Tuesday, December 29, 2015

Lucu tapi menyeramkan!

Ayahku suka bercerita tentang pengalamannya masa dia muda dulu-dulu. Kisah yang dikongsikan ada kalanya lucu dan menyeramkan. Zaman muda ayahku suasana persekitarannya tidak sama seperti apa yang kita lihat sekarang. Masa mengubah segalanya. Walaupun kini kita telah maju dan hidup dengan  berbagai teknologi cangih, sesuatu yang kita tidak nampak itu, sebenarnya kita tidak boleh nafikan kewujudannya.

Alkisah...Suatu petang tu hujan turun dan ayahku berada di rumah, jadi itulah kesempatan untuk ‘bonding’ dengan ayah aku. Aku memulakan perbualan 
"...nak tau tak? Kat Pekan sana tu kannn... ada orang tu... dia kena kencing manis teruk, sampai kena potong kat peha dia. Kakinya tu di tanam kat kawasan perkuburan sana.... Tak lama lepas tu pakcik tu meninggal dunia...... Konon ada orang bercerita pakcik tu malam-malam dia merayau-rayau sambil pikul kaki dia... Eeeeeee.... seram nya!!" Berjela-jela aku bercerita.

"Laaa... Nak takut apa...orang dah mati!" ayah aku komen.
"Ishh... nanti ‘dia’ kejarnya macam ni..." aku bangun dan melompat-lompat sebelah kaki. Sebenarnya aku tak pernahpun terserempak dengan hantu tu, kalau teserempak mau pengsan agaknya...

"Ayah awak tu masa dia muda dulu pernah pikul hantu hantar gi kubur!"  Kata emak yang tadi hanya memerhati aku 'acting'.

"Haaah??? Betul ke? Melopong aku mendengar apa yang emak beritahu tentang ayah aku tu.  
"Tak takut ke dukung hantu kubur? Dukung camana tu.." bertalu talu pertanyaanku.

Ayah aku bercerita dan aku dapat bayangkan suasananya…malam yang gelap gelita… ya la zaman sebelum merdeka, Kuala Lumpur tu pun masih kampungan lagi... inikan pula kampung aku..  Tempat jin bertandang!! Jalan raya belum wujud lagi, yang ada cuma lorong denai untuk pejalan kaki saja, melintasi paya dan belukar.

Ada seorang lelaki, telah meninggal dunia dan rumahnya di sebelah hulu yang jauh di dalam kebun buah-buahan dan jauh juga dari rumah orang kampung yang lainnya. Pengebumiannya berjalan lancar macam biasa pada tengaharinya ...tetapi pada waktu hari senja 'dia' sudah pulang ke rumahnya, duduk di ceruk (penjuru) dapur menghadap dinding. Kecohlah orang tua kampung mencari idea bagaimana mereka harus menghantar 'mayat hidup' itu semula ke kubur.

Orang tua memang berani tetapi mereka dah uzur, yang muda pula kuat dan sasa tetapi penakut. Setelah undian dibuat, nama ayah aku terpilih, jadi dia memilih dua orang pembantunya. Orang kampung menyediakan obor-obor atau di kampung aku digelar 'karok', untuk menyuluh malam yang gelap gelita. Di kampung cuma ada lorong denai yang sempit, jadi ayahku yang mendukung 'mayat hidup' itu ditengah-tengah. Yang  berjalan di hadapan dan di belakang ayahku memegang karok masing-masing. Mereka bergilir-gilir mendukung 'mayat hidup' itu ke kubur.

"Hahn...dukung??" terkejut aku. Aku bayangkan macam kita dukung budak kecil kat belakang tu.
"dukung temu belakang" jelas ayahku.
"mula dukung macam tu laaa... tapi geli, 'dia' dok jilat tengkok!!" ayahku tersengeh, mungkin tertingat peristiwa itu.
Eweeeuuu!!... aku terpegang tengkok sendiri secara tetiba. Cehhh! 
"Ngapa tak letakkan dalam kain dan kandar je?" tanya aku lagi.
"Buat gitu la mulanya, tengah jalan, pengandarnya patah" ayahku mengimbas kembali. 
"Ohhh... jadi apa kesudahannya...pada hantu kubur tu?" bimbang juga aku disergah hantu kubur.
"Ikut keadaan tuan 'dia kat dalam' tu la.. " jawab ayahku.

