Wednesday, March 30, 2016

Y do wars happen?

Salam dari downunder...
Hmm... hari tu aku pernah janji nak kongsikan jawapan aku kepada soalan cepu emas anak didik aku yang diorang  kemukakan tempohari tentang... 'why do wars happen' ? Sebab diorang tanya... jadi aku kena la jawab takat yang aku mampu... 

The important thing is not to stop questioning. Curiosity has its own reason for existing.
― Albert Einstein

Aku pun cakap la... punca peperangan disebabkan oleh percanggahan ideologi / fahaman ugama, perebutan bahan mentah, dan meluaskan kuasa dan tanah jajahan... 

Aku cakap lagi... Peperangan Dunia Pertama (WW1) pada pendapat aku la UK, France dan Ottoman Empire (Turkey) bergabung untuk berperang dengan Russia disebabkan mahu menguasai 'resources' di kawasan Laut Hitam (Black Sea).  Peperangan yang agak terkini berlaku dalam tahun 1991 dikenali dengan Peperangan Teluk Persi (Persian Gulf War) ianya terjadi disebabkan perebutan bahan mentah. Sebahagian besar dari Iraq mahu mengambil alih dan mengawal minyak simpanan Kuwait. 

Aku membebel segala macam tu... agak-agak diorang tu faham ke? diorang tu baru je berumur 7-8 tahun... hahaa kesian melopong diorang! 

Oh ya.. dalam kelas aku ada 2 orang pelarian dari Syria. Err.. aku pula yang excited nak terangkan pada anak didik aku tu. Tapi aku cuba la terangkan menurut peringkat umur diorang tu. Jadi... aku cakap... Sebenarnya semua orang mahu hidup dalam keamanan!. Tapi mengapa peperangan itu terjadi? Hmm... kebanyakan peperangan itu terjadi disebabkan oleh kerajaan yang memerintah, yang membuat keputusan bagi pihak penduduk dan negara tersebut... kerana rasa takut. Berlakunya peperangan itu kerana manusia tu tak mau bawa berbincang sesama sendiri. 

'Let imagine like this'... kalau kamu di 'playground' sendirian disebabkan kawan baik kamu dia tak datang sekolah, dan ada 'gang' yang mula mengejek-ejek kamu. Bagaimana kamu rasa? Apa agaknya tindakan kamu? Tentu rasa marah kann.... rasa geram ... rasa nak balas semula ejekkan gang lawan kamu tu. Kemudian kamu balas semula ejekkan tersebut... dari situ bermulalah satu perkelahian.... macam tu juga lah dengan negara-negara... bagaimana terjadinya peperangan itu... bila peperangan pun belaku banyak yang mengorbankan nyawa dan harta benda, ada yang terpaksa meninggalkan negara meraka kerana ianya tidak selamat lagi untuk didiami...

Secebis kisah berakhir sudah... ketemu lagi jika diizin Allah!. 

Sunday, March 20, 2016

Why so many Why?

Tahun ni aku bersukarela berkongsi ilmu mengajar bebudak berkaitan hal-hal Islamiyat di Masjid tempatan di sini. Ramai juga anak didik aku tu.. tau je la bila ramai tu banyak la kerenah nak dilayan.

Ahad lepas, sebelum aku mula mengajar aku bagi peluang dan ruang untuk anak didik aku bertanya apa saja yang terlintas di kepala diorang.

Some of  my Princesses for 2016 
Pada mulanya tu diorang malu-malu, tapi bila aku kata 'no question is silly question '. Lepas tu.... banyak pula soalan 'Y'. Aku catat soalan diorang tu... salah satu soalannya 'why do wars happen?' hmmm... menarik kan apa yang diorang fikirkan. Aku tanya diorang balik 'Why so many why?'.

Terkenang masa aku kecil dulu, akupun pernah juga 'wonder'.... betul ke 'pink panter' tu betul-betul warna pink? masa dedulu rumah aku cuma ada tv hitam puteh je. Aku pendamkan sendiri je wonder aku tu... tapi aku ingat sampai hari ni... hahaa

'Sometimes the questions are complicated but the answers are simple' -Dr. Seuss

Nanti aku kongsikan dengan y'all jawapan aku tu yee....

Salam dari downunder...

Friday, March 18, 2016

Mother Tongue

Hujung minggu, aku berkesempatan meluang masa 'bonding' bersama puteriku, kami bersembang dan bercerita tentang kehidupan. Bergelak ketawa... dalam hati aku "untung juga dia faham BM...". Lepas tu aku cuba ceritakan semula kelucuan yang kami gelakkan tu kepada putera aku. Mula la dia.. “Hah? What..? What? I don’t get it”. Laaaa..tak faham sungguh ke? Haduiii....ini  semua salah aku juga… BM bukan lagi 'mother tongue' diorang dah...

