantik bahasa, nak ku curahkan rasa
Tiada
gambar seindah lukisan, nak ku curahkan perasaan.
Tiada
bahasa secantik puisi, nak ku curahkan isi hati...."
Bahasa
memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia kerana bahasa adalah alat
komunikasi, sama ada digunakan secara lisan, bertulis atau bahasa isyarat
(sign language). Fungsi bahasa sebagai alat pengungkap perasaan dan buah
fikiran. Kecerdasan pemikiran berhubung kait dengan kemampuan menguasai bahasa
dalam mengolah kata-kata seperti dalam perbahasan dan menghasilkan
'creativity'.
Mencampur adukkan penggunaan BM dan BI seolah
diterima pakai oleh masyarakat kita dewasa ini. Macamana nak kata 'Bahasa Jiwa
Bangsa' ni... kalau bahasa kebangsaan tidak dijaga, rosak laaa bangsa. Pengaruh
media social dewasa ini, terutama kepada para remaja, dalam gaya penggunaan
bahasa ringkas seperti text/ sms, sering mengelirukan dan kekadang tu tak faham
langsung.
Mungkin
suatu hari nanti bahasa kebangsaan kita hanya tinggal sebagai hiasan sejarah
saja, sebagaimana yang berlaku kepada Bahasa Shakespeare tu. Marilah kita
menjadi bangsa maju yang mendaulatkan Bahasa kebangsaan kita.
Only the curious have... a tale worth telling at all.
Salam dari downunder...
No comments:
Post a Comment