Ayahku menyambung ceritanya sampai saja ke kubur, diberitahukan kepada 'mayat' itu supaya duduk dan tunggu di atas kubur itu kerana tuannya ada kat 'dalam'.Menurut ayahku lagi, kalau orang membela hantu raya, hantu raya tu menumpang badan tuannya. Bila tuannya dah meninggal dunia dan telah dikebumikan mayatnya....hantu raya belaan itu tak mahu duduk dalam kubur... jadi... berlubanglah kubur tu, agak-agak size sebesar mulut gelas. 

Menurut emak pula, ayahku dipercayai jadi berani kerana sewaktu kecilnya aruah wan aku pernah menghidangkan menu daging harimau untuk ayah aku.

"Wahhh... Makan daging rimau boleh jadi berani ke?..... kalau...  makan daging kancil... tentu cerdik kannnn mak?!!" tanya aku sungguh-sungguh. Masa kecil dulu sering kali kami anak beranak makan hasil buruan ayahku seperti kancil, kijang dan ayam hutan. Hmmm…

Dah lewat ni....Ok... jumpa lagi..
Jangan lupa baca Al Fatehah dan 3 Qul sebelum tidur! Hehehaha


*'Karok' => Nyalaan api pada kain yang dicelup minyak tanah, di hujung buluh panjang


Tuesday, December 22, 2015

hal nz: Cuaca Songsang!

Awal musim panas baru ni aku ke pulau selatan NZ lagi... 
Dah banyak kali aku terbang turun ke Dunedin, sejak puteriku belajar di sana tiga tahun yang lalu. Aku dah berangan-angan nak pergi banyak tempat dan nak berselfie.

Kebun Bunga salah satu dari tempatnya. Cuaca hari tu pun terang, jadi aku fikir tak perlu memakai jeket. Kusangka panas sampai ke petang rupanya... .!! Ohmyyy… cepat sungguh cuaca berubah, tadi langit biru sekarang dah jadi kelabu!… tapi aku terus melangkah…ehh dah hujan renyai-renyai... hmm... musim panas tak lah sejuk sangat. Tiba-tiba ehhh....hujan air batu?… pedih muka aku kena timpa hujan air batu, aku berlari ke arah lampu isyarat. Tiang lampu isyaratnya ada atap dapatlah Aku berlindung sekejap. Tadi sebelum keluar aku dah tengok ramalan cuaca, camana boleh silap ni.... 

Terkilan juga aku sebab kena batalkan hasrat nak bersiar-siar di Kebun Bunga tu... Tak apa... esok masih ada!. Cuaca di NZ ni memang funny sikit...dalam sehari ada empat musim!! Mari aku terangkan sikit berkenaan NZ dan cuacanya. 

Anda pun tahu kannn NZ yang terletak di Hemisfera Selatan, dan cuacanya pun ‘songsang’ berbanding dengan Eropah dan Amerika Utara. Sepanjang tahun cuaca di NZ ni selalu berubah ubah.
Musim panas/Summer: Disember – Februari
Musim luruh/Autumn: Mac – Mei
Musim sejuk/Winter: Jun – Ogos
Musim Bunga/Spring: September – November

Kalau untuk pertama kalinya anda ingin bercuti ke NZ, lengkapkan diri anda dengan maklumat tertentu dan rancanglah perjalanan anda. Banyak tempat dan aktiviti yang menarik di sini, tertakluk pada musim, yang lelain tu tertakluk pada masa dan budget anda pula.

