Hari ni aku nak cerita
pasai kaki...
Suatu hari tu MIL bertanya
aku tentang perangai pelik aku yang suka memakai setoking dalam rumah.
“Awak demam ke?” MIL tanya.
“Nampak macam orang demam
ke?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan juga. Baik punya menantu... hahaa
“Tu... Pakai setoking...!!”
kata MIL lagi.
“Ohhh...haha... Tak la.
Saya tak demam... Saja pakai nak jaga kaki... pijak lantai marble ni nanti kaki
jadi kasar dan pecah-pecah. Nanti kaki saya dah tak lawa” terang aku.
“ha' laaa, sini tak boleh
pasang karpet.. banyak debu!!” Hayooo… dia macam tau je apa yang aku nak cakap…
Dedulu aku terbaca satu
artikel, maaf detailnya dah tak berapa ingat. Satu suku kaum di Indonesia yang
beranggapan perlu menghargai kaki, bila berbaring diorang letakkan kaki pada
tempat yang tinggi atau kaki dilapik dengan bantal... macam biasa korang lapik
bantal di kepala. Diorang percaya kaki harus diberi penghormatan kerana kaki
berkerja keras sepanjang hari dan kaki bertanggungjawab memikul seluruh anggota
untuk bergerak dan berkerja.
Banyak juga perbidalan
yang mengunakan ‘kaki’ yang biasa aku dengar… kaki pukul. kaki bangku. kaki
ayam. kaki temberang. kaki kebas. Macam-macam
kaki daa…
Pasai kaki lagi... Orang
kata keperibadian hanya boleh disingkap melalui garis tapak tangan, raut wajah,
atau menerusi bentuk jari-jemari seseorang. Korang tau tak melalui tapak kaki
juga dapat mengenal keperibadian seseorang... ni la yang ingin aku 'kuak' kan. Er...lama
betul tak guna bahasa kampung aku ni...
Ada tiga jenis gambaran
atau bentuk tapak kaki seseorang. Jenis tapak kaki yang 'ramping', yang ‘sederhana’, dan
yang 'tebal'. Kalau kaki korang basah
kemudian korang pijak atas papan kering… ada dapati kesan tapak kaki korang
kannn. ‘Cher’ (cuba) tengok tapak kaki jenis yang mana?
1- tapak kaki jenis 'ramping'
Jika jejak kaki korang tu
agak ramping atau macam 'high arch' ini bermakna korang jenis berperangai
kegila-gilaan tapi dalam pengertian yang baik la. Korang jenis orang yang suka
mengambil risiko dan 'happy go lucky', tetapi korang seorang yang unik jika dibandingkan dengan
kebanyakan orang.
Keperibadian korang agak
menonjol dan terlihat berbeza, dan selalu menjadi tumpuan orang sekeliling korang
tu, sama ada korang menginginkan nya
atau pun tidak, korang tetap mendapat perhatian. Korang jenis orang yang yakin, mempunyai kepercayaan
tinggi terhadap kemampuan diri sendiri dan sentiasa ceria menjadikan ramai
orang ingin mengelilingi korang tu.
2 - tapak kaki yang
'sederhana'
Jenis tapak kaki yang ini
paling ramai orang memilikinya. Dikatakan yang paling umum, ini bererti baik
sekali kann. Korang mudah bergaul dengan orang ramai, sama ada korang seorang
pemimpin atau pengikut. Korang juga seorang pendengar yang baik dan tahu
bagaimana bertindak dan mengambil tindakan inisiatif. Korang selalu berpandangan
positif, jika ada pendapat-pendapat negetif tidak akan menghalang korang untuk
bergerak maju.
Korang jenis orang yang
boleh 'diharap' dan menjadi tempat rujukan bagi orang ramai yang datang meminta
pertolongan dan nasihat dari korang. Korang juga menjadi 'contoh' kepada yang
lain. Tidak menghairankan jika ada orang menaruh harapan dan kepercayaan pada
korang.
3 - tapak kaki yang
'tebal'
Jika tapak kaki korang cenderung tidak berbentuk atau ‘tebal’, ini
mengambarkan personaliti korang seorang yang kuat dan stabil. Bila berhadapan
dengan macam-macam situasi, korang hadapi dengan tenang, apatah lagi la kalau situasi tu menyenangkan
hati korang… korang dapat
mengendalikannya dengan baik lagi.
Korang juga bercita-cita besar, dan keperibadian korang
itu membantu korang meraih apa yang korang inginkan.
Hmm.. dah panjang aku sembang
pasai kaki ni... jadi elok juga aku angkat kaki duluuu... byee
No comments:
Post a Comment