Puteriku minta dibelikan minyak wangi yang branded....Hadoooi... masa aku kecil dulu aku cuma tau minyak attar je...haha. Berbeza sungguh 'dunia' kitorang.
Sebut pasal barang 'branded' ni mengingatkan aku pada brand Elizabeth Arden... Masa tu aku berkenaan sungguh …aku nak memiliki Elizabeth Arden tu. Aku dulu mana ada 'pocket money', pergi sekolah pun bawa bekal nasi, berlauk ikan masin dan sambal tempoyak...huh nostalgia sungguh!!. Jadi, nak cari duit aku kena usaha. Lalu akupun tawarkan diri menolong emak kat ladang.
Kebetulan masa tu kampung aku ada projek tanam lada hitam. Ingat aku suka ke kerja bawah panas terik matahari macam tu? Habis melepoh dan 'blister' tapak tangan aku... merumput dan menggali lubang untuk tanam tiang lada hitam tu. Aku dapat RM15. Laaa... mana cukup nak beli Elizabeth Arden tu!! Sedih betul... Tapi, apa yang aku dapat yang lebih berharga dari make up Elizabeth Arden tu... iaitu pengalaman. Pengalaman, memberi pengajaran berguna buat aku. Aku jadi bersemangat nak berlajar dan berjaya dalam SRP dan SRU aku... Terbayang masa dulu, terasa rindu pula kat kampung halaman aku ni.

Ok, mari aku kongsikan tentang kejayaan Elizabeth Arden…
Kejayaan Elizabeth yang terbesar ialah mengubah tangapan orang ramai terhadap orang yang memakai make up (of course la dia jadi kaya raya dan tersohor kann!). Zaman dedulu kalau orang tu pakai make up, dia dianggap pompuan murahan. Elizabeth Arden menaikkan 'mertabat' orang yang memakai make up sebagai seorang yang 'elegant'.
Oh.. teringat pula aku satu perbincangan dalam kelas BI aku dedulu, tutur minahsaleh yang mengajar kelas BI aku tu dah agak berumur.... dia bertanya apa pendapat kitorang kalau ternampak pompuan yang memakai make up tebal 'on the street'? Agaknya kalau korang yang disoal, korang kata apa? Hmmm...

Siapa Elizabeth Arden? Nama semasa dilahirkan ialah Florence Nightingale Graham, mengambil sempena nama sorang jururawat yang popular zaman itu. Dia dilahirkan di Woodbridge, Ontario, Canada
pada tahun 1884. Ibunya
meninggal dunia ketika usia Elizabeth 6 tahun. Bapanya mahu Elizabeth menjadi
jururawat. Memenuhi kemahuan bapanya, Elizabeth berjaya menjadi jururawat terlatih, tetapi dia tidak menyukai perkerjaan tu. Elizabeth mahu melakukan sesuatu yang lebih menyoronokkan. Bila usianya 23 tahun (1907) Elizabeth pergi melawat abang nya ke New York
dan tinggal bersama abangnya di bandar NY itu.
Pekerjaan Elizabeth yang pertama bila tiba di NY ialah berkerja
di kedai ubat-ubatan (chemist’s shop) sebagai akauntan, tetapi dia lebih
cenderong kepada 'product' kecantikan yang
membuatkan dia menukar perkerjaannya, kemudian dia berkerja di salon Eleanor Adair. Masa dedulu hanya artis pementasan (theatre) sahaja yang melanggan 'cosmetic', namun wanita biasa
juga berminat untuk menggunakan krim kulit dan cosmetic tersebut. Elizabeth nampak di
situ ada peluang besar dalam perniagaan kecantikan (beauty business).
Dalam tahun 1909, Elizabeth meminjam $6,000 dari abangnya untuk membuat perlaburan membuka Red Door salon di Fifth Avenue. Dia berkongsi
dengan Hubbard. Perniagaannya ternyata berjaya, dalam masa 6 bulan dia mampu membayar kembali wang kepada abangnya. Malangnya
Hubbard tidak mahu meneruskan ‘partnership’, tinggallah Elizabeth mengendalikan
perniagaan itu sendirian. Elizabeth membina syarikatnya sendiri yang menjual cosmetic brand ELIZABETH ARDEN. Kemudian dia
ke Paris untuk belajar selok belok tentang perniagaan kecantikan. Di Paris, Elizabeth belajar tentang krim baru dan tentang minyak wangi (perfumes) yang
digemari wanita Eropah ketika itu.
Perang Dunia Pertama (WW1) meletus pada 1914, Elizabeth
pulang ke NY dan mencipta ‘beauty product’nya sendiri. Dia berkerja keras meng‘design’kan
dan memasarkan cosmetic keluarannya. Adalah sangat penting bagi Elizabeth, mereka yang menggunakan product nya kelihatan ‘elegant’. Perniagaan dan brand keluarannya sangat
berjaya.
Tahun Kemelesetan Ekonomi (the Great Depression) 1929 adalah tahun yang memeritkan untuk semua
business. Elizabeth membelanjakan banyak wang untuk kempen/ iklan. Tindakan nya
adalah tepat syarikatnya makin membesar
semasa ‘the Great Depression’ itu.
Elizabeth Arden kata...“When women looked more beautiful, they felt wonderful, too”.
Er.... aku rasa aku pun nak buat product sendiri juga la.. gamaknya... bedak sejuk? camana... boleh?
Hmm.... sokmo merepek meraban...!!
Salam dari downunder...
No comments:
Post a Comment