Anda mempunyai hobi? Banyak kelebihan bila anda
mempunyai minat @hobi tertentu. Ia dapat memberi ketenangan secara tidak
langsung mengurangkan stress lebih-lebih lagi jika hobi itu jenis senaman @ pergerakan
fizikal. Mempunyai hobi boleh juga mencungkil bakat terpendam anda.
Tahukah anda hobi ada kaitan dengan personality anda,
jadi tidak hairanlah jika seseorang sedang mencari kerjaya akan memaklumkan
hobinya itu di dalam résumé nya. Menerusi hobi juga anda boleh bertemu kawan
baru, menajamkan fikiran atau membuat sedikit wang tambahan.
Bagi sesetengah orang, mencari hobi itu satu proses
semula jadi dan mudah. Bagi yang lain pula, ia boleh mengelirukan kerana begitu
banyak pilihan di luar sana. Ok aku nak cerita pasal hobi aku, hobi terbaru aku
blogging. Kebanyakan orang blogging sebab nak promote bisnes diorang. Aku??
Hehe apa-apa je la.
Adakah anda rajin dan suka seni craft? Aku juga!! aku
suka mengisi masa lapang aku dengan ‘mengait’ buat masa ini aku sedang
‘mencabar diri sendiri’ menyiapkan skaf leher dengan mengait cara ‘crochet’.
Satu minggu telah berlalu… harap aku dapat menyiapkan sebelum musim gugur tiba. Hobi lain aku suka melukis potrait sendiri.‘Self portrait’aku lukis mengunakan pensil je. Bila ada kelapangan aku nak belajar teknik lain yang pula.
Hobi unik aku sebagai pengumpul duit
syiling lama. Hobi ini muncul secara kebetulan saja bila aku
mendapat ‘pusaka’ dari FIL aku. Aku anggap ianya sebagai cendaramata. Bila aku maklumkan pada kawan dan kenalan
tentang ‘pusaka’ itu, mereka pula menghadiahkan aku syiling dan duit kertas dari
negara mereka. Sebenarnya mengumpul syiling atau duit lama ini menyeronokkan
dan boleh juga dijadikan sebagai satu pelaburan. Nanti aku update letak gambar.
Salah satu cara paling mudah untuk mengumpul duit syiling
ialah membeli 'set mint' bagi isu-isu modern tertentu. Seperti kebanyakan pengumpul syiling, aku juga pada
mulanya mengumpul semua sekali jenis syiling baru dan lama. Bila aku mempunyai album syiling
barulah aku susun mengikut temanya. Mengumpul syiling ini memang menyeronokkan, tapi janganlah
sampai menyakitkan mata kerana syiling yang kita kumpul itu berlongok dalam bag plastk, dalam
botol, dalam tin atau dalam guni di sudut rumah lita. Letaklah
dalam album syiling khas.
Bila aku telah masukkan syiling ke dalam album khasnya,
aku wonder tentang nilai syiling lama aku itu. Lalu aku ke perpustakaan meminjam
buku tentang syiling. Dari situ dapatlah juga aku menimba ilmu dan pengetahuan berkenaan
syiling lama dan nilainya. Memang mengumpul syiling ini hobi yang menarik,
disebalik gambar dan reka bentuknya syiling itu penuh sejarah ketamadunan
sesebuah negara ketika itu. Bagi kanak-kanak pula mengumpul syiling dapat juga
mempelajari geography dan peta dunia.
Apakah nilai sebenar syiling itu, mengapa ia diperbuat
dari logam yang terpilih? Bila kita mengumpul syiling lama itu, keadaan syiling
tersebut sangat penting untuk mengetahui tinggi atau rendah nilai syiling
tersebut. Sebagai contoh, syiling yang sangat baik 'mint'nya menjadikan nilai
syiling itu lebih tinggi berbanding syiling yang telah 'haus' atau telah 'wear
out'.
No comments:
Post a Comment