Tuesday, February 21, 2017
Digigit jin lagi....
Waktu asar musim panas ni panjang sampai kol 9.00pm.. Jam baru pukul 6.30 petang.. Sempat lagi kalau layan mata niii... Kepenatan yang amat ...letak je kepala kat bantal terus hanyut dibuai mimpi. Kata orang tidur waktu petang tak elok... ngapa ya?
Terjaga dari tidur kusangkakan akan rasa segar-bugar tapi mengapa rasa makin penat pula. Aku buat andaian mungkin terlebih tidur kot... memandang jam yang dah hampir 8.30pm ohh... 2 jam aku tidur. Alamak... asar dah nak habis... bergegas aku... menunaikan tanggungjawab.
Kat atas sikit dari lutut aku terasa pedih dan kebas. Bila aku tengok mak ooiii... ada kesan lebam 5 dot... jilake. "Tu laaa... lain kali jangan tidur petang..." aku membebel kat diri sendiri.. hehee.
Terimbas kembali zaman lampau... masa tu aku baru mula dok berkerja di Penang. Dengan gaji yang tak seberapa tu aku cuma mampu sewa bilik je. Mami/ tuan rumah tu semacam je... bersembang dengan dia tak pernah angkat muka atau bertentang mata atau sengaja je dia pandang tempat lain. Pernah aku cakap pasai lutut aku lebam bila bangun tidur. Mami tu kata "lutut sama lutut berlaga kottt". Mula tu aku tak la ambil kisah sangat, tapi dah selalu sangat... kawan aku cakap tu kena gigit jin.... Habis tu nak buat camana?
Dah tu... mula la aku seriauuu. Macam-macam cadangan diberikan. Paling aku selalu buat... baca ayat2 Quraan sampai tertidur. Satu malam tu... aku terjaga terasa haus yang amat sangat. Pelahan-lahan aku bangun keluar dari bilik sewa aku tu... walaupun gelap tapi masih juga nampak samar-samar pantaun dari lampu jalan. Aku jalan pelahan-lahan mengambil botol air, terkejut gile aku ternampak ada seorang duduk di ruang tamu, bila aku toleh ke bilik mami tu (pintu bilik dia terbuka luas) eh... dia tengah lena... makkk ooiii... sape kat ruang tamu tu. Tak berani pandang belakang bila tetiba meremang bulu roma aku!. Rasa seram tu dah tak tau nak kata camana... aku baca apa saja ayat yang terlintas kat kepala. Malam tu aku tidur memeluk Quraan.
Setiap petang Khamis malam Jumaat... bau kemeyan menusuk hidung. Rimas betul aku. Untuk mengurangkan asap masuk ke bilik aku... aku pasang kipas menghala ke pintu. Aku tau asap tu makanan jin. Aku tertanya-tanya eh... kelibat siapa malam dulu tu ye? Mami ni membela ke? Aku pendamkan je persoalan minda tu... tak berani nak bersemuka atau tanya pada dia.
Satu petang tu mami kata "malam esok ada bomoh dari Kedah mai..." Sibuk la dia menyediakan bahan-bahan untuk berbomoh. Aku nampak atas meja dulang tu ada mangkuk berisi 7 jenis bunga, limau purut, semangkuk air, bertih, biji lada hitam, bawang merah kecil dan mangkuk berisi bara dan kemeyan. Mami cerita lagi... "banyak dah banyak kesan lebam-lebam kat badan mami ni... lepas tu selalu pula rasa penat..." Aku jawab ... "Oh ye ke?" Dalam hati aku kata... "Alhamdulillah.. 'benda' tu dah tak kacau aku". Jadi malam tu aku menyaskikan bomoh berjampi serapah... seram juga bila mami tu kata "nak balik... nak balik" Huh... kuat betul mami malam tu... 4 lelaki perkasa pun boleh kalah.
Antara dialog yang aku dengar lepas bomoh tu baca mentera dan tanya mami sebagai pesakit ...siapa hantaq hang? ...hang dok tang mana? ....hang nak keluaq tak?...hang sapa nama? Suara yang garau menjawab. Bila aku dengar 'benda' cakap dia tu mami yang punya. Aku punya la seriau... cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik dan terus kunci pintu. Esoknya aku pindah rumah. Masa tu aku menyewa tak ada kontrak atau istilah 'bond' atau duit cengkram.
Pesanan aku... kalau korang kena 'gigit' cam tu... ambil 3 biji limau... potong dan letak dalam sebaldi air. Baca AlFatihah 7x dan Selawat. Buat air bilasan mandi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment