Tuesday, June 15, 2021

3 wishes (dalam kenangan)

 

Perjalanan hidupku melalui kenangan

Kenangan adalah hal yang melucu. Ingatan akan menyelinap masuk dan keluar dan meninggalkan banyak ruang untuk direnung dan mengembalikan  kisah silam yang berligar-ligar diminda… sebelum semuanya pudar dari kotak ingatan, aku kan catatkan disini…

Kenangan terindahku adalah hari-hari dimasa kecilku.

Aku ketika itu menolong emak berkebun di tepi alor emak menebas semak, merumput dan mencangkul tanah menjadikan batas-batas untuk menanam sayuran. Aku dan adikku Mas tolong membakar longgokan rumput dan pokok2 renek yang telah ditebas emak.  Kemudian rumput-rumput itu pun terbakar dan menjadi abu.  Kami seronok main api sebenarnya… Lalu abunya dicampur air dan disiram pada sayuran tu bagi menjaga dari diserangan seranga perosak. Tak guna racun serangga pun semuanya secara oganik okey!

Banyak hari juga untuk emak menyiapkan kebunnya. Selain itu aku juga membantu menyiram sayur tanaman pada waktu petang… kerja agak mudah alor kan tapi tu je. Tapi yang paling seronok bila menuai hasilnya… nak makan timun, kacang panjang dan lain-lain semua segar dari ladang.

Ketika kami membatu emak tu, apa yang aku ingat ketika itu kami baru saja habis membaca buku cerita tentang tiga permintaan (3 wishes). Hanya tiga permintaan sahaja yang akan ditunaikan.

Aku cakap, aku nak….

berjaya,

bahagia dan

beriman.

Dan dan adik aku juga bersependapat dengan aku.

Kami memberi alasan… tidak memilih ‘kaya’ dalam senarai tu, kerana kami tidak mahu kekayaan itu nantinya akan menyusahkan kami pula. Adik aku cakap dia tak mau kalau bila terlalu kaya nanti akan timbul rasa riak, juga hidup jadi  tak ‘senang’ sebab bimbang kekayaan itu akan hilang.

Aku juga tanya adik aku jika dibenarkan tambah lagi satu apa yang awak nak? adik aku cakap, dia akan beli kereta mewah (sambil pandang emak) dan emak akan duduk disampingnya.  Emak tersenyum sambil cakap “InsyaAllah!”.

Bila aku renung kembali… doa atau apa yang kami ‘minta’ itu alhamdulillah… termakbul sudah.  Walaupun mungkin korang akan kata 3 permintaan kami tu subjektif. Betul! Mana ada pengukur kejayaan, kebahagiaan dan keimanan seseorang. Ini cerita aku… jadi ini pandangan aku.

Akademik aku tak lah semegah mana… asal pass pun dah ok. Aku bersekolah agama aliran Bahasa Arab wehh… tiap hujung tahun wajib lulus… kalau gagal periksa nanti tersangkutlah di kelas yang sama. Aku maju terus dari mula sekolah sampailah ke tingkatan eman atas…. Alhamdulillah!

Dan aku pernah pernah dijadikan pelajar contoh di kelasku masa belajar di universiti. Bangga wehh..

Habis form 6 ada kekawan aku sambung belajar ke Mesir, UKM, UM dan ada yang ke Maktab Perguruan, lorongan kau untuk belajar ke universiti tidak seperti mereka. Oh ye masa aku sambung belajar di university tu aku dah berpindah tinggal di oversea.  Aku kerja dulu, aku tanggung yuran universiti aku sendirian berhad weii…  Maka aku kena kerja.  Pagi sampai tengahari aku kerja dan petang aku belajar di VUW.  Aku tekad sambung belajar setelah anak kedua aku berumur 5 tahun dengan rasminya dah masuk sekolah.  

Bukan semudah itu nak dapatkan segulung ijazah.  Tiga tahun aku berpenat dan melawan mata menggantuk, itu cabaran hebat juga bagi aku.… Aku saja nak buktikan diri ‘aku boleh’ seiring slogan semangat ‘Malaysia Boleh’ tu hahaha.  Masa bergraduat aku ‘cutikan’ anak aku dari sekolah, cikgu diorang ok je… alasan aku nak bagi semangat untuk anak-anakku bahawa ‘belakang parang jika diasah akan tajam juga!’ jadi diorang datang menyaksikan emaknya berarak bangga menerima ijazah. Itu je secebis pencapaian yang aku kongsikan!

Oh kejap, aku ingat… adikku pun pernah tanya apa yang akan membuatkan aku rasa seronok? Aku cakap… kalau aku dapat duit setiap 2 minggunya beratus-ratus (hadeii… masa tu mengapalah aku tak cakap aku nak beribu-ribu setiap minggu hah?)  done…  done... done!

Itulah antara perbualan kami berdua sekitar umur aku 10 tahun dan adik aku 7 tahun yang tetiba terimbau kambali. Lokasinya Padang Tenggala, atas alor di titi buluh dekat pokok manggis dan pokok getah.

Semua itu pun Allah telah makbulkan.  Alhamdulihah.

Masa tidak akan terulang kembali hanya boleh dikenang…

Walaupun kalian semakin jauh meninggalkan… tapi tetap rapat dihatiku ini.

Al Fatihah  buat: Bonda Hajah Repah Adam . Ayahnda Kudin Abdullah. Adinda Haji Maskorudin Kudin. Kekanda Kamarudin Kudin. Kekanda Shamsudin Kudin

 Salam dari DownUnder.