Kita dah biasa dengan panas cuaca tropika, musim panas NZ berbeza dari Malaysia. Di sini panas kering, kulit kena sentiasa disapu krim pelembap. NZ adalah salah sebuah negara dengan taraf UV tertinggi di dunia. Jadi kerana pancaran mataharinya yang keras, adalah penting untuk anda memakai pelindung matahari seperti memakai topi, cermin mata hitam dan menyapukan ‘sunblock’ ke kulit yang terdedah pada pancaran matahari tu, sekiranya anda bercadang menghabiskan masa yang agak lama dengan aktiviti luar. Sepanjang tahun dan tidak kira musim walaupun cuacu kelihatan mendung tetapi ianya masih boleh menjadikan kulit anda terbakar. Kulit yang terbakar mungkin penyebab terjadinya kanser kulit. Awasi sebelum terjadi!

Kalau boleh bawalah jeket kalis air yang bersesuaian untuk semua keadaan. Hujan di NZ ni macam-macam dari hujan rintik rintik kepada hujan air batu (hail) dan salji, tengok tempat anda berada dan musimnya.  Memakai pakaian berlapis-lapis adalah pilihan yang terbaik, kerana cuaca waktu pagi di NZ yang sesejuk ‘frosty’ sering bertukar ke panas pada waktu tengahari yang cerah. Walaupun NZ jauh dari kawasan Tropika tapi di kawasan utara Pulau Utara cuacanya selalu panas lembap. Cuaca NZ yang sering berubah-ubah, digambarkan sebagai ‘empat musim dalam satu hari.’

Jika anda ke bahagian selatan Pulau Selatan, iklimnya yang unik, menjadikan NZ salah sebuah negara paling indah, dihiasi dengan pelbagai hiasan mukabuminya seperti banjaran bergunung alpine, kehijauan hutan hujan tropika dan pantainya yang berwarna keemas-emasan menjadi perlengkap pemandangan bagai lukisan di canvas, cantiklah tempat di sana!

Secara peribadi, aku suka musim bunga. Pemandangan terasa lebih indah hinggakan kelihatan rumput di padang pun turut berbunga. Satu je yang tak best musim bunga ni terutama bagi anda yang alegik dengan ‘polen’ debunga, anda tentu akan merasa rimas kerana asyik terbersin dan matapun turut berair. Aku tak berapa suka musim sejuk, alasan aku... Sebab sejuk laa… sampai kebas jari-jari tau. Sejuk juga sebagai alasan untuk aku keluar dari NZ. Yeaaay…nak balik Malaysia!!. Ya la Wellington ni tak ada salji turun… kalau tak… aku tentu sibuk nak buat ‘olaf’ man tu juga macam dalam movie Frozen tu.

Tidak hairanlah bagaimana cuaca mempengaruhi ‘mood’ dan kehidupan harian orang di NZ ni. Bila mereka (dan aku juga...), jika ingin mengadakan aktiviti di luar seperti berpiknik, memancing atau apa sajalah termasuk aktiviti pertanian… mereka akan melihat ramalan cuaca dahulu. Tidak menghairankan jika kebanyakan orang mempunyai kerjaya sambilan sebagai peramal cuaca amatur, termasuk aku!! hehe... just kidding!

Kita selalu dengar orang kata 'sediakan payung sebelum hujan'… hmmm Wellington sangat windy tau.. tak sesuai guna payung… jadi, aku nak pesan… bawa jeket kalis air bila nak keluar rumah!    

Ok, byee..!!

Thursday, December 17, 2015

Terkenang sewaktu dahulu....


Paling seronok bila pulang ke Tanahair bertemu keluarga besarku. Bila dah berjumpa tu, riuhlah kami anak beranak bersembang dan bergelak ketawa mengimbas kembali kisah dulu dulu. Sambil minum petang dengan mengunyah kek yang kakteh buat...

"Ingat lagi kisah kek bantat dulu?" suatu petang kakteh bertanya aku.
"Ingat sangatttt...hehe!" aku tergelak kerana kenangan lalu menjelma kembali.