Terasa macam ada 'gap' dalam hati aku ni, apa yang nak aku sampaikan, tak kesampaian. Hmmm... memang la aku boleh terang kan dalam BI, tapi tak sama penghayatan kata-kata tu dalam BM. Kalau bahasa yang kita gunakan tu tak difahami rasa bagaikan sia-dia je kannn. Mesej yang hendak disampaikan tidak tersingkap, atau tidak tercapai, atau tidak dapat menyelesaikan masalah keadaan tertentu. 

Jadi hari ni aku nak membebel pasal Bahasa, seperti senikata lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramli dulu.... 

"Tiada kata secantik bahasa, nak ku curahkan rasa
Tiada gambar seindah lukisan, nak ku curahkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi, nak ku curahkan isi hati...." 


Bahasa memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia kerana bahasa adalah alat komunikasi,  sama ada digunakan secara lisan, bertulis atau bahasa isyarat (sign language). Fungsi bahasa sebagai alat pengungkap perasaan dan buah fikiran. Kecerdasan pemikiran berhubung kait dengan kemampuan menguasai bahasa dalam mengolah kata-kata seperti dalam perbahasan dan menghasilkan 'creativity'. 

Mencampur adukkan penggunaan BM dan BI seolah diterima pakai oleh masyarakat kita dewasa ini. Macamana nak kata 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni... kalau bahasa kebangsaan tidak dijaga, rosak laaa bangsa. Pengaruh media social dewasa ini, terutama kepada para remaja, dalam gaya penggunaan bahasa ringkas seperti text/ sms, sering mengelirukan dan kekadang tu tak faham langsung.

Mungkin suatu hari nanti bahasa kebangsaan kita hanya tinggal sebagai hiasan sejarah saja, sebagaimana yang berlaku kepada Bahasa Shakespeare tu. Marilah kita menjadi bangsa maju yang mendaulatkan Bahasa kebangsaan kita. 

Only the curious have... a tale worth telling at all.

Salam dari downunder...

Wednesday, March 9, 2016

The Sixth Sense!

Pernah dengar tak cerita tentang orang mati yang hidup balik? Betul la tu... Orang mati (dikebumikan) yang hidup kembali (ke rumah masing-masing).... Maaf bukan nak berlawak pasal kematian.  Mengingatkan tentang kematian tu.... harusssss! Supaya kita sedar mati itu PASTI. Muga kita ingat untuk berbuat ibadah sebagai bekal ke 'sana' nanti.

Cerita pasal kematian lewat-lewat malam ni memang menyeramkan... tapi aku nak bercerita juga... pengalaman seorang kenal an berhadapan dengan kematian.... Macam mana nak mula ya... Tengah fikir intro nya... Hmmm.... langgar je laaaa...

Alkisah seorang sahabat bercerita (aku sebut 'dia' je la ya...), dia pernah 'mati' selama 3 hari. Doktor datang ke rumah untuk pemeriksaan 'body' dah keluarkan sijil kematian. Maaf aku lupa apa sebab kematian dia... kalau tak silap sebab demam! Oooo.. sebab dia ni bukan orang Muslim, jadi keluarganya membuat upacara 'semayang' selama 3 hari sebelum permakaman berlangsung.

Hari ketiga dia 'kembali' dan mendapati dirinya berada di dalam bilik kecil yang gelap. Dia cuba bangun, tetapi tidak boleh....sempit sungguh bilik tu!! Lalu dia mengetuk-ngetuk sekuat hatinya. Y'all tau dia berada kat mana kannn? Ya.... Dia sudah berada dalam keranda. Ketukkan nya itu di dengar oleh ahli keluarga dan orang-orang yang datang menziarahinya buat kali terakhir.... Apa lagi... maka bertempiaran lah masing-masing lari ketakutan.

Kasihnya ibu!...Hanya ibunya sahaja yang datang menghampiri  ke keranda tersebut dan membuka kuncinya. Bila dia dah keluar dari keranda... orang yang ada tu pandang dia 'semacam', dia pun cakap "apa pandang-pandang, ingat aku hantu ke?" Ibunya tahu dia kelaparan, lalu di beri air untuk dia minum. Dia minum dengan banyaknya... maklumlah dah 3 hari 'berpuasa' tak makan, tak minum.... selama 'time dia mati' tu kannn... Kemudian orang yang datang untuk urusan pengebumian pun semua pulang, bila mereka yakin dia bukan Mr. Vampire!

