Tahukah anda rahsia masa depan anda itu ada pada diri anda
sendiri. Meramal masa depan? bunyi macam pelik je kannn….
Lupakan cara tukang tilek meramal nasib dengan yang
membaca garis-garis di tapak tangan, atau bertanya tarikh lahir anda, atau
bertanya anda anak bilangan yang ke berapa dalam keluarga…
Apa yang aku nak
ceritakan di sini…tentang lumrah
dunia… Anda pernah dengar tentang sebab dan akibat? Nasib anda terhasil dari
proses sebab dan akibat. Macam omputeh kata ... 'we don't meet people by accident, they are meant to cross our path for a reason..' Tiada sesuatu
itu berlaku tanpa sebab termasuk jugalah nasib seseorang itu.
Jadi anda boleh tentukan nasib anda sendiri kerana sebagai
manusia anda berhak dan berupaya melakukan perubahan nasib dalam mencapai apa
yang anda inginkan. Anda juga mempunyai hak istimewa untuk berdoa kepada Tuhan.
Kejayaan atau kekayaan seseorang itu adalah akibat dari
sebab. Pasti ada sebab sesorang itu berjaya dan menjadi kaya- raya kannn? Anda mahu
tahu penyebabnya? Antara penyebabnya berusaha, berkerja keras dan berdoa!!. Ketika
dia memulakan perniagaannya,dia tidak tahu perniagaan nya itu akan berjaya atau
tidak. Banyak halangan dan cabaran yang
harus ditempuhi, dia gigih berusaha dan bersemangat tinggi juga berkerja keras,
disamping berdoa kerana dia percaya ‘usaha itu tangga kejayaan’.
“SUCCESS starts when you stop making excuses and start
making a way.
POTENTIAL means nothing if you don’t do anything with it”.
Sebagai Muslim, aku percaya pada ketentuah Allah iaitu
qada’ dan kadar. Memang nasib anda telah tertulis sejak azali lagi di Luh Mahfuh sebelum kelahiran
anda lagi. DOA adalah anak kunci pembuka pintu perubahan dan kejayaan, dengan izin
Allah.
Jadi... muga rumusan mudah ini dapat anda meramal masa
depan anda…
Bermula dari lintasan hati, kemudian anda berfikir
tentang impian anda itu. Setelah anda fikir-fikir kan terkeluar kata-kata
@ ucapan. Mulai dengan ucapan itu terjadi tindakan. Tindakan yang anda lakukan
itu berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan. Kebiasaan-kebiasaan itu menjadi karektor
dalam hidup anda. Karektor anda itu sebagai penentu nasib anda. Karektor anda itu bukan diwarisi tetapi ia terbentuk secara apa yang anda alami.
Nasib baik anda, ditentukan oleh perangai baik anda sendiri, begitu juga jika karektor anda itu buruk, nasib buruk sebagai akibat
karma nya.
Berwaspadalah dengan hala arah fikiran anda
itu. Berfikiran
yang buruk akan mendorong anda mengucapkan keluhan dan
rasa tidak bersyukur. Kemudian tanpa anda disadari, anda melakukan tindakan-tindakan tidak baik. Jika
perbuatan itu sering dilakukan ia akan menjadi kebiasaan buruk dalam kehidupan harian anda. Saudara mara dan sahabat handai menganggap anda orang dengan berkarakter
jahat.
Jadi....anda sudah boleh melihat nasib anda? Hmm...
The best way to perdict the future is to create it.
Dreams don’t work unless you DO!
No comments:
Post a Comment