Kisah ini terjadi  pada malam hari raya puasa berdekad yang lalu, sewaktu itu  aku masih lagi di alam persekolahan. Keluarga aku baru saja berpindah ke Taman Perumahan tidak jauh dari kampung lamaku. Pada malam raya tu kakteh mengajak aku menemaninya berjaga malam. Aku layan je.... dah terbayang kek marble kakteh yang sedap, walaupun membakarnya hanya mengunakan takung berlapikkan pasir, bertutup dengan zink yang diletak bara dan sabut kelapa. Kakteh memang terer!!

"Aikkk... dah lewat malam baru teringat nak buat kek?" Sindir abang iparku.

Sambil membakar kek, kami terus bersembang. Bila dah tengah malam suka benar buka cerita seram. Kebetulan pula ketika itu terdengar sayup sayup anjing menyalak. Sembang seram kami bertambah rancak.

"Orang kata malam ni rantai dah terlerai" kakteh memulakan sembang larut malamnya.
"Hah dengar anjing tu" kakteh suruh aku pasang telinga.
"Masa bulan puasa jin dan hantu semua kena ikat, sekarang dah bebas". Aku pula menambah.
"A'ah 'dia' pun nak raya juga kannnn..." Kakteh buat lawak.

"Laaa... Kayu api dah habis ni... pergi ambil kejap, kang bantat pulak kek kita ni, tak cukup bara". Bimbang sungguh kakteh kalau kek dia tak menjadi.
"Guna tempurung je la" balas aku.
"Hmmm....tempurung pun tak ada!" Sambil kakteh menyuluh dengan pelita di bawah dapur.

Ribut disebelah petang itu penyebab kami sekampung bergelap gelita. Nasib baik ada 'pelita ayam' yang sepatutnya menghiasi pagar di malam raya.

Aku bangun menuju ke pintu dengan pelita di tangan, lalu aku letakkan pelita itu di tepi pintu, aku buka pintu dan turun ke tanah. Aku bergegas mencapai beberapa potong kayu api yang tersusun di bawah rumah lalu kucampak ke dalam rumah. Salakan anjing itu pula makin nyaring, dan lolongannya dari bawah rumah jiranku, jaraknya hanya berberapa meter sahaja dariku.

Tiba tiba aku terasa hembusan angin di tengkuk ku, serta merta meremang bulu roma aku, dan leherku terasa sejuk yang luar biasa.  Aku melompat naik ke dalam rumah dan menutup pintu dengan kaki tanpa berpusing ke belakang, Kemudiannya baru kukunci pintu dapur itu.

"Seriau la kakteh... terasa kena hembus tadi, meremang da bulu roma ni. Jom... masuk tidur". Aku mengajak kakteh meninggalkan ruang dapur. Kami biarkan saja kayu api beselerak di lantai. Kami dah tak peduli pasal kek, biarlah nak bantat ke, nak hangus ke... gasak lah!

Esoknya, dipagi raya... aku menyapa ayahku dengan pertanyaan "Kalau orang tu mati di kampung lama kita dulu, boleh ke hantu dia datang ke Taman Perumahan ni?". Ayah aku cakap.... "kalau masa orang tu hidup, dia tak pernah sampai sini, bila dah mati dia tak tau jalan....". Aku pandang kakteh mencari kepastian,"ohhh... gituuu...".

Adik aku juga mengimbas kisah yang terjadi pada malam raya yang sama... dia mengejutkan emak yang sedang mengigau. Sebenarnya emak bermimpi sedang berlawan dengan jembalang dan menjerit minta tolong sebab emak hampir tewas... "kalau adik awak tak dikejutkan, hmmmm.... tak tau lah" keluh emak. Sayunyaaa...

Haaaadoooiii... aku ni jenis lemah semangat rupanya...kena tiup sakit je da gabra..... kalau dengar cerita ayahku  pengalaman dia berdepan dengan hantu raya dan langsuir..... entah  leee. Ayah dan emak dah lama kembali ke rahmatullah. Kini yang tinggal hanya secebis kenangan.

Yang dah pergi kita sedekahkan Al Fatehah.
Yang masih hidup teruslah buat amal jariah!!

Thursday, December 10, 2015

Trust or not to trust!

Cuti sekolah NZ telah bermula...

