Setiap
dari kita menginginkan dirinya untuk menjadi cantik menawan, kacak menarik,
dikagumi dan dihargai. Sesetengah orang membelanjakan wang yang banyak untuk
kosmetik demi penampilan diri, membeli perhiasan diri seperti tastangan dan
kasut juga barang kemas juga untuk mencapai tujuan tersebut. Tapi sebenarnya
ada cara yang lebih baik untuk menjadikan dirimu seorang yang menarik.
1- Yang paling penting sekali ialah sentiasa memupuk hati untuk berterima kasih dan bersyukur.
Bila
wujud perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu atau seseorang, perasaan
negetif itu akan menjadikan kita rasa cemburu dengan orang lain. Pabila
perasaan cemburu itu menguasai hati dan meracuni nya lalu menyelenyapkan
kegembiraan, seri dan ceria di wajah kita.
Tak
perlu kita memperbandingkan diri dengan orang lain, nanti timbul pula perasaan
rendah diri atau pun riak. Sebaliknya bersyukur dan hargailah apa yang kita ada. ‘Being different is one of the most beautiful thing
on earth. Embrace your ‘you’ ness. Be yourself – everyone else is taken’.
2- Langkah penting seterusnya untuk menjadi seorang yang menarik itu kita perlu memupuk tabiat sering tersenyum.
Tiada
yang dapat menandingi keindahan senyuman bayi. Kita jua pernah jadi kanak-kanak
kann… ke mana hilangnya senyuman ikhlas kita dulu ? Yaa.. kita kehilangan
senyuman tu sebab hati kita selalu bimbang. Bimbang atas sesuatu yang kita
tidak upaya mengawalnya adalah sia-sia, kecuali berdoa. “ Oh… My God… You
are in Control. I trust You !” Bila kita meletakkan harapan pada Allah,
dan Dia menyembuhkan kesakitan hati dan membimbing kita ke jalan yang di
Rahmati Nya.
Jadi,
usahlah kehilangan daya tarikan kita tu dengan bimbang yang berterusan.
3- Mungkin langkah seterusnya, korang harap aku akan mengatakan bahawa kita perlu banyak minum air kosong dan tidur yang mencukupi.
Jaga
kesihatan tu pun mustahak juga… kalau tak sihat nak senyum pun susah kan. Tapi
lebih dari itu… yang diperlukan … mengapa kita tidak mencuba menjadi
orang yang menggalakkan pada perkara kebaikan.
Membuat
satu usaha yang disengajakan dengan tersenyum kepada seseorang hari ini.
Menghargai jasa orang lain walaupun kecil dan ucaplah ‘terima kasih’ kepada
orang yang mengambil pesanan korang masa di Restoran. Terkenang
pula masa aku kat Malaysia. Aku pernah ucapkan ‘terima kasih, driver!’ bila aku
turun bas di bandar Raub… korang tau… semua mata toleh kat aku… ah.. pelik le
tu! Ada aku kisah? Aku buat derkkk je. Aku dah terbiasa.. kat nz ni TK tu
dah jadi budaya hidup orang sini.
Jadi
sebagai kesimpulannya, hati yang bersyukur, senyuman di wajah dan kata-kata
yang menggalakkan orang lain itu adalah 3 rahsia yang indah, menarik dan kacak
yang perlu korang pamirkan.
Salam dari downunder!
No comments:
Post a Comment