Majlis pertunangan abang aku dengan kawan baikku sungguh meriah.
Penuh adat dan tradisi, siap berbalas-balas pantun tu. Sehari selepas majlis
itu aku berlepas pulang ke Pekan kerana cuti penggal persekolahan telah tamat.
Senja Selasa 17 April itu aku menerima satu pesanan ringkas
melalui telegram, mengatakan ayah aku sakit. Telegram adalah perhubungan
terpantas pada ketika itu, lagipun penggunaan telefon masih terhad. Dulu dan
sekarang memang jauh berbeza.
Esoknya, selepas subuh kawan aku CD berkayuh meredah kegelapan
pagi menghantar aku menuju ke perhentian bas Pekan. Kami terserempak DYMM
Sultan Pahang sedang berjogging mengelilingi Padang Polo bersama
pengawalnya.... Sultan Ahmad Shah memang sultan yang berjiwa rakyat!! Baginda
dulu yang beri salam dan bertanya ke mana arah tujuan kami pepagi tu… “nak
balik kampung Tuanku… ayahnda patik tak sihat!” Kena la berpatik-patik,
aku kan bercakap dengan Sultan Pahang tu. “Ya lah.... Selamat semua
hendak nya…!” doa ringkas tuanku.
Setibanya di Kuantan tiket bas express sudah kehabisan,
terpaksalah aku naik bas ‘ting-ting’ dah la lambat... bas tu rosak pula
di Temerloh. Kemudian sesampainya aku di Jerantut, aku terlepas pula bas ke
Benta. Hiiii... Nasib! Baru aku faham... Selalu dengar orang kata
"penantian itu satu penyiasaan". Duduk 'menganguk' menunggu bas
satu jam lagi. Bukan aku tak mahu naik teksi, aku dah tanya diorang tak mau
hantar katanya sebab jauh dan susah nak dapat penumpang balik ke Jerantut.
Akhirnya aku tiba jua di Benta, dah masuk waktu asar. Hmmm... aku
kena cari pula‘perebet sapu’ (teksi persendirian) untuk perjalanan ke kampung
aku tu. Tetiba aku disapa oleh pemandu teksi persendirian tu… “oh..
awak baru sampai ke?.. tunggu kejap ye… diorang tu (merujuk kepada penumpang
nya) tak siap membeli lagi”. Sapaannya aku balas dengan senyuman lesu
kerana kepenatan... Aku kemudiannya diturunkan dipersimpangan jalan masuk ke
kampung aku tu je. "Kena berjalan kaki kira-kira 5km lagi", keluh aku
sendirian. Aku gagahkan diri berjalan lelaju. "Alaa.. dulu masa aku
sekolah rendah hari-hari aku jalan kaki" pujuk diri sendiri sambil
mengimbas kembali kenangan lama. Seronok pergi sekolah sambil main kejar-kejar!
Sambil aku melangkah, sambil aku melamun, dan lalulah sebuah
kereta mewah hitam menuju masuk ke kampung aku...Kerete itu berhenti di sisi
aku. Lelaki yang tadi yang tadi duduk menyandar di belakang telah
bertukar duduk ke tempat duduk penumpang di depan. Dia mempelawa aku menumpangi
keretanya. Rasa macam kenal tapi siapa ya?... aku cuba mengingati. Dia kata nak
pergi ziarah ayah saudaranya di kampung aku... Aku masuk duduk je di belakang
kereta itu, dia bertanya tentang aku, nama apa, sekolah di mana. Lepas tu dia
tanya lagi "kenal tak saya?" Assudahhhh... siapa pulak nama dia
ni ya...? Otak aku berkerja keras cuba mencari jawapannya... Kebetulan aku
terpandang nama terlekat pada 'brief case' sebelah aku tu. "Ohhhh...
kenal!.." yakin je aku menjawab. Tidak banyak yang diperbualkan, aku pun
segan nak tanya itu ini... Dia tu wakil rakyat!
Tiba di rumah, aku masuk ikut pintu dapur. Aku diterpa kakteh lalu
memeluk aku dan menangis. Kemudian datang kakti pula peluk aku dan menangis...
Eh.. tak faham aku.... mengapa diorang ni? Dari dapur aku mahu ke bilikku untuk
bersolat, nak qada zohor yang memang dah terlepas, asar pun dah di
penghujungnya. Kelihatan di ruang tamu 'orang besar' tu dan pemandunya bersila
di lantai bersembang pelahan dengan abang sepupu aku.
Bila aku terhidu bau kapur barus, mata aku melilau mencari dari
mana datang bau itu. Aku terpandang tilam 'kosong' sungguh tidak kusangka....
dia telah pergi buat selamanya. Aku bersolat bertemankan air mata. Tak tau la
khusyuk ke tidak aku solat tu.
Tiba-tiba rasa rindu serindunya. Kelabu rasa mata dengan linangan airmata bila aku melukis potret ayahku ini.
Tiba-tiba rasa rindu serindunya. Kelabu rasa mata dengan linangan airmata bila aku melukis potret ayahku ini.
Aku redha... dari Dia kita datang, kepadaDia kita kembali.
No comments:
Post a Comment