Perjalanan
hidupku melalui kenangan
Kenangan
adalah hal yang melucu. Ingatan akan menyelinap masuk dan keluar dan
meninggalkan banyak ruang untuk direnung dan mengembalikan kisah silam yang berligar-ligar diminda…
sebelum semuanya pudar dari kotak ingatan, aku kan catatkan disini…
Kenangan
terindahku adalah hari-hari dimasa kecilku.
Aku ketika
itu menolong emak berkebun di tepi alor emak menebas semak, merumput dan
mencangkul tanah menjadikan batas-batas untuk menanam sayuran. Aku dan adikku
Mas tolong membakar longgokan rumput dan pokok2 renek yang telah ditebas emak. Kemudian rumput-rumput itu pun terbakar dan
menjadi abu. Kami seronok main api
sebenarnya… Lalu abunya dicampur air dan disiram pada sayuran tu bagi menjaga dari
diserangan seranga perosak. Tak guna racun serangga pun semuanya secara oganik
okey!
Banyak hari
juga untuk emak menyiapkan kebunnya. Selain itu aku juga membantu menyiram
sayur tanaman pada waktu petang… kerja agak mudah alor kan tapi tu je. Tapi
yang paling seronok bila menuai hasilnya… nak makan timun, kacang panjang dan
lain-lain semua segar dari ladang.
Ketika kami
membatu emak tu, apa yang aku ingat ketika itu kami baru saja habis membaca
buku cerita tentang tiga permintaan (3 wishes). Hanya tiga permintaan sahaja
yang akan ditunaikan.
Aku cakap,
aku nak….
…berjaya,
…bahagia dan
…beriman.
Dan dan
adik aku juga bersependapat dengan aku.
Kami
memberi alasan… tidak memilih ‘kaya’ dalam senarai tu, kerana kami tidak mahu
kekayaan itu nantinya akan menyusahkan kami pula. Adik aku cakap dia tak mau
kalau bila terlalu kaya nanti akan timbul rasa riak, juga hidup jadi tak ‘senang’ sebab bimbang kekayaan itu akan
hilang.
Aku juga tanya
adik aku jika dibenarkan tambah lagi satu apa yang awak nak? adik aku cakap, dia
akan beli kereta mewah (sambil pandang emak) dan emak akan duduk disampingnya. Emak tersenyum sambil cakap “InsyaAllah!”.
Bila aku
renung kembali… doa atau apa yang kami ‘minta’ itu alhamdulillah… termakbul
sudah. Walaupun mungkin korang akan kata
3 permintaan kami tu subjektif. Betul! Mana ada pengukur kejayaan, kebahagiaan
dan keimanan seseorang. Ini cerita aku… jadi ini pandangan aku.
Akademik
aku tak lah semegah mana… asal pass pun dah ok. Aku bersekolah agama aliran
Bahasa Arab wehh… tiap hujung tahun wajib lulus… kalau gagal periksa nanti
tersangkutlah di kelas yang sama. Aku maju terus dari mula sekolah sampailah ke
tingkatan eman atas…. Alhamdulillah!
Dan aku pernah pernah dijadikan pelajar contoh di kelasku masa belajar di universiti. Bangga wehh..
Habis form
6 ada kekawan aku sambung belajar ke Mesir, UKM, UM dan ada yang ke Maktab
Perguruan, lorongan kau untuk belajar ke universiti tidak seperti mereka. Oh ye
masa aku sambung belajar di university tu aku dah berpindah tinggal di oversea. Aku kerja dulu, aku tanggung yuran universiti
aku sendirian berhad weii… Maka aku kena
kerja. Pagi sampai tengahari aku kerja dan
petang aku belajar di VUW. Aku tekad sambung
belajar setelah anak kedua aku berumur 5 tahun dengan rasminya dah masuk
sekolah.
Bukan
semudah itu nak dapatkan segulung ijazah. Tiga tahun aku berpenat dan melawan mata menggantuk,
itu cabaran hebat juga bagi aku.… Aku saja nak buktikan diri ‘aku boleh’
seiring slogan semangat ‘Malaysia Boleh’ tu hahaha. Masa bergraduat aku ‘cutikan’ anak aku dari
sekolah, cikgu diorang ok je… alasan aku nak bagi semangat untuk anak-anakku
bahawa ‘belakang parang jika diasah akan tajam juga!’ jadi diorang datang
menyaksikan emaknya berarak bangga menerima ijazah. Itu je secebis pencapaian
yang aku kongsikan!
Oh kejap,
aku ingat… adikku pun pernah tanya apa yang akan membuatkan aku rasa seronok?
Aku cakap… kalau aku dapat duit setiap 2 minggunya beratus-ratus (hadeii… masa
tu mengapalah aku tak cakap aku nak beribu-ribu setiap minggu hah?) done…
done... done!
Itulah
antara perbualan kami berdua sekitar umur aku 10 tahun dan adik aku 7 tahun
yang tetiba terimbau kambali. Lokasinya Padang Tenggala, atas alor di titi
buluh dekat pokok manggis dan pokok getah.
Semua itu pun Allah telah makbulkan. Alhamdulihah.
Masa tidak akan terulang kembali hanya boleh dikenang…
Walaupun
kalian semakin jauh meninggalkan… tapi tetap rapat dihatiku ini.
Al Fatihah buat: Bonda Hajah Repah Adam . Ayahnda Kudin Abdullah. Adinda Haji Maskorudin Kudin. Kekanda Kamarudin Kudin. Kekanda Shamsudin Kudin
Salam dari DownUnder.