Paling seronok bila pulang ke Tanahair bertemu keluarga besarku.
Bila dah berjumpa tu, riuhlah kami anak beranak bersembang dan bergelak ketawa
mengimbas kembali kisah dulu dulu. Sambil minum petang dengan mengunyah kek
yang kakteh buat...
"Ingat sangatttt...hehe!" aku
tergelak kerana kenangan lalu menjelma kembali.
Kisah ini terjadi pada malam hari
raya puasa berdekad yang lalu, sewaktu itu aku masih lagi di alam
persekolahan. Keluarga aku baru saja berpindah ke Taman Perumahan tidak jauh
dari kampung lamaku. Pada malam raya tu kakteh mengajak aku menemaninya berjaga
malam. Aku layan je.... dah terbayang kek marble kakteh yang sedap, walaupun
membakarnya hanya mengunakan takung berlapikkan pasir, bertutup dengan zink
yang diletak bara dan sabut kelapa. Kakteh memang terer!!
"Aikkk... dah lewat malam baru
teringat nak buat kek?" Sindir abang iparku.
Sambil membakar kek, kami terus
bersembang. Bila dah tengah malam suka benar buka cerita seram. Kebetulan pula
ketika itu terdengar sayup sayup anjing menyalak. Sembang seram kami bertambah
rancak.
"Orang kata malam ni rantai dah
terlerai" kakteh memulakan sembang larut malamnya.
"Hah dengar anjing tu" kakteh
suruh aku pasang telinga.
"Masa bulan puasa jin dan hantu semua
kena ikat, sekarang dah bebas". Aku pula menambah.
"A'ah 'dia' pun nak raya juga
kannnn..." Kakteh buat lawak.
"Laaa... Kayu api dah habis ni...
pergi ambil kejap, kang bantat pulak kek kita ni, tak cukup bara". Bimbang
sungguh kakteh kalau kek dia tak menjadi.
"Guna tempurung je la" balas
aku.
"Hmmm....tempurung pun tak ada!"
Sambil kakteh menyuluh dengan pelita di bawah dapur.
Ribut disebelah petang itu penyebab kami
sekampung bergelap gelita. Nasib baik ada 'pelita ayam' yang sepatutnya
menghiasi pagar di malam raya.
Aku bangun menuju ke pintu dengan pelita
di tangan, lalu aku letakkan pelita itu di tepi pintu, aku buka pintu dan turun
ke tanah. Aku bergegas mencapai beberapa potong kayu api yang tersusun di bawah
rumah lalu kucampak ke dalam rumah. Salakan anjing itu pula makin nyaring, dan
lolongannya dari bawah rumah jiranku, jaraknya hanya berberapa meter sahaja
dariku.
Tiba tiba aku terasa hembusan angin di
tengkuk ku, serta merta meremang bulu roma aku, dan leherku terasa sejuk yang
luar biasa. Aku melompat naik ke dalam rumah dan menutup pintu dengan
kaki tanpa berpusing ke belakang, Kemudiannya baru kukunci pintu dapur itu.
"Seriau la kakteh... terasa kena
hembus tadi, meremang da bulu roma ni. Jom... masuk tidur". Aku mengajak
kakteh meninggalkan ruang dapur. Kami biarkan saja kayu api beselerak di
lantai. Kami dah tak peduli pasal kek, biarlah nak bantat ke, nak hangus ke...
gasak lah!
Esoknya, dipagi raya... aku menyapa ayahku
dengan pertanyaan "Kalau orang tu mati di kampung lama kita dulu, boleh ke
hantu dia datang ke Taman Perumahan ni?". Ayah aku cakap.... "kalau
masa orang tu hidup, dia tak pernah sampai sini, bila dah mati dia tak tau
jalan....". Aku pandang kakteh mencari kepastian,"ohhh...
gituuu...".
Adik aku juga mengimbas kisah yang terjadi
pada malam raya yang sama... dia mengejutkan emak yang sedang mengigau.
Sebenarnya emak bermimpi sedang berlawan dengan jembalang dan menjerit minta
tolong sebab emak hampir tewas... "kalau adik awak tak dikejutkan,
hmmmm.... tak tau lah" keluh emak. Sayunyaaa...
Haaaadoooiii... aku ni jenis lemah
semangat rupanya...kena tiup sakit je da gabra..... kalau dengar cerita ayahku
pengalaman dia berdepan dengan hantu raya dan langsuir..... entah
leee. Ayah dan emak dah lama kembali ke rahmatullah. Kini yang tinggal
hanya secebis kenangan.
Yang dah pergi kita sedekahkan Al Fatehah.
Yang masih hidup teruslah buat amal
jariah!!
No comments:
Post a Comment