Pernah dengar tak cerita tentang orang mati yang hidup balik? Betul la tu... Orang mati (dikebumikan) yang hidup kembali (ke rumah masing-masing).... Maaf bukan nak berlawak pasal kematian. Mengingatkan tentang kematian tu.... harusssss! Supaya kita sedar mati itu PASTI. Muga kita ingat untuk berbuat ibadah sebagai bekal ke 'sana' nanti.
Cerita pasal kematian lewat-lewat malam ni memang menyeramkan... tapi aku nak bercerita juga... pengalaman seorang kenal an berhadapan dengan kematian.... Macam mana nak mula ya... Tengah fikir intro nya... Hmmm.... langgar je laaaa...
Alkisah seorang sahabat bercerita (aku sebut 'dia' je la ya...), dia pernah 'mati' selama 3 hari. Doktor datang ke rumah untuk pemeriksaan 'body' dah keluarkan sijil kematian. Maaf aku lupa apa sebab kematian dia... kalau tak silap sebab demam! Oooo.. sebab dia ni bukan orang Muslim, jadi keluarganya membuat upacara 'semayang' selama 3 hari sebelum permakaman berlangsung.
Hari ketiga dia 'kembali' dan mendapati dirinya berada di dalam bilik kecil yang gelap. Dia cuba bangun, tetapi tidak boleh....sempit sungguh bilik tu!! Lalu dia mengetuk-ngetuk sekuat hatinya. Y'all tau dia berada kat mana kannn? Ya.... Dia sudah berada dalam keranda. Ketukkan nya itu di dengar oleh ahli keluarga dan orang-orang yang datang menziarahinya buat kali terakhir.... Apa lagi... maka bertempiaran lah masing-masing lari ketakutan.
Kasihnya ibu!...Hanya ibunya sahaja yang datang menghampiri ke keranda tersebut dan membuka kuncinya. Bila dia dah keluar dari keranda... orang yang ada tu pandang dia 'semacam', dia pun cakap "apa pandang-pandang, ingat aku hantu ke?" Ibunya tahu dia kelaparan, lalu di beri air untuk dia minum. Dia minum dengan banyaknya... maklumlah dah 3 hari 'berpuasa' tak makan, tak minum.... selama 'time dia mati' tu kannn... Kemudian orang yang datang untuk urusan pengebumian pun semua pulang, bila mereka yakin dia bukan Mr. Vampire!
Keesokan harinya, ibunya mendapati dia sedang bertengkar tapi tiada orang di situ. Bertengkar sendirian?! Lalu Ibu dia datang menghampiri dan bertanya... "awak marah-marah kat siapa tu?". Bila dia tunjuk ada orang kat situ, "nampak tak?" dia tanya ibu dia balik. "Mana ada orang", jelas ibunya. Kemudian baru dia tahu... yang dia ada 'sixth sense'.
Aku masa kecil-kecil dulu pernah dengar cerita pasal orang mati hidup kembali ni... Dari cerita emak, semasa mayat sedang dimandikan, tiba-tiba dia terbersin! Tapi selepas itu Allah angkat nikmat 'berkata-kata!'. Hidup dan mati tu ketentuan Allah. Dia kata umurnya masih panjang.... kalau dia 'terjaga' lambat sikit je lagi... orang dah kebumikan dia... tentu dia da mati betul dah... sebab tak dapat keluar dari keranda!
Selepas kejadian itu... sesuatu yang istimewa terjadi pada dirinya, dia boleh melihat 'spirits' a.k.a hantu.Teringat pula aku pada satu siri TV 'Ghost Whispers'. Watak dalam cerita tu dia kena bantu hantu yang ada 'masalah', kenalan aku ni kata dia seboleh-bolehnya akan mengelakkan diri dari dari diketahui hantu yang dia boleh nampak hantu.
Dulu aku 'wonder' juga tentu best dapat tengok benda ghaib ni kannn.... Selepas dengar cerita dia... aku dapat bayangkan muka hodoh dan menyeramkan.... aku ni jenis lemah semangat sikit. Tak payah cari penyakit kannnn.
Selepas kejadian itu, dia 'mencari kebenaran '. Allah kurniakan 'nur' di hatinya. Hidayah itu milik Allah. Alhamdulillah!
Salam dari downunder!
No comments:
Post a Comment