Friday, January 17, 2020

Ingatkan pada diri


Jadikan diri kita sebagai insan yang selalu ingat akan KEMATIAN...!!

Bencana pertama bagi seseorang hamba adalah bilamana hatinya berhenti mengingati AKHIRAT, saat itu jualah muncul KELALAIAN dalam hati.





Close your eyes



You can close your eyes to reality but not memories!!

Tuesday, January 1, 2019

Diam


Assalamualaikum... Muga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah jua. Amin….


Sekadar merenung kembali kenyataan hidup.... setiap orang mempunyai cabarannya sendiri... begitu juga aku.... Aku akan cuba belajar jadi orang yang lebih sabar. 

Untung aku ada tempat untuk ‘cur-hat’ bila aku tension, stress atau marah. 

Kalau aku nak jerit ke...nak maki pun.... hanya aku yang tau daaa... hehe apa? aku guna bahasa alien? X la.... Aku akan bercerita pada diri aku sendiri di selambar kertas. Setelah itu aku rendam.... bila ink nya menghilang... aku anggap masalah aku juga akan hilang. 

 

Dan... tahun ini aku rasa lebih kan buat diam je. “Shut your mouth, open your ears” hah gitu...  Alaaa... kalau cerita kat orang pun buat hapa... last2  buat sakit hati sendiri je, lebih-lebih lagi kalau hal yg ada sangkut-paut hal personal. 

Kita tak bisa mengubah kebiasaan atau perangai orang lain... jadi mengapa tidak kita saja yang  berubah? Jom jadi orang yang lebih positif, ceria dan berbaik sangka.  Oh yea.... sebut pasal diam ni ada 4 sebab kannn...

1- memerhati

2- terasa hati

3- tenangkan hati

4- dah xde hati.

..... korang yg mana satu? 

Salam dari downunder.....


Tuesday, June 26, 2018

Yang unik itu ANDA




Anda dilahirkan unik, dikurniai Allah dengan bakat tersendiri. Jangan biarkan orang-orang lain mengubah anda. Jadilah diri sendiri.

Thursday, June 21, 2018

siapa anda di mata dia...



Apabila anda seorang yang penting kepada orang lain, orang itu akan sentiasa mencari jalan untuk meluangkan masa untuk anda. 
Tiada alasan.
Tiada pembohongan. 
Tiada janji-janji yang dimungkari.

Wednesday, May 30, 2018

Bersadaqah

Kita selalu dengar orang memperkatakan tentang kelebihan bersedekah...

Sadaqah bukanlah hanya berpautan dengan wang ringgit. Betul.... mengeluarkan wang kita itu adalah sadaqah, tetapi terdapat banyak cara lagi yang kita boleh lakukan selain daripada bantuan kewangan yang boleh kita berikan sepanjang kehidupan kita.

17 jenis sadaqah yang tidak mengenakan harga

1 - Doa: berdoa untuk orang-orang yang kita mengambil berat dan sayangi  atau bilamana ada orang yang meminta kita doakan untuk mereka.
2 – Ilmu pengetahuan: menyebarkan ilmu pengetahuan kepada mereka yang tidak mampu.
3 - Kata nasihat: memberi nasihat kepada adik-adik kita atau sesiapa saja yang lebih muda daripada kita
4 - Senyuman: bersapa, bertemu dan berbual dengan orang dengan muka tersenyum
5 - Pertolongan: memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bagi menyelesaikan masalah mereka
6 - Masa: meluangkan waktu bersama ibu bapa dan pasangan kita
7 - Tarbiyyah: mendidik anak secara semula jadi supaya anak-anak kita beradab sopan
8 - Kesabaran: bersabar bila dalam masa sukar dan sentiasa bergantung harap kepada Allah
9 - Mengingatkan: kita mengingatkan rakan supaya sentiasa berada di jalan Allah
10 - Melarang kejahatan:  melarang orang lain dari melaku mudarat
11- Bercakap lemah lembut: tidak berkasar atau kurang ajar kepada sesama manusia
12 - Maafkan: memaafkan orang-orang yang meminta ampun kepada kita
13- Rasa hormat: Memberi hormat kepada orang-orang yang lebih tua dari kita juga yang lebih muda dari kita
14 - Gembira dengan orang lain: turut rasa gembira dengan kebahagiaan seseorang yang lain dan tidak merasa cemburu.
15 - Melawat orang sakit: menziarahi orang yang sakit juga adalah sunah dari Nabi kita (s.a.w)
16 - Membersihkan jalan: membuang / meletak ke tepi perkara yang merbahayakan pengguna jalan seperti bongkahan batu di tengah jalan.
17-Suapan ke pasangan kita: meletakkan cebisan makanan dalam mulut isteri kita adalah sadaqah.

Perkongsian ini juga adalah sadaqah.

Jomm kita bersadaqahkan... Al Fatihah.... untuk ibu-bapa, adik-beradik, saudara-mara, guru-guru, sahabat- handai kita yang telah dahulu menemui sang Pencipta. Semuga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang solehhhhh.


Wednesday, March 14, 2018

Langsuir mengilai.


Assalam...

Kisah yang ku paparkan di sini adalah pengelaman aku sewaktu kecil dulu, sekitar usiaku 11 tahun.

Senja tu, ku lihat apak mengasah parang tepeknya. Parang bersarung  yang selalu dibawanya ke mana-mana bila keluar berpergian. Tinggal di kampung perkara sebegini adalah perkara biasa saja.

Emak pula sedang menyiapkan sayur dan ulam-ulaman untuk  jualannya ke pekan sehari di Benta esok harinya. Kerja kampung macam tu lah, mujur juga kami ada sawah padi  setidak-tidaknya nasi sentiasa ada walaupun musim tengkujuh. 

Masa tu kampung aku belum ada paip air dan juga bekalan eletrik. Air kegunaan seharian di ambil dari telaga tidak jauh dari rumah. Bila malam tu masih lagi guna pelita. 

Aku dan Mas, adik aku sedang meniarap di lantai berkongsi cahaya pelita sambil siapkan kerja sekolah. Dalam keadaan yang senyap sunyi tu tetiba terdengar bunyi hilaian yang sangat nyaring tak jauh dari rumah aku tu.

Apak tanya kitorang “deme dengor bunyi bende terh?”. “A'ah dengor… jawab pakteh Kama, abang ipar (BIL) aku yang baru sampai dari J14 siang tadi.  “Bunyi mende terh?”. Pertanyaan dibalas pertanyaan pula. Apak kata “tu la bunyi langsuir….”  Bila dengar je jawapan apak tu, aku bingkas bangun menceliput lari ke ruang dapur,  begitu juga BIL aku tu. “Gedebam!”  aku dan BIL belaga di pintu. Eh… adik aku si Mas tu dah duduk di sebelah apak, laju betul dia. Rasa sakit berlanggar bahu  di pintu tadi tidak ku pedulikan kerana perasaan seram melebihi segalanya.

Lepas peristiwa itu apak nak ajar aku petua menundukkan langsuir, tapi aku tak nak sebab aku takut nanti kena sakat dek langsuir kat aku pula.