Bermula hari Ahad, aku mengambil kesempatan bercuti ke Christchurch (Chch) bersama keluargaku. Niat hati nak ke  Queenstown, tapi saat terakhir mengubah haluan ke Chch, lagipun di situ aku ada sister in law yang dah lama tak kutemui..

Hari pertama aku di Chch.... Hmmm boleh tahan peramah biras matsaleh (BMS) ni...fikirku. Kemudian baru aku perasan BMS ni 'self-centred' sungguh, asyik bercerita tentang diri dia je.... kisah masa kecilnya masa menyelamatkan diri dari buruan Nazi dan pengalamannya semasa Perang Dunia Kedua (WW2). Laaaa.... Ni bukan bersembang, ni dengar lecture... macam belajar sejarah je. Hehe. Rupanya... BMS ni memang jenis orang banyak cakap tapi masa dia bercakap jangan mencelah, nanti dia marah...Ooo... baru tau  panas baran rupanya.

Sebenarnya BMS dah 82yo tentu banyak pengalaman kannn... tau serba serbi dan dia rasa dia je betul dalam semua perkara. Jadi kena ikut cakap dia...aduhaiii kerenahhhh!. Isnin hari tu.. aku cakap nak keluar ke bandar, BMS ni offered nak hantar dan jemput. Aku kata tak payahlah. Alamak...saja je aku kena marah! Ok, hantar je lah aku mengalah. BMS ni berkeras nak jemput aku balik dari bandar, (pasal apa tahh..) dia dah tentukan tempatnya. Aku dah penat meninjau kesan gempabumi dalam bandar tu dan ber 'window shopping',  bila nak balik aku naik bas. Sampai ke rumah BMS dah hangin... "I told you what to do! Why don't you follow my instructions?" Alamak... spoiled betul... dia ingat aku ni budak kecil lagi ke? Heiii!!

Tengahari Selasa, BMS mengajak aku dan En Hubby ke bandar, katanya nak tunjuk sesuatu. Suspend je!! Kami pun ikut dia ke bandar. Ishhh... nak tunjuk Casino rupanya. Sampai  mengamuk sakan semalam...haha. Cehh... bangga sungguh dia jadi ahli kelab casino kat situ. Y'all... jangan salah faham ya... dia tu bukannya  Muslim tau..... 'Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku'.

Hari pertama tu BMS ada becerita tentang 'trust'  (amanah) kaum Yahu. Hmmm... Yahuuu? Agaknya dia ni kaum yang tu ke? Possible juga kannn... kalau kaitkan dengan cerita zaman silamnya..
Mungkin anda tertanya tanya apa dia kisah tentang 'trust' tu kannn... Ok.. Gini ceritanya...

Ada seorang budak Yahudi dalam lingkungan 5-6 tahun sedang memanjat pokok. Ayah budak tersebut ternampak anaknya di atas pokok. Dia berjalan ke arah pokok itu sambil berdiri di bawah pokok itu dia berkata sambil menghulurkan tangannya ke atas, "lompatlah... biar ayah sambutkan...". Anaknya tanpa berfikir terus melompat. Disebalik menyambut anaknya, si ayah hanya membiarkan anaknya itu jatuh ke tanah. Dalam tangisnya si anak berkata "tadi ayah kata nak sambut, tapi mengapa ayah tak sambut?".  Ayahnya membalas  "inilah yang mahu aku ajarkan... jangan percayakan sesiapa, sekalipun ayah kamu".

OMG....Selepas mendengar cerita tu, aku masih memikirkan dan cuba untuk memahami 'mengapa' si ayah bertindak demikian?

Kalau orang Yahu didik anak mereka supaya 'jangan percaya' dan belajar dari pengalaman. Pengajarannya supaya berfikir sebelum bertindak, dan tidak mempercayai terus kepada seseorang dalam apa jua suasana berkaitan kehidupan. Itu cara diorang... Tapi hakikatnya zaman sekarang... memang sukar menpercayai orang kannn? Reality check! Berbuat lah apa yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda. Akhirnya... aku buat kesimpulan... anak-anak bagaikan kain putih, terserah kepada ibubapa bagaimana mencorak mereka!