Keesokan harinya, ibunya mendapati dia sedang bertengkar tapi tiada orang di situ. Bertengkar sendirian?! Lalu Ibu dia datang menghampiri dan bertanya... "awak marah-marah kat siapa tu?".  Bila dia tunjuk ada orang kat situ, "nampak tak?" dia tanya ibu dia balik. "Mana ada orang",  jelas ibunya. Kemudian baru dia tahu... yang dia ada 'sixth sense'.

Aku  masa kecil-kecil dulu pernah dengar cerita pasal orang mati hidup kembali ni... Dari cerita emak, semasa mayat sedang dimandikan, tiba-tiba dia terbersin! Tapi selepas itu Allah angkat nikmat 'berkata-kata!'.  Hidup dan mati tu ketentuan Allah. Dia kata umurnya masih panjang.... kalau dia 'terjaga' lambat sikit je lagi... orang dah kebumikan dia... tentu dia da mati betul dah... sebab tak dapat keluar dari keranda!

Selepas kejadian itu... sesuatu yang istimewa terjadi pada dirinya, dia boleh melihat 'spirits' a.k.a hantu.Teringat pula aku pada satu siri TV 'Ghost Whispers'. Watak dalam cerita tu dia kena bantu hantu yang ada 'masalah', kenalan aku ni kata dia seboleh-bolehnya akan mengelakkan diri dari dari diketahui hantu yang dia boleh nampak hantu.

Dulu aku  'wonder' juga tentu best dapat tengok benda ghaib ni kannn.... Selepas dengar cerita dia... aku dapat bayangkan muka hodoh dan menyeramkan.... aku ni jenis lemah semangat sikit. Tak payah cari penyakit kannnn.

Selepas kejadian itu, dia 'mencari kebenaran '. Allah kurniakan 'nur' di hatinya.  Hidayah itu milik Allah. Alhamdulillah!
Salam dari downunder!

Tuesday, March 8, 2016

TEPUNG PELITA

Tetiba aku rasa nak makan TEPUNG PELITA. Kat NZ ni kalau teringin tu payah betul nak dapat... terutama kueh-mueh tradisi Melayu ni.  Apakan daya kena usaha buat sendiri! Untung y'all kat Malaysia, kat sana ada pasar malam, pekan sehari la... semua benda boleh main 'tunjuk-tunjuk' je... power sungguh 'magic wand' y'all ya!! 

Jadi aku pun berlayar di internet, mencari tepong pelita. Banggg!! aku terlangar satu respi.. Alamakkk..  pengkukus pula takde... camana ya. Air liur cair tengok gambar dah hampir-hampir meleleh.. jadi terlintas la di fikiran aku nak guna microwave je... Sebelum ni aku pernah masak pulut kuning guna microwave juga. Ok je!

Rasa was-was tu memang la...bimbang tak jadi, aku cuma buat separuh adunan je. 'Time' nya aku main agak-agak je... Aku keluarkan barang yang diperlukan dari 'pentry' .  Hmm... kemana pula perginya tepung jagung aku ni... 

Jadi aku gantikan tepung jagung dengan tepung custard. Adunan Bawahnya aku letak secubit garam. Adunan Atasnya aku tambah 1 sudu makan gula.  Aku dapat 12 biji tepong pelita. Kat Wellington ni payah nak cari daun pisang untuk buat acuannya, jadi aku guna plastik kecil tu... 

Kacau sebati Bahan Bawah (tepong pandan). Microwave 5 minit, bila aku ambil keluar, nampak cair lagi, aku kacau-kacau kemudian microwave untuk 5 minit lagi. Aku ambil keluar mangkuk tu dari microwave. Awas mangkuk panas weiiih! Sudukan tepung pandan tu ke dalam acuan. Microwave kan 1 minit lagi. Biar sejuk.

Untuk bancuhan Bahan Atas, aku microwave kan 5 minit  dua kali, sama seperti bahagian bawah tadi. Kemudian sudukan 'kepala' nya ke dalam acuan telah berisi tepong pandan tadi. Sejukkan. Yang penting menjadi! Yayyy!!!

Respi asalnya aku kongsikan kat sini, semuga Allah memberkati rezeki akak yang kongsikan resepi tu...
Bahan Bawah:
1 cawan tepung beras
1 camca tepung jagung 

cawan air daun pandan  
camca air kapur
cawan gula 
Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan dan kacau atas api hingga naik wap. Tuang adunan ke dalam bekas yang kecil-kecil. 

Kukus selama 20 minit. Ketepikan dulu.
Bahan Atas: 
4 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
5 cawan santan pekat

Garam
Cara membuatnya:
Campur semua bahan dan kacau atas api hingga pekat.. tuang adunan ke atas Lapisan Bawah yang telah sejuk tadi. Kukus semula selama 20 minit.
*Kalau anda suka makan dengan air gula merah, kurangkan sukatan gula dalam adunan bawah*

Monday, March 7, 2016

10 items of 'no-no' into NZ

Aku 'terserempak' pelajar  baru sampai dari Malaysia baru-baru ni... aku bertanya khabar! biasa la tu...aku kan peramah! Kepada adik-adik baru tu kak Ella nak ucapkan Selamat Datang! Selamat belajar dengan jayanya dan kembali ke Tanah Air tercinta dengan segulung ijazah digengaman... Bagi anda yang bercadang nak datang visit NZ tu.. "Kia Ora!"

Disebabkan NZ ni negara pertanian dan penternakan (agricultural and horticultural) jadi untuk menjaga kepentingan ekonomi negara, kastam sangat tegas dalam pemeriksaan 'biosecurity' di sempadan negara. 'Quarantine procedures' bagi memastikan tiada hama dan penyakit yang masuk mengancam. Untuk itu jika anda gagal mengistiharkan (declare) barang yang mengancam 'biosecurity' nya anda boleh didenda serta merta sebanyak $400, didenda hingga $100,000 dan/atau menghadapi hukuman penjara sehingga 5 tahun.

Bila mengemas barang ke dalam bag untuk datang ke NZ, penting bagi anda mengetahui apa yang dimuatkan ke dalam bag anda. Untuk pengetahuan anda NZ ni negara yang unik dan 'lembut' (delicate) -sebuah pulau- dan bila ia diperkenalkan dengan 'foreign biohazard', penyakit atau perosak (pest) ini akan merosakkan ekonomi dan menggangu 'ecosystem' nya, kerana itulah kastam NZ memperketatkan undang-undang. Anda juga akan merasa kesannya bila anda masuk ke NZ (dan di denda!) Disebalik yang paling jelas, seperti 'illegal drugs' dan senjata-senjata, anda mungkin terkejut bila didapati anda tidak dibenarkan membawa masuk 10 benda ini!

1) Makanan.
Sesetengah makanan yang telah siap dibungkus, mungkin dibenarkan jika anda mengistiharkan (declare) nya, tapi jika anda membawa buah, daging dan keju untuk dimakan semasa dalam kapalterbang, anda patut membuangnya sebelum melalui kaunter immigrantions.... dan telur segar juga adalah no-no!.
2) Madu atau keluaran (products) yang mengandungi madu.
Madu juga tidak dibenarkan, jadi sila semak bahan kandungan 'products' kecantikan semulajadi yang anda bawa bersama itu - jika ia mengandungi madu, ianya akan dirampas.
3) Teabag, coffee (atau lain-lain) yang tidak di 'seal' kan dan bukan dalam bungkusan asalnya.
4) Tumbuhan.
Jika anda dihadiahkan bunga segar, tak perlu bawa turun, tinggalkan saja dalam kapalterbang.
5) Apa saja yang asalnya dari tumbuhan.
Barang-barang yang dibuat dari kayu dan bag atau topi anyaman mengkuang (straw), sebagai contohnya, akan dirampas. Siapa yang rugianda yang kerugian dan rasa tidak menyenangkan - dan anda akan menghadapi masalah jika anda tidak mengistiharkannya.

Tip: istiharkan segala-galanya. Tak pasti tentang sesuatu? Jika was-was, istiharkan. Adalah lebih baik untuk mengistiharkan sesuatu  yang tidak perlu dari tidak mengistiharkan sesuatu itu dan ianya ditemui... Anda akan didenda lebih lagi.

6) Binatang-binatang.
Pastikan anda tidak 'tersorok' tikus dalam bagasi anda!
7) Apa saja yang berasal dari binatang.
Ini termasuk barangan seperti 'coat' berbulu , bulu burung, tulang yang dibuat cenderahati, benda yang di buat dari kulit penyu, dan sudah pasti 'no-no' terhadap perubatan tradisi Chinese.
8) Biji benih (seeds)
Menanam biji benih asing di NZ boleh diibaratkan seperti menyemai 'benih' azab penyakit!
9) Peralatan yang di gunakan ke atas binatang-binatang
Anda tahu... seperti berus kuda yang masih ada bulu kuda pada berus tersebut.
10) Kasut kotor atau peralatan berkhemah.
Asasnya, apa saja barang yang anda telah 'temukan' dengan alam semula jadi (nature), anda perlu membersihkannya dulu bagi memastikan tiada kesan (traces) tanah, debunga (pollen), biji benih, atau apa saja seperti itu.

Salam dari downunder!


Credit to:
Abigail Simpson, author of POMS AWAY! A British Immigrant’s View of New Zealand.
http://www.mynewzealandcampervantrip.com/about-new-zealand/top-10-things-you-cant-bring-into-new-zealand/