Izinkan aku berceloteh bagi mengubat rindu... kerana hati dan perasaanku tertinggal nun di kampung yang penuh kenangan, yang jauh kutinggalkan.
Pagi itu kita-kita 9.30am.....mendaratlah aku di Lapangan Terbang Ahmad Shah, Kuantan. Bahang panas terasa bagai membakar kulit muka. Peluh dah pun meleleh-leleh... dah berjere-jere!. Aku perhatikan orang lain, diorang nampak relex je... diorang dah lali kot... macam pepatah tu kata 'alah bisa tegal biasa'. Hah.. inilah reality hidup! apa-apapun aku harus tempuhi.... yaa aku boleh!. Aku berpijak di bumi kelahiran... berpijak di alam nyata.
Alamakkk... apasal perasaan aku bercampur-baur. Seriously... aku macam rusa masuk kampung!. Mata meninjau-ninjau ‘kedai’ dalam airport tu kalau-kalau ada orang jual simkad. Telefon aku kan guna simkad oversea.... nak jimat kos kena la guna simkad tempatan kannn. Tapi sayang tak ada pula...
Amcu kata dia busy.... jadi hantar driver je jemput aku..... cewahhh! Aku dok perhati kalau-kalau ada orang pegang 'sign board' yang tertulis nama aku....macam dalam movie gitu...hahaa perasan betul... Airport Kuantan tu kecil je... ada la tu....kereta hitam tu parking somewhare. Rasa penat dan panas tu buat aku rasa tak sabar.
Sampai kat rumah jee... ehhh... tuan rumah tak de? Abang dan SIL kerja. Hmmm... aku checked in sendiri! Perbezaan waktu... di Malaysia masih lagi waktu breakfast tapi nun kat nuizelen dah lunch time, patutlah perut aku dah ‘berkeroncong’ (berbunyi) le... menyesal pula tak singgah beli makanan kat luar tadi. Aku ke dapur... mencari sesuatu... apa yang patut untuk diisi ke dalam perut. Kemudian aku ternampak cookies jar di atas cofee table di ruang tamu... ku pegang balang kaca tu... hisss tak rela aku kongsi makanan dengan semut gatal!.
Antara perut dan mata, aku lebih rela melayan mata. Aku terlelep dalam kepenatan dan kelaparan. Aku terjaga sebab digigit nyamok. OMG... jauhkan aku dari virus zika, virus terkini yang pernah aku dengar. Kemudian tu baru aku geledah dapur.... nak masak apa ya?. Terdengar pula kucing jalanan mengiaw... nahh cokodok bilis. Nyampah... konon macam malu-malu tapi kejap je dah habis semangkuk, siap bawa partner dia lagi. “Makan je la tak payah bising-bising... itu rezeki engkau”. Ehhh... aku bercakap dengan kucing?. Hahaa
Petang tu kawan sekelas masa belajar di Pekan datang berziarah. Pertemuan kami dipenuhi dengan mengimbau kenangan manis masa di Padang Polo dulu. R & H ni pasangan suami isteri, yang keduanya kawan sekelas aku dulu. Hohh... rancak sungguh kitorang bersembang, maklumlah dah 3 dekad tak jumpa. Terima kasih R & H sebab sudi drive jauh-jauh semata-mata nak jumpa aku. Seronok sangat jumpa you’ll !
Hari ketiga pula, Busan duduk di rumah... aku nak keluar ke bandar. Orang kata East Coast Mall tempat shopping mall baru.... zaman aku sekolah dulu cuma ada Trumtom ( sorry lupa pula camana nak eja). Aku tak tau nak tunggu teksi kat mana. Penat dah berjalan menghala ke jalan besar... ke aku ni dah sesat? Berselisih dengan sekumpulan pelajar di situ, aku pun... “adek... adek nak tanya, kat mana nak tunggu teksi?”. Diorang berpandangan sesama sendiri... ada sorang tu jawab... “makcik, kat sini teksi kena tempah!” Oihh..raban betul aku ni.. nak call teksi camgoner.... simkad pun tak de lagi. “Antie ni baru sampai dari obersi... tak sempat nak tukar simkad lagi ni... tu lah salah satu sebab nak pegi town ni”. hehehe.. berterus terang je lah.
Di EC Mall tu...aku tak tau nak beli apa.... jalannnn je... window shopping je la... nanti jumpa la apa yang aku tak cari tu.... Aku punya perangai tak akan masuk kedai yang sama twice... so, kalau ada yang berkenan tu ‘grab n go’ je. Hadooi... penat kaki jalan pakai high hell eh.. silap high heel... aku pun... kedai kasut! mana kedai kasut ni? Yeah... sambar sepasang kasut kulit yang paling selesa, scholl. Sambung jalannn lagi... Next cari makan!
Petangnya pula aku dijamu oleh penghuni di Taman Guru. Rezeki tu... kekawan yang lelain menguzurkan diri. Rugi la korang! sedap nasi arab air tangan orang kampung aku ni... sambil masak-masak tu baca zikir dan selawat kannn? hehe aku makan berpingan-pinggan... buah melaka berisi gula kabung tu yang mengimbas kembali kenangan masa lampau. Korang nak tau... gula kabung tu adalah hasil usaha orang kampung aku, PeruOne!
Dia... kawan sekampung juga kawan sekelas. Dah lama tak jumpa. Tentulah banyak ceritaku ceritamu tu kannn. Seronok dan terharu dengar cerita dia....! Dengar dan belajar dari pengalaman hidup orang lain... Kesimpulannya, kita diuji dengan macam-macam cara kann.. sebelum beroleh kejayaan. Betul tak?. Ketabahan, kesabaran juga kerja keras sangat penting.. hmm... di mana ada usaha di situ ada kejayaan!. Bangga dengan korang!.
Syabas anak kampungku terus berusaha memajukan diri....
No comments:
Post a Comment