Hari ni penggal pertama persekolahan di NZ baru bermula. Di Malaysia pula hari persekolahan sejak awal tahun lagi ... Tentu seronok dapat berjumpa kekawan setelah agak lama bercuti kannn. Kak Ella
dapat bayangkan wajah ceria adik-adik tu…
Seronok bertemu kekawan, macam-macam nak update kannn. Ya la.... adikkkk… asal adik ingat tanggungjawab adik
iaitu menimba ilmu pengetahuan. Belajar! Kejayaan tidak datang bergolek. hehe
Pengurusan masa amat penting, hal ini bagi memastikan
masa belajar dan aktiviti harian
seimbang. Jadual belajar yang baik adalah jadual belajar yang boleh diubahsuaikan,
tetapi harus patuh pada displin hidup berjadual.
Adik-adik tau tak yang proses pembelajaran tu tidak habis
sebaik sahaja selepas loceng tamat waktu persekolahan dibunyikan. Sebenarnya,
proses pembelajaran adik masih berterusan tau.. walaupun adik berada di luar kawasan
sekolah. Untuk itu, pentingnya bagi adik adik memperuntukakan waktu belajar
yang bersesuaian dengan keperluan harian adik yang lain.
Jadual belajar berbeza bagi setiap murid, oleh itu adik
perlu menyusun jadual mengikut masa, kepentingan dan keadaan harian adik
sendiri. Uruslah masa adik dengan bijak. Jadi adik kena menyediakan jadual
belajar, supaya adik dapat rancang masa dengan bijak. Dan berilah tumpuan dan
komitmen untuk belajar.
Adik tau tak prinsip itik berenang? Bila adik lihat itik yang terapong di atas air bila berenang tu… apa yang adik fikir? Macamana itik tu boleh terapong? Ya betul, sebab kaki itik di dalam air terus mengayuh tanpa merasa penat. Adik tak nampak kan kaki itik yang tekun berkayuh tu... begitu juga la kekawan adik tu, nampak relax je kannn...
Bila adik perhatikan ada di antara kekawan adik yang pandai, adik ingat mereka tu cerdik semula jadi kann?. Tak semua dikkk… Yang adik nampak kekawan adik tu nampak tenang dan pandai. Yang adik tak tahu… dia berkerja keras mengulangkaji dan memberikan komitmen yang tinggi dalam pelajarannya. Dia mengulangkaji secara teratur dan berterusan. Macam itik berenang....
Bila adik perhatikan ada di antara kekawan adik yang pandai, adik ingat mereka tu cerdik semula jadi kann?. Tak semua dikkk… Yang adik nampak kekawan adik tu nampak tenang dan pandai. Yang adik tak tahu… dia berkerja keras mengulangkaji dan memberikan komitmen yang tinggi dalam pelajarannya. Dia mengulangkaji secara teratur dan berterusan. Macam itik berenang....
Katakan lah adik lemah dalam matapelajaran mathematik, adik
boleh mengagihkan masa yang lebih bagi mata pelajaran tersebut. Dan…elakkan
tabiat suka bertangguh. Adik harus berdispilin. Jadual belajar melatih adik
menjadi seorang yang berdisplin dan menepati waktu. Jadikan jadual belajar
sebagai salah satu alat membantu adik menuju kejayaan.
Adik harus mempunyai tahap kecekalan, komitmen, dan
kesabaran yang tinggi. Berikralah pada diri sendiri yang adik akan mengikuti
jadual yang telah adik buat.
No comments:
Post a Comment