Bagaimana aku mulai menulis
journal?…
Menulislah… kerana ia
syarat kekalnya ilmu.
...dan kenapa aku harus
memulainya?…
Menulislah… kerana di
akhirat kelak ia adalah saham untuk kamu. Menulislah… kerana di penjuru-penjuru
sana masih terlalu ramai yang perlu. Semuga bisikan semangat itu tidak pernah
mati, ia meniup kekuatan saban waktu. Biarpun ada ketikanya warna cerah
bertukar pudar… jari-jemari yang cergas berangsur lemah…
Apabila kita mula
menulis, adalah idea yang baik untuk memulakan dengan menulis tentang kehidupan
kita sendiri yang disulami dengan pengalaman dan perasaan kita sendiri
Kisah yang paling
penting tercatat dalam hidup adalah tentang perjalanan hidup kita – ianya bukan tercatat dengan dakwaat tetapi
dengan pilihan yang kita ambil sehari-harian.
Hanya ada satu sudut dalam
alam semesta ini yang anda boleh pasti boleh memperbaikinya, sudut itu adalah
diri anda sendiri.
Salam dari Downunder!
No comments:
Post a Comment