Apa itu solat?
Aku catatkan perkataan solat ni sebab… aku rasa aku tidak suka dengan ketakutan. Kekadang tu aku terfikir ada ke orang muslim yang tidur tanpa mengerjakan solat? Aduhai… Mudahnya diorang pejamkan mata… buatnya pejam terus kang… naya!
Hidup di negeri omputeh ni… kita kena ada jati diri. We are Muslim. Aku pernah pesan pada anak aku… berbanggalah kerana kita orang Muslim, orang yang Allah terpilih untuk beriman kepada Nya. Islam sebagai pembimbing dan penunjuk jalan dalam hidup kita. Macam dalam terjemahan satu ayat dari surat AlFatihah tu…'tunjukilah kami jalan yang lurus'.
Aku pernah dan macam nak berbalah bila ada orang kata solat tu satu upacara lapuk, ketinggalan zaman dan tidak perlu dilakukan. … orang tu kata lagi ‘I used to be a Muslim.’ Hah… ‘used to’?… melopong aku… banggang betul. Err... bodoh macam kayu!
Nanti bila kau dah mereput dalam lubang kubur, dan cacing sedap je mengunyah daging reput kau tu. Akhirnya diri kembali menjadi tanah… bunyi macam biasa-biasa je kan. Tapi jangan lupa sebatan Mungkar dan Nakir, malaikat yang menyoal siasat di dalam kubur. Dihimpit bumi lagi sampai bersilang tulang rusuk, dan di patuk binatang berbisa macam ular, jengking dan kala. Haduhhh… mau pengsan aku.
Nak je aku beleter kat dia tu... bila nyawa telah terpisah dari badan… tiada yang dapat membantu… hanya amalan kebaikan semasa hayat saja. Solat itu perkara pertama yang diperiksa. Kau dah solat? Hehe..
Semasa di dunia kau dikelilingi ramai teman dan kenalan.. tapi di alam barzah kau sesorang je tau. Kekayaan dunia, kau anggap bagai pengantin impian. Iblis tertawa gembira, kerana kau teman dan pengikut setia. Dan kau bodoh gila… sangup berbuat apa saja.. hanya kerana kemewahan dunia. Bodohnya kau kerana hartamu itu telah tidak berguna. Opps… dah terlambat… kubur sedang menyeksamu dan neraka pula sedang menanti… engkau sebagai penghuni.
Panasnya api neraka yang menyala-nyala membakar segala… dan kau juga, hanya tunggu giliran saja. Masa dunia bagaimana kau menghabiskan masa?. Di sana, berdiri mereka yang pernah kau ejek, mereka yang bersujud. Sejadah mereka kau geruni, payah untuk kau menerima hakikat yang kau pernah ‘membuang’nya. Padamu sejadah itu seperti penyakit berjangkit, yang kamu jauhi. Sekarang baru tersedar, sedang diri dijulang api, sedangkan mereka pula aman selesa dihembus angin dingin. Opps… dah terlambat…
Hidup di akhirat tiada penghujungnya… hidup didunia ini hanya dikira satu titik dari ratusan tahun. Jika kau luangkan masa hanya 5 minit untuk bersolat… tidak berbaloikah masa tersebut? Kau telah terlibat dalam satu jenayah besar! Solat itu bukan untuk Tuhanmu, tapi merendahkan diri kepada Pencipta hambaNya.
Bila ‘kepala besar’ kau tu dah dimasuki ‘habuk’, dan solat itu membersihkan hatimu yang rosak dan berkarat. Solat penyambung ruhmu kepada Yang Maha Pencipta dengan NUR Nya. Bahkan hati yang paling gelap bisa di gilap dan kembali bersinar terang. Kau tinggalkan semua dosa-dosa yang pernah kau lakukan , dan pekakkan telinga dari kata-kata bisikan syaitan. Pancung kejahatan yang membelengumu dengan pedang yang hebat, iaitu solat. Hanya kalau semasa hayatnya kau sempat bertaubat…
Bila kita solat, doa kita jadi laluan dari bumi ke langit. Allah mendengar setiap doa hambaNya. Allah mengkabulkan doa kita mengikut waktu yang telah ditetapkan. Berkhusyuklah apabila bersolat, muga dengan solat itu kita tidak dihumban ke dalam api neraka. Kedigupan di dunia ini hanya sementara.. tapi kehidupan selamanya itu bermula bila daging badanmu mula mereput... bila kau dah mati.
Doa juga adalah pautan kepada ibu miskipun kau masih dalam kandungan. Doa dan solat adalah penjaga dan pelindung diri di dalam kubur. Dengan bersolat meleraikan banyak masalah dalam kehidupan kita seperti menyisirkan rambut dengan sikat. Berhadapan dengan api neraka hanya solat sebagai ‘pakaian pelindung’ yang boleh kau pakai.
Jadi kekawan, tolonglah jangan melangkau solat! Diri terasa bodoh, rasa marah dan diperbodohkan kerana terpedaya… seperti melintasi padang pasir yang luas dan kau pula tidak membawa air minuman. Sudah terlewat kawan… Kau gagal menyiapkan bekalan.
Dunia ini adalah satu penipuan, dunia ini adalah permainan. Dunia ini ibarat ular yang berbisa, yangmana kau tidak bisa menjinakkannya. Ia tetap akan mematuk bila ada kesempatan. Lalu membawa kau ke arah kesedihan, bila kau terbaring kaku di dalam keranda, mukamu menghadap ke langit… sepintas di matamu, isterimu adalah kenangan lalu… kau menjerit sekuat hatimu, tiada siapa yang mendengar kerana hakikatnya kau telah berada di dunia lain…
Nabi salallahu alayhi wa salam (saw) pernah berdoa:
Allahumma inniya a’oothubika min al-ajzi wal-kasli
Ya Allah, aku berlindung daripada perasaan tidak upaya dan rasa kemalasan.
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”(Al-Asr- 103:1-3).
Muga dengan ini aku berharap ianya dapat mendekatkan dirimu dengan Allah…
Ok, jaga diri dan iman selalu.
No comments:
Post a Comment