Memang tidak amanah itu sifat terkeji. Orang Muslim, kalau anda dah berjanji tu... janganlah
mungkir janji pula tau..mungkir janji tu sifat orang munafik!

"The positive thinker sees the invisible, feel the intangible and achieves the impossible!"
(Pemikir positif melihat yang tidak kelihatan, rasa yang tidak nyata dan mencapai yang mustahil)

Friday, December 4, 2015

Lamb Chops


NZ popular dengan pengeluaran daging segarnya. Jadi, inilah kisahnya...

Setiap tahun aku pulang ke Tanahairku bersama buahtangan untuk keluarga dan tetangga. Dalam bag aku ada buah buah epal, buah kiwi, coklat, madu lebah dan aku juga ada membawa balik 'lamb chops' beku.

Aku telah melepasi kastam dan mengheret bag besar aku untuk keluar, tiba tiba aku ditahan oleh Pegawai Veterina. Bag aku diselongkar.

"Banyak bawa balik daging ni. Halal tak? Ada permit tak?" Pegawai Veterina tu tanya aku.
"Aik... sejak bila pula kena apply permit? Aku bukan nak bisness", jawab aku tak mahu kalah.
"Permit tu sebagai pengesahan yang daging tu halal",  katanya lagi.
"La... kalau tak halal, tak kan aku beli....!" Tingkah aku pula.
"Permit tu bukan mahal cuma RM5.00 je".
"Cik... Ni bukan masalah mahal murah harga bayaran permit tu, tapi......" Belum habis ayat aku dia dah pintas.
"Macam ni la Puan, kami kena tahan daging ni untuk pemeriksaan lanjut".
"Eh... Tak paham aku, korang nak periksa menda?" Aku masih tak puas hati.
"Tak apa Puan...Puan kena isi borang ni". Arahnya.
"Borang apa pulak?" Tapi aku isi juga borang tu dengan separuh rela hati.
"Aku nak daging ni, macamana aku serah, macam tu la aku ambil balik nanti!". Tegas aku.
 
Sebelum mereka beredar dengan 'lamb chops' aku tu, aku sempat meminta no konteks dan nama pegawai atasan jabatan tersebut.

Sembilan hari telah berlalu. Aku dah banyak kali telefon bertanyakan 'status' pemeriksaan daging tu. Masih tiada berita. Perasaan aku?... bercampur baur antara marah, geram dan kecewa.

"Berapa harga lamb chops tu?" Aku tanya En Hubby. 175! Hahhh!
Aku pun mencongak pertukaran matawang NZ175 x RM2.75 OMG... tak boleh jadi ni.
Akupun berangan....rasa macam ni....  "Helloooo... Ituuuu Bukit Aman?". Hehe

Aku ke Penang Airport. Setibanya aku dan En Hubby di Penang Airport, kami terus pergi ke Balai Polis. Pegawai Polis di situ angkat tabik hormat kat En Hubby bila kami melangkah masuk... Hehe

"Ehh...ehh... Silap orang ni... Kitorang orang awam je..." Aku maklumkan.
"Laa... Ingatkan Polis... Style rambut hang.. Sebijik!!" Tu dia aiii slang Utara mai dahhhh, bisik aku.

Sementara aku dan En Hubby duduk menunggu Inspector yang berkenaan di dalam Balai Polis tersebut, aku mendapat panggilan telefon dari Pegawai Veterina. Dia bertanyakan siapa yang buat panggilan kepadanya sebentar tadi ...Aku cakap la..."Oooo...itu panggilan dari Pegawai Polis Airport ni...Sekarang ni kami kat Balai Polis Airport" jelas aku tanpa dipinta.

Serta merta aku diminta supaya datang mengambil daging 'lamb chops' itu di Batu Maung, Penang.

Fight for my right! Yeahhh...


3 simple rules in life
*If you don't go after what you want, you'll never have it.
*If you don't ask for something the answer will always be NO.
*If you don't make steps forward, you'll always be in the same place.