Assalamualaikum..
Apa Khabar korang pagi ni? Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik
dari hari ini. Aameen. InsyaAllah.
Ulama ada berkata, "Siapa yang berpagi-pagi
dalam keadaan (suka) marah-marah, ia adalah golongan manusia yang tidak berpuas
hati dengan takdir Allah SWT."
Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita, sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa.
Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita, sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa.
Sebahagian dari contohnya, kita marah anak-anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil. Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan
marah-marah. Kita selalu marah-marah atas perkara yang kecil sepertinya bila tersangkut
dalam traffic jam atau kelewatan.
Kekadang tu pagi-pagi lagi dah 'bad mood' dan suka marah-marah
pekerja bawahan, walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja. Ulama
menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya
tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.
Kita
tidak sedar kesan marah-marah kita itu, selalunya kita akui kita redha tapi
hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk
yang sebaliknya. Sebab apa? Sebab… apa yang kita cakap itu hanya satu pembohongan
pada diri sendiri, dan pada hakikatnya hati kita tidak berpuas hati dengan
Allah. Tahukah kita… Sebagai
hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah SWT kerana setiap apa yang
ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan yang terbaik dariNya. Allah Maha
Mengetahui...
Kita
akan tahu siapa kita… Renungi diri…'Cermin' diri kita pada setiap pagi,
perbaikilah hubungan kita dengan Allah dan jadilah orang-orang yang redha dan
bersyukur. Redha dan terima apa saja ketetapan Allah kepada kita dengan hati
terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya.
Selalu ucapkan dan zikirkan 'Astaghfirullah hal azim' dan
'La
hawlawala Quwwata illa billaah' bagi mengubat, merawat dan mendidik hati kita
untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah.
Selalu ucapkan dan zikirkan 'Astaghfirullah hal azim' dan
Diam
sejenak dan renungi diri kita...
No comments:
Post a Comment