Monday, January 2, 2017

Tahun impian


Assalamualaikum.

Ehhh... dah tahun baru! Selamat tahun baru pada korang semua!

Tahun baru.... pada aku laa bukan mengenai bertukarnya tarikh tapi sepatutnya lah bertukar arah tujuan hidup. Bukan hanya bertukar tahun je tapi ikatan / janji pada diri sendiri. Apa azam korang hah?. Tahun baru juga bukan hanya berubah perlakuan tapi juga cara dan perangai... Kita nak jadi lebih baik dan berjaya, sihat dan macam-macam lagi kann?

Sekali lagi tahun yang berjaya dan yang mengembirakan aku telah berlalu. Aku berharap korang juga terus bersemangat, bersama harapan dan keimanan untuk menempuhi apa jua kepayahan yang bakal dihadapi. Tempuhi segala ujian dengan tabah. Bawa bersama kita pengajaran yang dipelajari dari tahun 2016. Mulakan pengembaran di tahun 2017 ini dengan merebut peluang-peluang keemasan yang dihamparkan semasa kita melaluinya.

Tahun baru seperti perengan baru atau bicara-bicara baru, atau...  sama sahaja... hanya  cerita lama? Sering kali kita berazam ingin berubah... diawalnya berkobar-kobar... lalu kita catatkan  di dalam dairi. Sebenarnya cerita kita tu tidak semestinya kita tulis.... dalam kehidupan seharian, kita sering berdepan dengan pelbagai pilihan... membuat pilihan itu cerita utama kita. Tertulis atau tidak pilihan yang kita buat ianya menjadi jalan cerita kehidupan kita.

Jika tahun ini kita rasakan sebagai tahun menjejaki impian ...
Jomm.. jejaki impian kita itu... Hidup hanya sekali... Usia semakin singkat! dan hari-hari yang kita lalui hanya sekadar bilangan number-number sahaja.  Jadi... mengapa menghabiskannya usia dengan melakukan perkara yang kita tak suka?

Kejayaan tidak mungkin diperolehi kalau kita tidak mencuba... "Dream don't work unless you DO!" Yang mustahaknya... memulakan sesuatu itu... "If you wait for the perfect condition, you never get anything done".

Kita mempunyai pilihan... langkah pertama... kita harus membuat ketetapan (goal) untuk diri kita sendiri kann. Ya.. Tahun baru cam ni la masa untuk membuat ketetapan... dan maju terus maju!. If you can dream it, you can DO IT.

Salam dari downunder!





No comments:

Post a Comment