Hujung minggu baru ni aku
ke museum nasional New Zealand, Te Papa yang terkenal dengan pamiran kebudayaan,
ilmu pengetahuan, idea yang baru lagi menyeronokkan. Te Papa berjaya dibangunkan
atas kemampuannya menghubung dan mewakili masyarakat New Zealand.
Koleksi pamiran di museum Te Papa meliputi
lima bidang termasuk seni, sejarah,
Pacific, Māori, dan lingkungan alam semula jadi. Pamiran di Te Papa yang mengabungkan
idea-idea baru dan yang saling
mempengaruhi dalam program pendidikannya. Selain menyediakan tempat
dan aktiviti yang digemari kanak-kanak, Te Papa juga ada menyediakan kedai menjual cenderahati, kedai buku, café,
dewan untuk konferen dan kemudahan tempat meletak kereta.
Aku cuma memilih beberapa tempat dan pamiran yang terdapat di Te Papa tu, tak sempat nak jengah semua.
• 'Awesome Forces' adalah tentang pamiran gempabumi dan letupan gunung berapi di NZ. Terdapat rumah kecil 'earthquake' bagi anda yang ingin menyelami perasaan cemas bila gegaran gempabumi berlaku. Juga terdapat pamiran kesan dari letupan gunung berapi akibatnya dan kesan kepada penduduk dan juga keadaan mukabumi NZ.
• 'Blood Earth Fire' pamiran secara video dan artefact tentang hutan dan alam sekitarnya. Moa atau Burung unta tu agaknya.. dah pupus. Beratus tahun dahulu bila orang Maori nak memburu diorang ambil cara mudah je... dengan membakar hutan. Habis lah pupus...jannn! Jadi, diorang belajar dari kesilapan lampau, sekarang mereka sangat menjaga alam sekitarnya. Tumbuhan darat dan hidupan laut dijaga untuk kegunaan jenerasi akan datang. Katakan lah anda nak memancing di laut, anda kena tau saiz dan jenis ikan tu... untuk mengelakkan dari di saman pihak 'fishrie'... dan kalau memancing kat sungai kena ada lesen.
• 'Mountains to Sea' aku cuma ambil gambar 'sign' nya je.
Punyalah aku beriya merecordkan film pendek tentang hidupan laut tu... tapi aku lupa film tu 3D, jadi apa yang aku tonton dan apa yang aku rekod tak sama...yang aku rekod blurrr.. hahaa
Aku banyak menghabiskan masa meninjau pamiran tentang Peperangan Dunia Pertama (WW1) di mana NZ terlibat. Punya lah jauh di kutub selatan ni macamana NZ terlibat... aku wonder... oooh hampir terlupa pula aku ni... kan NZ ni bawah British... sampai la ni duit $20 nya muka Queen E2.
Lain kesempatan aku nak jengah pula ke tingkat 3 dan 4 di Te Papa, apa ada di situ...
• 'OurSpace'
• 'Passports'
• 'Te Marae'
• 'Mana Whenua'
• 'The story of Pacific people in New Zealand'
• 'Arts Te Papa'
• 'Awesome Forces' adalah tentang pamiran gempabumi dan letupan gunung berapi di NZ. Terdapat rumah kecil 'earthquake' bagi anda yang ingin menyelami perasaan cemas bila gegaran gempabumi berlaku. Juga terdapat pamiran kesan dari letupan gunung berapi akibatnya dan kesan kepada penduduk dan juga keadaan mukabumi NZ.
• 'Mountains to Sea' aku cuma ambil gambar 'sign' nya je.
Punyalah aku beriya merecordkan film pendek tentang hidupan laut tu... tapi aku lupa film tu 3D, jadi apa yang aku tonton dan apa yang aku rekod tak sama...yang aku rekod blurrr.. hahaa
Aku banyak menghabiskan masa meninjau pamiran tentang Peperangan Dunia Pertama (WW1) di mana NZ terlibat. Punya lah jauh di kutub selatan ni macamana NZ terlibat... aku wonder... oooh hampir terlupa pula aku ni... kan NZ ni bawah British... sampai la ni duit $20 nya muka Queen E2.
Lain kesempatan aku nak jengah pula ke tingkat 3 dan 4 di Te Papa, apa ada di situ...
• 'OurSpace'
• 'Passports'
• 'Te Marae'
• 'Mana Whenua'
• 'The story of Pacific people in New Zealand'
• 'Arts Te Papa'
No comments:
Post a Comment